Sunday, October 31, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 12

Bab 12
 Hakimi mengetap bibirnya. Stering keretanya digenggam kuat. Kepalanya diletakkan di atas stering. Bagaikan tidak percaya apa yang di depan matanya. Dia beristigfar harap tiada yang terlebih di hadapan matanya.
 Hakimi kebetulan melalui di kawasan berhampiran rumah Ayu. Hakimi berada di bahu jalan seberang jalan dari jalan di hadapan rumah Ayu. Memang agak jauh dari rumah Ayu tapi nampak dengan jelas apa yang di hadapannya. Ayu berdiri di hadapan rumah jirannya sambil berbual-bual dengan seorang lelaki.
 “Mungkin rakannya.” Hakimi menyedapkan hatinya sendiri. ”Tapi siapa pulak rakannya di sini? Lelaki pulak tu!” hati sedang panas.
 Lalu Hakimi menggerakkan keretanya ke hadapan sedikit agar Ayu tidak perasan kehadirannya tetapi masih boleh dilihat Hakimi pergerakan Ayu. Hakimi terus menghubungi Ayu. Agak lama juga Hakimi menunggu panggilannya berjawab. Dia melihat Ayu kemudian tergesa-gesa masuk ke dalam rumah.
 ”Hello b?” Ayu menjawab.
 ”B on the way ke rumah baby.” terus Hakimi menamatkan penggilan tanpa menunggu balasan Ayu.
 Kemudian dilihat lelaki tersebut masuk ke rumah di sebelah rumah Ayu. Jiran Ayu rupanya. Hakimi terus memandu sehingga sampai ke rumah di hadapan rumah Ayu.
 Hakimi keluar dari kereta dan berdiri di hadapan rumah Ayu dan memberi salam. Ayu keluar sambil membetul-betulkan tudungnya yang sedikit senget.
 ”B datang tiba-tiba ni kenapa? Tak beritahu pun?”
 ”Perlu ke b nak beritahu?Takut rahsia terbongkar?” Hakimi tidak memandang Ayu. Berkata-kata dengan nada yang agak keras. ”Siapa tadi yang dengan Ayu kat depan rumah sebelah tu?”

 ”Tadi? Erm..jiran baby.” Ayu tidak mampu memandang Hakimi. Ayu agak gugup untuk menjawab pertanyaan Hakimi. Risau jika tiba-tiba tangan Hakimi melayang ke mukanya. Tapi tidak pernah Hakimi berperangai begitu.
 “Oh. Okey. Lain kali jangan rapat-rapat sangat macam tu. Jaga sikit. Dia tu lelaki.”
 ”B.. Sebenarnya tadi..” Ayu berhenti sekejap. Hakimi menerutkan dahinya. ”Dia hantar baby balik. Selalu baby jalan kaki. Dia memang ada kerja dekat dengan tempat baby kerja. Kadang-kadang kalau terserempakdengan dia, dia akan hantar baby balik.”
 ”Em, okey, jaga diri. Assalamualaikum!” Hakimi terus masuk ke dalam keretanya dan memecut pergi meninggalkan Ayu.
 Sewaktu dalam perjalanan Hakimi perasan banyak kali juga telefon bimbitnya berbunyi dan dia mengendahkannya. Dia tahu itu panggilan dari Ayu.Hakimi tidak mahu menjawabnya kerana dia akan cuba mengelak untuk memarahi Ayu. Biarlah hatinya sejuk dahulu. Kemudian beberapa kali isyarat mesej diterima kedengaran. Hakimi tetap membiarkan.
 Sampai sahaja di rumah Hakimi terus mandi dan menunaikan solat Maghrib kemudian terus berbaring di katilnya. Matanya ditutup. Dia cuba merehatkan kepalanya yang kusut dengan pelbagai masalah. Hakimi terus terlelap.
