Saturday, November 6, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 18

Bab 18

Hari demi hari dilalui dengan pelbagai cabaran. Hakimi tidak pernah mengambil berat tentang semua itu. Walaupun pelbagai masalah di kepalanya Hakimi akan terus berpura-pura gembira. Kehadiran Ayu dihatinya tidak pernah membuat hidupnya dibebani pelbagai masalah. Terasa indah sepanjang hidupnya.

Hanya Ayu di hatinya. Hari ini genap empat tahun peristiwa Ayu menerima pelawaannya sebagai kekasih hatinya. 19 Januari. Tidak akan Hakimi melupakan peristiwa itu. Semakin lama mereka bersama semakin kasih Hakimi terhadap Ayu. Hakimi berharap itu juga di rasai Ayu.

”Ibu, Mi rasa dah sampai masanya Mi ambil Ayu jadi isteri Mi.” Hakimi menyuarakan niatnya itu kepada ibunya. Hari ini sengaja Hakimi tidak mahu melibatkan dirinya dengan pelbagai kerja. Dia mahu berehat-rehat di rumah. Mungkin apabila hari sudah tinggi sedikit baru Hakimi ke rumah Ayu. Hakimi meminta Ayu mengambil cuti kerana Hakimi mahu meraikan ulang tahun ke empat itu bersama Ayu. Walaupun ulang tahun itu tidak membawa kepada sebarang ikatan, Hakimi akan tetap menganggap hari itu sebagai hari yang istimewa buatnya.

”Tiba-tiba je ni?” Puan Rahimah mempersoalkan niat Hakimi itu. Puan Rahimah sedang memasak di dapur, tiba-tiba sahaja Hakimi masuk ke dapur dan terus memberitahu hal itu terasa pelik pula.

”Ibu ni. Dulu asyik tanya Mi bila. Ni bila Mi dah rasa sedia ibu pulak nak persoalkannya. Nanti ibu dengaan ayah tolong Hakimi masuk meminang ya?”

”Bukan macam tu. Ibu lagi suka kamu macam ni. Dengan Ayu selalu tanpa apa-apa ikatan tak elok jugak. Yang ketiga tu selalu menghasut.” Puan Rahimah gembira akhirnya Hakimi sudah bersedia untuk memulakan hidup berumah tangga. ”Kamu dah bincang dengan Ayu? InsyaAllah nanti ibu aturkannya dengan ayah ya?”

”Belum lagi bu. Tapi bukan sekarang. Mi tunggu masa yang sesuai nak beritahu dia.”

”Macam tu pulak? Kalau dah berhajat cepat-cepat beritahu dia. Kamu lengah-lengah nanti disambar buaya.”

”Ibu ni. Jangan la cakap macam tu.” Hakimi cuma mahu menunggu masa yang betul-betul sesuai untuk memberitahu Ayu. Kalau lah perkara ini boleh terus diselesaikan dalam masa satu hari tentu Hakimi akan terus melakukannya. Masuk meminang pada waktu pagi. Bernikah pada tengah hari. Kenduri di lakukan malam hari. Tidak pernah pula dilakukan orang! Melainkan di dalam cerita Ahmad Albab lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu. Tetapi itu semua hanyalah kisah rekaan semata-mata tidak boleh disamakan dengan realiti.

Hakimi kemudian berlalu meninggalkan ibunya sendirian di dapur. Hakimi naik ke biliknya dan berbaring di atas katil. Gambar Ayu yang di gantung di dinding biliknya sejak empat tahun yang lepas kelihatan sudah pudar warnanya. Di renung wajah itu lama-lama. Hakimi tidak mahu kehilangan kasih Ayu. Tidak pernah ada mana-mana gadis di dalam hidupnya sebaik Ayu. Kasih sayang Ayu, kesabaran Ayu, kemanjaan Ayu, dan segala-gala tentang Ayu dirasakan terlalu sempurna.

Jam ditanggannya menunjukkan jam 9.30 pagi. Mungkin Ayu belum bangun lagi. Pesanan ringkas yang dikirim Hakimi awal pagi tadi juga belum dibalas. Kebiasaannya Ayu akan bangun lewat apabila hari cuti. Hakimi membiarkan sahaja kerana Ayu akan bangun awal waktu hari bekerja. Biarlah Ayu berehat lebih sedikit.

