Saturday, November 6, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 13

Bab 13
 Kini Ayu tidak perlu lagi memikirkan bagaimana hendak menolak pelawaan lelaki gila itu lagi. Ayu tidak perlu lagi penat berjalan kaki tiap kali hendak ke tempat kerja.
 Hadiah ulang tahun ke dua puluh empat Ayu akan dijaga sebaik mungkin. Sebuah Perodua Viva bewarna hitam di belek-belek mata Ayu. Risau jika terdapat calar. Sayang sungguh Ayu dengan pemberian Hakimi itu. Walaupun bukan sebuah kereta mewah tetapi Ayu bersyukur dengan pemberian itu.
 “Buat apa pergi sini?” soal Ayu tatkala Hakimi memberhentikan keretanya di sebuah Pusat Pengedar Kereta Perodua itu.
 “Baby, tunggu sini kejap tau.” Hakimi meninggalkan Ayu di dalam kereta.
 Agak lama Ayu menunggu Hakimi di dalam kereta. Bosan dia ditinggalkan berseorangan di situ. Kemudian Hakimi muncul semula dan meminta Ayu keluar sebentar.
 “Kenapa ni b?”
 “Lepas ni Ayu tak payah susah-susah pergi kerja jalan kaki atau tumpang orang.” Jawab Hakimi lalu menyerahkan sebuah kunci kereta kepada Ayu.
 “Huh?” Ayu kebingungan sendiri. Pelbagai mengenai tindakan Hakimi itu.
 Hakimi membawa Ayu ke sebuah kereta Viva bewarna hitam.
 “Ni baby punya. Hadiah untuk birthday baby. Kereta ni minyak boleh tahan jimat. Senang baby nak pergi mana-mana nanti. Ibu pun asyik Tanya bila baby nak datang rumah lagi.” jelas Hakimi lalu meminta Ayu masuk ke dalam kereta itu.
 “B..” terus Hakimi memandangnya. “ Kenapa b susah-susah untuk baby? Kan mahal sangat ni. Kasih sayang b tiap-tiap hari untuk baby pun dah cukup.”
 Sebak sungguh suara Ayu. Walaupun Ayu tersenyum namun matanya digenangi air.
 “Takpe lah. B nak senangkan baby. Baby kat sini pun takde transport kan? Kalau ada hal kecemasan b takde kat sini senang Ayu. Pasal bayaran semua jangan risau. Takde ansuran bulanan. B dah settlekan semuanya. Habis gaji b dua bulan ni. Baby jaga baik-baik tau.” Ayu terharu sungguh dengan kata-kata Hakimi. Lengan Hakimi dipaut Ayu.
 Masih Ayu teringat peristiwa dua hari lepas sewaktu kereta itu diserahkan kepadanya. Perangai Hakimi memang tidak boleh diduga. Walaupun mereka belum sah menjadi suami isteri namun banyak pengorbanan yang dilakukan Hakimi.
 “Wah, kereta baru ye?” tegur Amran. Jirannya yang gila itu.
 “A’ah.” Malas Ayu mahu melayan kerenahnya,
 “Lepas ni tak dapat lah I nak hantar u lagi.” Amran membuat muka sedih.
 “U takde kerja ke?”
 “Ada. Tapi kan waktu pejabat dah habis. Tapi sekarang dah habis.”
 “Oh.” Ayu mengiyakan sahaja. Kalau lah Hakimi ternampak mereka begini tidak tahu apa yang bakal di jawabnya nanti.
 “Em. Bayaran bulanan berapa?” perbualan cuba dilanjutkan lagi.
 “Orang bagi. Takde bayar-bayar ni. U, I tak solat Asar lagi, I masuk dulu.” Tanpa menunggu jawapan Amran terus Ayu berlalu masuk ke dalam.
 Memandangkan Ayu pulang awal dia mahu ke rumah Hakimi. Sudah lama tidak bertemu dengan Puan Rahimah. Semalam Hakimi ada meminta Ayu menjenguk ibunya jika terdapat kelapangan.
 Setelah mandi dan solat Asar, Ayu bersiap-siap untuk ke rumah Hakimi. Walaupun badannya agak penat namun digagahi juga. Esya juga akan balik pada jam 9.00 malam. Daripada dia membuang masa di rumah berseorangan lebih baik dia meluangkan masa bersama Puan Rahimah.