 Setelah itu, Puan Rahimah memanggilnya untuk makan malam tetapi tidak disahut oleh Hakimi. Hakimi terlampau penat. Badan dan otaknya sama-sama penat. Sudah dua malam dia bermalam di Seremban. Hari ini dia balik untuk meninjau kerja-kerja di Johor Bahru pula sambil itu dapat juga dia melepaskan rindunya dengan Ayu. Dari Seremban terus Hakimi ke rumah Ayu dan ’perkara’ itu terjadi di hadapan mata Hakimi. Tambah lagi satu masalah di ruang kotak fikirannya.
 Hakimi membiarkan segala masalah-masalahnya berkumpul dahulu kerana dia perlu rehat. Semua masalahnya akan dihadapi setelah dia cukup rehat. Lampu biliknya masih lagi terbuka dan Hakimi terjaga keran terasa cahaya lampu itu begitu mengganggunya. Hakimi membuka matanya. Tangannya mencapai jam tangannya yang diletakkan di atas meja sebelah katil. Jam 2.00 pagi.
 Hakimi terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Dia belum menunaikan solat Isyak. Setelah selesai Hakimi kembali ke katilnya dan mendapatkan telefon bimbitnya. Dia memandang skrin telefon bimbitnya. Dari petang tadi dia membiarkan telefon bimbitnya begitu.
 5 Missed Calls. 4 New messages.
 Panggilan tidak berjawab dari semuanya dari Ayu. Mesej juga sama dari Ayu. Hakimi sudah berasa lebih elok dan satu-satu mesej dari Ayu dibacanya.
 Tiga mesej pertama merupakan pujuk rayu Ayu dan maaf. Hakimi faham perasaan Ayu ketika itu. Hakimi sayangkan Ayu, Cuma dia perlu berehat dari memikirkan masalah sebelum menghadapinya. Mesej terakhir membimbangkan Hakimi.
 ”B, bby tau bby bukan perempuan baik untuk b. Bby mengaku salah bby sebab berhubungan dengan lelaki lain di belakang b walaupun laki tu kawan bby. Kalau b taknak bby takpelah. Kte bpisah jela. Tc B. Ily. Good Night. Mimpi Indah.”
 Hakimi tidak akan mengucapkan perpisahan walau hubungannya bersama Ayu dilanda taufan sekalipun. Namun cukup mudah bagi Ayu. Ini bukan kali pertama. Ayu akan kembali padanya.
 Sudah jam 2.35 pagi. Hakimi tahu Ayu mesti sudah melelapkan matanya. Tidak guna Hakimi membalas mesej Ayu sekarang.
 Hakimi menyambung tidurnya sehingga telefon bimbitnya membunyikan alarm jam 6.00 pagi.
 Hakimi bangun dan terus mandi. Selesai sahaja mandi terus Hakimi menunaikan solat Subuh. Setelah itu, Hakimi turun ke bawah dan hanya minum secawan kopi. Kemudian Hakimi terus memandu keretanya ke rumah Ayu. Hakimi sudah gila. Awal-awal pagi sudah berada di hadapan rumah Ayu.
 Sampai sahaja di hadapan rumah Ayu, Hakimi terus menghubungi Ayu.
 ”Baby, siap cepat. B kat depan rumah baby ni.” Ringkas sahaja pesanan Hakimi kepada Ayu.
 Agak lama Hakimi menunggu, sudah lima belas minit Hakimi di hadapan rumah Hakimi. Tiba-tiba messej dari Ayu diterima. Lantas Hakimi terus membacanya.Risau jika Ayu tidak mahu keluar.
 ”Kejap. Ni baru nak siap-siap.”
 Hakimi tidak membalas dan terus melayani lagu-lagu di radio. Tidak lama kemudian cermin tingkapnya diketuk. Ayu diluar keretanya. Hakimi membukakan pintu dan Ayu terus masuk.
 Hakimi terus menekan pedal minyak dan keretanya bergerak meninggalkan perkarangan rumah Ayu.
 ”Punya lama b tunggu tadi tak sempat bersolek?”
 ”Tak sempat. Lama ke b tunggu? Rasa macam kejap je.” soalan Hakimi dijawab.
 ”Dah lama tunggu. Janggut dah tumbuh lagi sehelai ni.” Hakimi cuba menceriakan pagi itu. Namun tiada senyuman dikedua-dua wajah mereka. ”B nak bincang pasal semalam. Tapi kita breakfast dulu.”
