Saturday, November 6, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 15

Bab 15
 Waktu malam di Seremban berbeza sekali dengan Johor bahru. Keadaan di bandaraya ibu negeri Negeri Sembilan itu kelihatan lebih lengang. Kekurangan kenderaan yang berpusu-pusu mengejar waktu yang sememangnya telah diberi sama rata kepada setiap manusia dan turut kekurangan bunyi hon pemandu yang tidak berpuas hati sesama pemandu lain. Serba serbi kekurangan. Hakimi terasa lebih tenang di sini.
 Memang Hakimi sangat tenang malam itu, tambahan di sisinya terdapat seorang perempuan cantik, berkerjaya, dan manja. Hakimi terasa Lina sangat lain malam itu. Selalu Hakimi akan berjumpa Lina dalam suasana kerja. Entah apa mimpi Hakimi mahu mengajak Lina keluar malam itu. Banyak yang sudah berubah pada Lina. Lebih matang dan Lina tidak seperti lima tahun yang lepas.
 Lina mengenakan blaus putih berlengan panjang, jeans bewarna krim dan rambut ikalnya yang berwarna perang dibiar lepas. Entah mengapa hati Hakimi begitu tertarik dengan gadis itu. Mujur Hakimi sudah mempunyai kekasih hati. Jika tidak gadis itu tidak akan Hakimi biarkan jatuh ke tangan orang lain. Malam itu Ayu tidak lagi terlintas dibenak fikiran Hakimi. Tidak diketahui sebabnya. Ayu juga sudah jarang dihubunginya. Jika ada pesanan ringkas dari Ayu baru Hakimi akan membalasnya. Jika tidak Hakimi akan terus berdiam diri bagaikan Ayu tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.
 Sudah jam 11.45 malam. Kelihatan Hakimi dan Lina sedang berjalan keluar dari panggung wayang menuju ke kawasan meletakkan kereta.
 ”Lina nak terus balik?” soal Hakimi sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta.
 ”Em. Yekot. Kenapa? Mi nak lepak lagi ke?”
 ”Kalau boleh. Tapi esok Lina kerja. Takut terlambat bangun pulak.”
 Lina tergelak kecil. ”Lina tiap hari mesti terlebih tidur. Sekali sekala tidur lambat takpe kan?”
 ”Em. Mama Lina tak kisah ke anak dara dia balik lambat?” risau pula Hakimi membawa anak dara orang lewat malam begini.
 ”Mama tak kisah kot. Lagipun Lina jarang keluar sejak dah kerja ni. Ni first time keluar dengan kawan. Sebelum ni keluar dengan family je. Itu pun sekejap je. Kunci rumah pun Lina ada ni. Macam mana?”
 ”Mi tak kisah kalau Lina tak kisah.” Hakimi tersenyum mengada memandang Lina. ”Nak lepak mana ni?”
 ”Port Dickson nak? Layan angin laut malam-malam best kot.”
 “Ha. Cun jugak idea tu.” Hakimi menghidupkan enjin keretanya. ”PD! Here I come!” Hakimi menjerit sedikit lalu keretanya dipandu keluar dari kawasan meletak kenderaan itu.
 Lina bagaikan tidak percaya gurauannya itu diambil serius Hakimi. Dia sendiri yang gatal mengeluarkan idea gila itu.
 ”Takpelah. Layan je. Sekali sekala.” bisik hati kecil Lina.
 Perjalanan dari Seremban ke Port Dickson mengambil masa hampir setengah jam. Keluar sahaja dari lebuhraya Seremban-Port Dickson Hakimi bertanya Ayu kemana harus dituju.
 “Dulu Lina selalu lepak dekat Pantai Batu 4. Dengar cerita tempat tu dah di upgrade. Lina belum sempat pergi lagi.” Lina terus menunjukkan jalan yang perlu dilalui Hakimi untuk ke pantai tersebut.
 Sampai sahaja di pantai tersebut jam tepat menunjukkan jam 12.00 tengah malam. Namun masih ramai pengunjung di kawasan itu. Kebanyakannya adalah pengunjung remaja.
 ”Wah, still ramai orang kat sini kan?” kagum Hakimi melihat suasana di situ. Dengan cahaya spotlight seluruh pantai itu diterangi cahaya lampu dan pasir pantai kelihatan sangat putih.