Hakimi memeluk bantal kuat-kuat. Hakimi masih terasa mengantuk. Mahu sahaja dia menyambung tidur. Terasa nyaman sekali dapat memeluk bantal berwarna ungu itu. Bantal itu hadiah dari Ayu sempana ulang tahun kelahiran Hakimi yang ke dua puluh tiga pada 25 Julai tahun lepas. Turut di beri Ayu ialah sebuah dompet berwarna hitam. Hakimi mengambil dari atas meja. Dikeluarkan gambar Ayu yang sentiasa terselit di dompetnya itu. Di tatap wajah comel itu. Hati Hakimi merintih kerinduan tatkala memandang wajah itu.

”Nanti dah kahwin tak payah tengok gambar lagi. Hari-hari Ayu ada depan mata aku. Pipi tembamnya ni hari-hari kena cubit nampaknya.” Hakimi bicara sendiri lalu tersenyum. Apabila mood Hakimi baik, Hakimi akan sentiasa menjadi angau sendirian bersama perasaaannya terhadap Ayu. Hakimi juga mengakui tidak tidak mampu hidup lebih sempuran tanpa Ayu.

Tidak lama kemudian Hakimi terlelap juga. Hakimi terjaga setelah mendegar telefonnya berbunyi memberi isyarat pesanan ringkas di terima. Pesanan ringkas dari Ayu dibaca.

”Morning b :)” Morning? Hakimi terus melihat jamnya yang menunjukkan sudah jam 11.45 pagi. Sudah hampir tengah hari. Hakimi membalas pesanan ringkas itu menyuruh Ayu bersiap-siap kerana Hakimi akan menjemputnya sebentar sahaja lagi.

Setelah bersiap-siap Hakimi terus keluar memandu keretanya menuju ke rumah Ayu. Hari ini mereka berjanji mahu meluangkan masa bersama-sama. Tidak sabar rasanya hendak berjumpa Ayu. Terasa kereta yang di pandunya terlalu laju lalu Hakimi memperlahankan sedikit kelajuannya. Bukan Ayu yang ditemaninya. Takut wanita bergelar jururawat yang akan menemaninya di hospital.

Setelah menjemput Ayu dari rumah, Hakimi memandu ke pusat bandar. Ayu mahu membeli sepasang kasut. Dituruti sahaja kehendak Ayu, kerana memang niatnya untuk sentiasa bersama Ayu hari itu. Hakimi memandu masuk ke tempat meletakkan kereta di pusat membeli belah City Square. Kemudian mereka berdua berjalan memasuki pusat membeli belah itu.

”Kita makan dulu ye baby?” Hakimi mengajak Ayu lalu mereka berjalan beriringan ke food court di tingkat 6. Dahulu sewaktu usia remaja Hakimi, dia selalu juga meluangkan masa di sini bersama teman-temannya. Teringat Hakimi pengalaman-pengalaman sewaktu itu.

”B nak makan apa?” Sudah banyak kedai makanan yang mereka singgah namun tiada satu menupun yang menarik minat Ayu. Dia akan makan apa yang Hakimi makan. Mahu ’sehati sejiwang’ rasanya. Ayat yang menjadi kegemaran Ayu dan Hakimi.

Mereka berhenti di sebuah kedai menjual ’Chicken Rice Black Pepper’ yang menyediakan makanan di dalam claypot. Hakimi memesan dua makanan yang menjadi menu utama kedai itu.

Setelah makanan dan minuman telah di beli mereka memilih satu sudut di hujung food court itu. Bersebelahan dinding cermin yang mampu menampakkan pemandangan di luar bangunan. Segala objek dilohat begitu kecil dari tingkat 6. Hakimi menyedut sedikit minumannya. Ayu pula sudah mula menyuakan nasi ke mulutnya. Hakimi memerhati gelagat Ayu. Wajah Ayu ditatapnya. Telefon bimbitnya dikeluarkan sebentar dan Hakimi membuka perisian kamera untuk mengaktifkan kamera di telefon bimbitnya.

Hakimi menghalakan telefon bimbitnya ke arah Ayu dan butang ’capture’ ditekannya. Ayu kelihatan tembam di dalam skrin telefonnya. Suka hakimi melihat gambar itu. Memang menjadi kegemaran Hakimi menangkap gambar Ayu setiap kali mereka keluar bersama.

Sudah banyak agaknya gmbar yang ditangkap Hakimi pada waktu itu dan Hakimi mula meletakkan telefon bimbitnya di atas meja kemudian menjamah makanan itu.

”Baby,” Hakimi bersuara namun suara itui seperti lambat sampai ke telinga Ayu kerana agak lambat Ayu mengangkat mukanya memandang Hakimi.