 Sampai sahaja di sebuah kedai makan. Mereka memilih untuk duduk di bahagian luar kedai. Mahu menghirup udara pagi.
 Selesai makan Hakimi memulakan bicara.
 ”Baby. B tak kisah baby nak kawan. Yang penting jangan lebih-lebih dari kawan tau. B tau dari dulu lagi baby memang ramai kawan lelaki. Tapi kalau boleh kat sini pun elakkan ye.”
 “Tapi semalam..” Ayu hanya menundukkan muka.
 ”Cemburu. Siapa yang tak cemburu kalau kekasih diorang dengan orang lain? Berdua je pulak tu.” Hakimi menjelaskan. ”Tak pelah. B lupakan. Kalau kawan je takpe. B tak kisah. B mintak maaf jugak pasal semalam. B penat semalam. B tertidur.”
 “Ma asih b! B janji baby akan hargai kebebasan yang b bagi ni ya?” lega hati Ayu hubungan itu kembali normal.
 ”But please sayang. Dont leave me.” Perlahan sahaja suara Hakimi sambil menggenggam erat tangan Ayu. Hakimi tidak mampu kehilangan Ayu.
 ”Ye. Baby pun tak nak tinggalkan b. Tak pernah someone hargai baby sampai macam b buat kat baby tau.” Hakimi mengganggap ayat yang keluar dari mulut Ayu sebagai janji.
 “Baby. Nanti ikut b pergi round-round JB okey? B nak tengok work progress kat sini macam mana. Lepas tu b nak bawak baby pergi beli barang sikit.”
 “Barang apa b?”
 “Untuk birthday baby. 30 November ni. Awal sikit b nak bagi. Lepas ni dah tak boleh mintak lagi tau.” Hakimi tersenyum memandang Ayu.
 ”Hari ni baru 10 haribulan. Awal sangat ni b.” Ayu turut tersenyum. Entah apa di dalam fikiran Hakimi. Selalu penuh dengan kejutan. Jam di tangannya juga diberi Hakimi dua tahun lepas tanpa di duganya sebagai hadiah hari jadinya. Sebelum itu Ayu pernah menyuarakan keinginannya untuk memiliki jam tangan baru kerana yang lama sudah tidak boleh digunakan lagi. Hakimi memberi alasan tidak punya duit yang cukup kerana dia masih lagi belajar waktu itu. Apabila tiba ulang tahun hari lahirnya,hadiah yang diberikan Hakimi ialah seutas jam tangan tambahan pula jam itu itu bewarna biru, warna kesukaan Ayu. Hingga kini Ayu masih memakainya walaupun sudah kusam warnanya.
 ”Dah, jom!” Hakimi mencubit manja pipi Ayu sekaligus mematikan lamunan Ayu.

KU INGIN KAMU : BAB 11

Bab 11
 Cik Lina seorang pembantu teknikal dari Jabatan Kerja Raya daerah Seremban sedang memeriksa perkembangan kerja di sebuah bangunan yang sedang dibina. Sebuah klinik kesihatan daerah itu telah dirobohkan dan sekarang sebuah blok gantian sedang dibina. Blok dua tingkat sedang dalam proses ikat bata. Mungkin dalam enam atau tujuh bulan lagi sudah klinik ini sudah boleh beroperasi semula.
 “Ni siapa yang sub untuk kerja ikat bata di sini?” tanya Amalina kepada seorang supervisor yang bertugas di situ.
 “Oh, ini kami serahkan pada subkontraktor kami. Kenapa Cik Lina? Ada masalah?” ujar Faizal, supervisor di situ. Risau dia jika terdapat masalah. Tetapi setahunya sepanjang ini tiada masalah yang boleh ditemukan. Kadang-kadang pihak JKR ini yang sengaja mencari masalah.
 ”Kerja dia bagus. Cepat je da sampai aras dua. Lebih cepat dari yang dirancang. Pandai bos kamu cari orang.