 Lina menanggalkan kasut tumit tingginya bimbang jika berjalan di atas pasir dengan kasut sebegitu akan membuatkannya terpelecok Sekaligus menjadi bahan ketawa Hakimi. Silap-silap sampai ke telinga Faizal. Sewaktu di panggung wayang tadi Hakimi juga telah menggelakkan Lina akibat tersalah masuk panggung. Sepatutnya cerita ’Lagenda Budak Setan ’ itu ditayangkan di Hall 5 tetapi tidak tahu dimana silapnya Lina terus masuk ke Hall 6. Hakimi sama sahaja seperti ’budak setan’ yang dilakonkan oleh pelakon Farid Kamil di dalam filem tersebut. Walaupun tidak se’setan’ seperti watak di dalam filem tersebut.
 Menonton filem itu membuatkan Hakimi dan Lina mengalirkan air mata. Pada awal ceritu agak kelakar. Babak pertengahan cerita itu sangat romanntik. Manakala penghujung cerita itu mampu mengalirkan air mata sesiapa sahaja yang menonton filem itu melainkan mereka yang sudah tidak punya perasaan. Sepatutnya Hakimi menonton filem itu bersama Ayu. Sudah banyak kali Ayu bercerita tentang filem itu dan Ayu mahu menonton bersama Hakimi. Tetapi sebaliknya berlaku. Hakimi melayan perasaan menenton filem itu bersama perempuan lain. Adakah ini tanda bahawa Hakimi sudah mendustai cinta Ayu? Adakah Hakimi curang?
 Lina menjinjing kasutnya, begitu juga dengan Hakimi. Mereka berjalan-jalan di sekitar pantai. Kemudian mereka menghampiri permukaan gigi air. Sekali-sekala terasa air laut menyimbah kaki mereka. Ditiup angin laut malam itu membuat Lina memeluk tubuhnya sendiri. Perbuatan itu disedari Hakimi.
 ”Lina, nah. Pakai ni.” Hakimi mebuka jaket kulitnya lalu dihulurkan kepada Lina. ”Mi tau Lina sejuk. Tulah gatal sangat nak merayau sampai ke sini.”
 ”Pakaikan.” Lina mula tersenyum menggoda, meminta Hakimi menyarungkan jaket itu ke tubuhnya.
 ”Pakai sendiri.Okey?” Hakimi terus meletakkan jaket itu di tangan Lina dan Hakimi terus mempercepatkan langkahnya. Ditinggalkan Lina di belakang yang sedang menyarung jaketnya. Sudah diberi betis mahu peha pula.
 Hakimi mengeluarkan telefon bimbitnya. Dua pesanan ringkas masih belum dibaca. Kedua-duanya dari Ayu. Lantas Hakimi membacanya.
 Mesej pertama yang dihantar jam 10.00malam.
 ”Salam.B..b..b..b..b..b.. hehe.. bz ke?”
 Mesej Kedua dihantar sejam berikutnya.
 ”B asyik bz je.. Takpelah..Gudnite..mimpi indah..”
 Kasihan Hakimi mengenangkan Ayu. Jarang sekali dia meluangkan masa bersama Ayu akhir-akhir ini. Jarinya dengan pantas menekan punta-punat ditelefon bimbitnya.
 ”Bby..sory sgt2.. B busy sket.. Td ada dinner dengan orang JKR.. Bby.. Imy.. Sory tak dpt selalu spend time ngn bby.. Bby.. Dah tido?” lantas butang send dipicitnya. Lalu telefon bimbitnya dimasukkan kembali di dalam koceknya. Sewaktu di panggung wayang tadi Hakimi mengaktifkan profil senyap pada telefon bimbitnya menyebabkan dia menyedari pesanan ringkas yang dikirim Ayu. Dia tidak tahu mengapa semenjak akhir-akhir ini dia sendiri tidak begitu kisah kewujudan Ayu di dalam hidupnya. Biarlah!
 ”Mi! Sampai hati tinggalkan Lina sorang-sorang kat belakang.” lalu bahu Hakimi ditepuk. ”Mi, kenapa ni?” Lina perasan perubahan wajah Hakimi.
 ”Em.takde papelah.” risau juga Lina jika Hakimi marah bahunya ditepuk sebegitu.
 ”Kita duduk kat bangku dekat depan sana ya?” Hakimi mengajak. Penat dia asyik berjalan. Nanti hendak memandu ke Seremban pula. Bimbang jika terlalu penat dia akan terlelap.