”Em. Kenapa b?”

”Takde pape lah.” Hakimi mematikan hasratnya untuk menyampaikan niat di hatinya untuk berbincang mengenai hal mereka. Dimatikan sahaja dahulu hasrat Hakimi untuk memberitahu bahawa Hakimi mahu membawa keluarganya berjumpa keluarga Ayu mungkin untuk meminang.

Hakimi mahu perkara ini dipercepatkan tetapi dia juga risau jika Ayu masih belum bersedia. Semenjak akhir-akhir ini Ayu seperti menyibukkan diri dengan perkara lain. Hakimi pula tidak mahu bertanya atau menyiasat lebih lanjut. Dia tahu Ayu juga punya kehidupan sendiri. Pesanan ringkas Ayu pula kelihatan hambar sahaja. Mungkin dia juga sudah bosan dengan Hakimi atau Hakimi sudah tidak lagi mampu membahagiakan Ayu?

Biarlah. Hakimi bukan tidak mahu menegur, ada juga sekali sekala Hakimi menegur tetapi tidak bermakna Hakimi memarahi Ayu. Hakimi tahu Ayu mungkin terasa hati dengan teguran-teguran itu. Teguran itu tidak bermaksud Hakimi tidak mahukan Ayu. Hakimi cuma mahu hubungan dan lebih menarik. Hakimi cuba mengubahnya agar tidak membosankan.

”B..Kita jalan cari kasut baby ye?” lamunan Hakimi terhenti.

”Okey. ” sebuah senyuman diberikan kepada Ayu lalu Hakimi memimpin tangan Ayu berlalu dari situ. ”Ayu, semoga hubungan kita berkekalan kerana aku akan mecintaimu selama hidupku. Aku janji Ayu.” Hakimi menyuarakan sahaja di dalam hatinya lantas jari jemari Ayu didenggam Hakimi dengan lebih erat.

Dari sebuah kedai ke sebuah kedai Ayu mencari kasut yang berkenan di hatinya. Hakimi sudah penat berjalan lalu terus duduk di sebuah kerusi yang tersedia di kedai itu. Penat rasanya mengikut Ayu hari itu bagai hendak tercabut lutut Hakimi. Hakimi tidak kisah semua itu asalkan hati Ayu gembira. Tambahan pula hari itu hari yang istimewa untuk Hakimi dan Ayu.

Setelah hajat Ayu tercapai kini mereka menuju ke pasaraya Smart berhampiran Kampung Pandan. Ayu mahu membeli sebuah telefon bimbit baru kerana Ayu mahukan telefon bimbit yang lebih canggih dari yang di pakainya sekarang. Hakimi yang mencadangkan agar membeli di Pasaraya Smart kerana di sana harga yang ditawarkan lebih murah berbanding di tempat lain.

Terasa penat kaki Hakimi hari itu mengalahkan hari bekerja. Rasa penat itu di salurkan ke katilnya. Digerak-gerakkan kakinya di atas katil. Segala kerenah Ayu dilayani Hakimi hari itu. Biarlah Hakimi penat asalkan hari ini dilalui dengan gembira oleh Ayu.

Membebel juga Puan Rahimah dan Encik Ismail tadi apabila Hakimi sampai ke rumah pada jam 11.00 malam. Bukan kerana Hakimi pulang lewat. Tetapi disebabkan Hakimi membawa Ayu keluar sehingga ke malam hari. Bukan silap Hakimi. Ayu yang mahu berjalan di sekitar Danga Bay pada waktu malam. Setakat ini belum pernah Ayu berjalan-jalan di tempat itu pada waktu malam. Memang meriah. Hakimi dan Ayu menaiki sebuah kereta yang mempunyai gerabak panjang seperti kereta api mengelilingi kawasan itu sambil menikmati ais krim yang di beli sebelum itu. Mereka masih belum puas lalu mengambil keputusan berjalan di sekitar kawasan itu sekali lagi. Pemandangan di sekitar Danga Bay memang cantik tambahan pula menghadap laut. Indah sungguh rasanya dapat meluangkan masa bersama Ayu pada waktu itu.

Hakim mengambil telefon bimbitnya lalu menaip beberapa perkataan lalu dihantar pesanan ringkas itu kepada Ayu. Agak lama Hakimi menunggu balasan dari Ayu menyebabkan Hakimi tertidur. Tidur dengan nyenyaknya sampai ke pagi.

No comments:

Post a Comment