 “Dulu dia kerja dengan company kami jugak. Dua bulan lepas dia berhenti dan baru saya dapat tahu sebelum ini juga dia memang ada ambil kerja-kerja macam ni. Pekerja dia pun ramai. Dalam diam-diam je dia boleh jadi macam tu.”
 ”Patut lah dia boleh dapat kerja ni kan. Senang-senang dia dapat sub kerja ini.”
 “ Cik Lina nak jumpa dia? Dia ada kat bawah dengan pekerja-pekerja dia yang tengah rehat.”
 Faizal membawa Cik Lina berjumpa dengan orang yang dimaksudkan. Dari jauh Cik Lina melihat seorang lelaki berkaca mata bingkai hitam sedang duduk berbual bersama sama dengan pekerja-pekerja dari Indonesia itu. Tiba-tiba hati Cik Lina bergetar tatkala melihat lelaki itu.
 Lelaki itu yang sedang berbual-bual itu tersedar yang Faizal datang bersama dengan seorang perempuan. Mungkin hendak berjumpa dengannya. Lantas terus sahaja dia meminta diri meninggalkan pekerja-pekerjanya. Dia mengeluarkan sapu tangannya dan mula mengelap dahinya yang mula dibasahi peluh akibat cuaca panas di tapak bina.
 ”Mi, kenalkan, ni Pembantu Teknikal Daerah Seremban. Cik Lina.” Faizal memperkenalkan Cik Lina kepada Hakimi. ”Cik Lina, ini Hakimi.”
 ”Lina.” Cik Lina menghulurkan tangan.
 ”Saya Hakimi. Maaf tangan saya kotor.” Hakimi mula berfikir bagaimana gadis cantik ini boleh bekerja dalam sektor ini. Melihat rupa Cik Lina mengingatkan Hakimi kepada seseorang yang telah lama dibuang dari ingatannya.
 ”Oh. Takpe.” Cik Lina. ”Ni saya tengok awak punya pekerja bagus ya? Tak sangka awak boleh kejar lebih dari target yang ditetapkan.”
 Cik Lina agak segan dengan Hakimi. Lelaki itu seperti mengimbas kembali memori lamanya namun dia cuba mengelak dari perkara itu dengan membincangkan hal-hal kerja.
 ”Pengalaman banyak mengajar saya Cik. Saya dengan Faizal ni dulu bekerja dibawah syarikat yang sama. Tapi dia junior saya.” Hakimi tersenyum sambil menepuk bahu Faizal. Faizal baru setahun setengah bekerja di syarikat tersebut. Hakimi awal setahun dari Faizal. Tapi Hakimi kini sudah menarik diri dari terus ‘makan gaji’ kerana dia yakin dirinya sudah boleh berdiri sendirinya dan memulakan kerjayanya sendiri.
 “Hakimi ni tak larat nak makan gaji je Cik.” Faizal turut menyertakan diri dalam perbualan itu. Bosan rasanya hendak berbual fasal kerja sahaja. ”Mi, kau mesti tak lunch lagi kan? Apa kata kita pergi makan dulu? Sambung borak-borak kat sana. Kesian Cik Lina ni panas-panas kat sini. Lapar pulak tu. Betul tak Cik Lina?”
 ”Yelah. Dah 12.30 ni. Kita makan sama-sama ya? Ada bos baru kat sini mesti dia boleh belanja kita kan Faizal?” Cik Lina cuba bersekutu dengan Faizal untuk mengenakan Hakimi. Faizal beruntung ditempatkan kerja di daerah Seremban ini. Pemabantu Teknikal daerah ini adalah perempuan. Selalunya perempuan seorang cerewet namun berbeza dengan Cik Lina.
 Sewaktu di Johor, kebanyakannya Pembantu Teknikal dan Juruteknik Jabatan Kerja Raya di sana adalah lelaki dan sangat tegas. Ada sahaja masalah di mata mereka dan ada yang sengaja yang membuat masalah itu sendiri untuk mendapat habuan ’hadiah’ untuk mereka dan terpaksa menyusahkan penyelia-penyelia tapak bina. Untung Faizal dipindahkan ke Seremban.
 ”Cik Lina tumpang kereta saya jela ye?” Hakimi mempelawa Cik Lina. ” Faizal kau naik kereta kau ye?”