 Kemudian mereka menuju ke bangku yang dimaksudkan Hakimi dan duduk berehat disitu. Agak lama mereka berdiam diri di situ. Tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Tiada cerita yang hendak dicerita sepanjang lima tahun mereka terputus hubungan. Memang banyak namun tidak tahu yang mana satu boleh dikeluarkan untuk dijadikan tajuk mereka.
 ”Sebelum ni Lina memang selalu datang sini ke?” Hakimi memulakan bicara sekadar menghilangkan rasa sunyi yang tiba-tiba melanda mereka. Sewaktu dari makan malam tadi mereka tidak berhenti berbual, bergurau senda dan gelak tawa sentiasa diiringi perbualan mereka. Tiba-tiba sahaja suasana menjadi sunyi seketika. Entah kemana hilangnya kemesraan mereka sebentar tadi.
 Malam itu baru Hakimi tahu Lina sebelum ini belajar di Politeknik Port Dickson dan pantai itu memang selalu dikunjunginya dan rakan sekelasnya sering kali mengadakan aktiviti di pantai tersebut. Banyak memori Lina di situ. Hakimi pula tidak pernah terlintas di fikirannya hendak bertanya di mana Lina belajar dahulu. Lina baru sahaja tamapt pengajiannya tahun lepas dan terus memohon bekerja dalam sektor kerajaan. Personaliti Lina sewaktu kerja amat lain dengan sekarang. Pada waktu bekerja Lina kelihatan manis sekali bertudung. Di luar waktu kerja tudungnya entah ke mana. Lina bertudung hanya mengikut situasi sahaja. Tidak atas dasar keinginannya menutup aurat. Pernah juga terlintas di fikirannya untuk menjaga semua itu. Namun bila difikir usianya masih muda lantas dibatalkan sahaja niatnya itu.
 Sejak pertama kali bertemu kembali dengan Hakimi entah mengapa hati Lina kembali tertawan dengan lelaki yang pernah dikecewakannya dahulu. Bersama Hakimi malam ini menebalkan lagi perasaan itu. Beruntung mana-mana gadis yang menjadi milik Hakimi. Orangnya pun boleh tahan kacaknya, walaupun kelihatan kasar namun hatinya baik, bahkan masa depannya terjamin bersama Hakimi. Menyesal rasanya meninggalkan Hakimi dahulu.
Dahulu Hakimi pernah merayu meminta agar Lina tidak meninggalkannya. Hakimi seorang yang setia dan sentiasa berpegang pada janjinya. Namun ketidak matangan Lina waktu itu menyebabkannya pergi bersama lelaki lain. Semuanya tidak kekal lama. Kerap kali bertukar ganti. Ada yang cuma singgah di hatinya hanya untuk mengambil kesempatan. Mujur masih sempat dipertahan kesuciannya. Hakimi kelihatan masih ’single’ di mata Lina. Tidak pernah pula Hakimi bercerita mengenai kekasihnya. Tidak pula Hakimi sibuk bergayut di telefon mahupun sibuk berbalas mesej. Sibuk dengan kerjayanya. Adakah masih ada ruang buat Lina di hati Hakimi?
 ”Hakimi. Kalaulah kau mengerti apa yang dihatiku kini.” Lina berbicara sendiri di dalam hatinya. Tidak mampu diluahkan kata-katanya. Tidak disedari tangannya sudah menyentuh tangan Hakimi. Lina juga tidak sedar bagaimana dia boleh sampai ke situ. Dengan pantas Hakimi menarik tangannya dan terus berdiri.
 ”Lina. Dah dekat dua jam kita dekat sini.” Hakimi melihat jam tangannya mengingatkan bahawa mereka sudah terlalu lama di situ. Hakimi mengajak Lina untuk pulang.Esok dia dan Lina perlu bekerja. Mata hakimi sudah terasa seperti dihempap beban berkilo-kilo. Mahu sahaja dia menutup terus matanya dan terus tidur di bangku itu. Namun digagahi juga untuk pulang ke Seremban malam itu juga.
Kalau Lina tiada di situ sudah tentu Hakimi akan menginap di hotel sekitar pantai itu. Jam 8.00 pagi Lina mesti sudah berada di pejabat. Berlainan dengan Hakimi yang tidak terikat dengan waktu pejabat. Cuma setiap pagi dia akan memastikan kehadirannya pekerjanya ke tapak bina. Cita-citanya untuk bergelar kontraktor kelas A. Entah bila saat itu akan tiba.

No comments:

Post a Comment