 Sewaktu Ayu keluar hendak membuka pintu pagar rumahnya kelihatan Amran masih diluar. Entah apa yang dibuatnya tidak mahu Ayu ketahui. Ayu berpura-pura tidak menyedari kewujudan Amran di situ.
 “Ayu nak pergi mana?” tiba-tiba Amran menegurnya.
 “Perlu ke I beritahu segala tentang aktiviti I dekat U?” mahu saha Ayu bersuara begitu namun tidak baik pula berkata begitu kepada jirannya. “Nak pergi rumah bakal mak mertua.” Balas Ayu lalu terus menutup pintu pagar rumahnya.
 Enjin keretanya dihidupkan dan Ay uterus memandu pergi meninggalkan ‘orang gila’ itu. Kalau dilayan sampai esok belum tahu habis.
 Sampai sahaja di rumah Hakimi, kereta Hakimi tidak kelihatan. Mungkin masih kerja. Terus Ayu memberi salam. Tidak lama kemudian kelihatan seorang kanak-kanak kecil membuka pintu. Mal rupanya. Ayu masih berdiri di luar pagar mengharapkan pintu pagar dibukakan untuknya. Sebaliknya Mal kembali masuk ke dalam.
 “Ibu, kakak datang!” kedengaran suara Mal menjerit.
 “Kakak mana?” suara Puan Rahimah juga kedengaran dari dalam rumah. Lalu Puan Rahimah turut muncul di muka pintu bersama Mal. “Oh, Ayu rupanya, ingatkan kakak manalah tadi.”
 Puan Rahimah keluar lalu membukakan pintu pagar. “Masuk Ayu, Nak jumpa Hakimi ke? Hakimi ke Seremban. Esok rasanya baru dia balik.”
 “Taklah. Saja nak jenguk makcik kat sini. Mak cik apa khabar?” lalu Ayu menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Puan Rahimah.
 “Mak cik sihat. Sihat orang tua sahaja.” Kemudian mereka masuk ke dalam.
 Di dalam kelihatan seorang gadis sedang menonton televisyen. Lalu Puan Rahimah memanggilnya dan memperkenalkannya dengan Ayu. Barulah Ayu mengenali gadis itu. Afiqah, adik Hakimi yang sedang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia. Afiqah pulang ke rumah kerana di kampusnya sedang mengadakan ‘study week’. Minggu untuk mengulang kaji kerana minggu berikutnya adalah minggu peperiksaan akhir untuk semester itu.
 Sedang mereka berbual-bual diruang tamu tiba-tiba Afiqah bertanya. “Kak Ayu ni girlfriend Abang Mi ya?”
 “Erm..lebih kurang macam tu lah.” Ayu kemudian tersipu-sipu malu menjawab soalan Afiqah.
 Lantas peha Afiqah ditepuk oleh Puan Rahimah. “Ada ke patut tanya soalan macam tu. Segan Kak Ayu.”
 “Ibu ni, nanti dah kahwin takdenya nak segan-segan lagi.” Afiqah tergelak sendiri. Memang angan-angan Ayu untuk terus bersama Hakimi, dan menjadi isteri Hakimi. Namun dia menyerahkan semuanya kepada Allah.
 Bersama keluarga Hakimi sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan kepada Hakimi. Sudah dua hari mereka tidak berjumpa. Hakimi juga tidak menghubunginya. Mungkin terlalu sibuk. Mesej juga hanya dikirim sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam. Ayu tidak tahu berapa lama lagi mereka akan begini. Ayu juga berharap agar segera disatukan dengan Hakimi. Tidak sanggup dia menahan begini lama-lama. Walaupun sudah tiga tahun mereka bersama.
 Malam itu selepas solat Maghrib mereka makan malam bersama-sama. Encik Ismail tidak turut serta malam itu kerana menghadiri kenduri di surau.
 “Makan Ayu. Kalau tak cukup boleh tambah. Ni lauk semua Afiqah yang masak.” Puan Rahimah mempelawa. Walaupun hanya berlaukkan ayam masak asam pedas dan sayur bayam goreng sudah cukup menunjukkan kebolehan Afiqah.
 “Ibu yang paksa masak, kak. Fiqa sebenarnya balik nak makan masakan ibu sebab dah rindu. Tapi Afiqah pulak yang kena.” Afiqah menjeling ibunya sambil tersenyum.
 “Takpe lah Fiqa, pandai Fiqa masak. Dah boleh kahwin ni mak cik.” Ayu mengusik Afiqah. Namun terbukti kebolehan Afiqah. Pasti suaminya nanti makan minumnya terjaga.
 “Ayu selalu masak apa kat rumah?” tiba-tiba Puan Rahimah bertanya. Mungkin ini salah satu teknik soal siasat kepada bakal menantu.
 “Ayu biasa makan kat tempat kerja. Kalau malam memang tak makan sangat. Biasanya makan roti ataupun biskut.”
 “Kak Ayu jaga badan ye? Jangan risau lah, tak kemana Abang Mi tu.”
 “Sebenarnya Ayu tak pandai masak.” Menyesal rasanya Ayu mengaku. Tetapi elok juga kalau berterus terang. Tidaklah dia menyesal di kemudian hari.”
 “Nanti kalau senang-senang kalau Ayu nak belajar memasak mak cik boleh tolong ajar. Nanti dah kahwin senang.” Baik sungguh Puan Rahimah. Tidak pula Puan Rahimah memandang rendah kepada Ayu. Memang gadis zaman sekarang ramai yang tidak tahu memasak. Namun itu tidak bermakna mereka tidak mampu menjadi isteri dan ibu yang baik.

No comments:

Post a Comment