 ”Yelah-yelah. Mentang-mentang Cik Lina cantik. Aku dilupakan begitu sahaja.” Mereka tergelak. Merah padam muka Cik Lina menahan malu. Namun disebabkan cuaca panas terik menyerlahkan kemerahan itu.
 Hakimi dan Cik Lina menaiki Isuzu D-max milik Hakimi dan menuju ke restoran yang paling hampir. Namun yang paling hampir adalah dua kilometer dari situ. Perodua Kembara milik Faizal mengekori dari belakang.
 ”Lina still duduk kat Rasah Kemayan?” Hakimi memulakan bicara seolah-seolah kenal benar dengan Cik Lina.
 ”Yup. Mi ingat lagi kat Lina kan?”
 ”Kenapa mesti tak ingat?” Hakimi mempersoalkan semula.
 ”Ingatkan Mi dah lupakan Lina setelah apa yang Lina buat dekat Mi dulu.” Lina menyambung.
 ”Kisah lama Lina. Mi pun dah taknak ingat. Tak perlu nak bermusuhan. Lebih baik berkawan kan?”
 ”Thanks Hakimi. Menyesal tinggalkan awak dulu.” Perlahan nada suara Lina.
 “Dah lima tahun berlalu. Waktu tu pun kita masih budak-budak lagi. Kurang matang. Sekarang kita dah ada ada hidup kita sendiri. Bersyukur apa yang berlaku sebab apa yang berlaku semuanya ada hikmah. Tak guna menyesal.” Hakimi mengingatkan kembali apa yang perkara lima tahun lepas sewaktu Hakimi dan Lina sedang bercinta. Namun hubungan mereka tidak lama. Tidak sampai setahun terputus dan Lina meninggalkan Hakimi kerana mengikut lelaki lain. Mungkin pemikiran yang tidak matang membuatkan Lina berkelakuan sebegitu.
 ”Kita still kawankan?” tanya Lina.
 ”Mestilah. Lepas ni mesti kita banyak kali jumpa kan? Lina yang kena check kerja Mi.”
 ”Lina yang check kerja Mi kan? Siaplah Mi nanti!” Lina cuba mengusik Hakimi.
 ”Kejap lagi ada yang buta dan lepas ni dah tak boleh check kerja Mi da.” mereka berdua ketawa.
 Hakimi memberhentikan keretanya disebuah kedai makan. Kelihatan agak ramai orang di sana.
 ”Kat sini okey tak?” Hakimi bertanya.
 ”Ramai orang. Mesti sedap lauk kat sini kan? Lina tak kisah.”
 ”Lina tak kisah. Mi pun tak kisah. Dah, jom.”
 Hakimi dan Lina menuju ke kedai makan Selera Aminah diikuti oleh Faizal.
Mereka kemudian beratur di tempat untuk mengambil makanan.
 ”Boleh tahan lauk kat sini.” ujar Faizal.
 ”Kau tak pernah makan kat sini?” Hakimi bertanya.
 ”Biasa aku makan dengan kau dekat jalan menghala ke Kampung LBJ. Tak pernah aku makan kat sini.”
 ”Kau kan sekarang dah jadi penduduk sementara kat sini tak kan makan tempat sama tiap-tiap hari kot?” tanya Hakimi lalu dia mengambil seketul ayam bahagian kepak lalu diletakkan di dalam pinggan.
 Kedai itu menjual nasi campu pada waktu tengah hari dan terdapat pelbagai pilihan lauk sekaligus membuat mereka rambang mata untuk memilih. Selesai mengambil makanan mereka bertiga memesan air minuman masing-masing dan menuju ke meja makan yang terletak di bawah kipas. Cuaca pada waktu tengah hari agak panas menyebabkan mereka memilih tempat yang lebih selesa. Mujur masih terdapat tempat yang di bawah kipas. Walaupun tidak berpendingin hawa cukuplah dengan kipas untuk menyejukkan sedikit suasana.
 Lina duduk di sebelah Hakimi manakala Faizal duduk bertentangan dengan Hakimi.
 ”Mi, asyik berkepit je dengan Cik Lina? Dah tersangkut?” Faizal tersenyum memandang mereka berdua.
 “Sangkut? Elok jugak. Bertambah-tambah rezeki aku lepas ni.” Hakimi menyambung sambil tersenyum
 “Wah. Bukan main dia ye? Awak ingat kalau saya jadi isteri awak senang-senang awak boleh dapat maca-macam tender kerajaan?” Lina menambah bercampur nada gurauan.
 “Eh, Mi, Aku tengok tadi macam malu-malu je kau dengan Cik Lina masa baru jumpa tadi? Sekarang bukan main mesra ye?” Kehairanan Faizal melihat mereka berdua. “ Cik Lina dah kena ayat dalam kereta tadi ya?”
 Mereka tergelak seketika.
 “Tak lah. Saya dengan Hakimi dah kenal dari waktu sekolah lagi. Lepas tu lost contact. Tadi masa baru-baru jumpa macam kenal. Dah borak-borak dalam kereta tadi baru teringat balik.”
 “Oh yeke? Dari sekolah lagi? Seorang dari Johor seorang lagi Seremban. Macam lain je bunyinya. Bekas couple ke?” Faizal cuba menyelidik.
 Hakimi yang sedang meneguk air limau aisnya tersedak tatkala soalan itu diajukan oleh Faizal. Terus Hakimi meminta maaf.
 “Eh, macam betul je?” Faizal meneka lalu tergelak sendiri melihat Hakimi dan Lina tersipu-sipu malu.
 Sengaja Hakimi tidak mahu mengaku. Malas dia mahu mengingatkan kisah lamanya. Jika di jawab ya pasti macam-macam persoalan timbul dari mulut Faizal. Faizal bila terdengar kisah yang agak panas pasti dia akan lebih sibuknya mengalahkan perempuan.
 Banyak kali nampaknya Hakimi akan berjumpa dengan Lina dan berurusan dengannya. Hakimi berdoa agar dia tidak tergoda sekali lagi dengan gadis itu. Cukuplah dengan Ayu. Hakimi tidak akan sesekali memungkiri janjinya. Hakimi akan setia.
 Ya, setia untuk Ayu!

KU INGIN KAMU : BAB 10

Bab 10
 Ayu kelihatan sungguh ayu hari itu seperti namanya. Bertudung ungu muda dan berbaju kurung berwarna ungu juga tetapi lebih gelap. Ayu membetu-betulkan bajunya yang terlipat di bahagian belakang. Jarang sekali Ayu memakai baju kurung melainkan jika dia menghadiri majlis-majlis tertentu.
 ”Assalamualaikum.” Hakimi memberi salam lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya dan turut menjemput Ayu masuk. Hakimi berlalu ke dapur meninggalkan Ayu di ruang tamu. Ayu berasa sungguh janggal sehinggakan dia terlupa untuk duduk. Ditambah lagi dengan perasaan segan dan gementar membuatkan Ayu tambah gelisah dan tidak tahu apa yang hendak dilakukannya.
 Hakimi ke dapur mendapatkan ibunya.
 ”Bu, Ayu dah kat depan. ” Hakimi menegur ibunya yang sedang mengemas dapur setelah siap memasak.
 “Kat depan? Kau tak jemput dia masuk?” Puan Rahimah membasuh tangannya dan mengelap dengan sehelai kain.
 “Dah la. Kat ruang tamu.” Jelas Hakimi dan terus mengiringi Puan Rahimah ke ruang tamu.
 ”Ibu, ni Ayu.” Hakimi memperkenalkan Ayu kepada Puan Rahimah.
 ”Apa khabar, mak cik?” Ayu terus bersalaman dengan Puan Rahimah.
 “Baik je Ayu. Ayu pulak?”
 “Sihat jugak mak cik. Kalau tak mesti tak sampai sini kan?” Ayu berjenaka sedikit bagi menghilangkan gemuruhnya.
 ”Alhamdulilah. Kena lah dengan nama Ayu. Ayu je mak cik tengok.” puji Puan Rahimah sambil tesenyum memandang Ayu. ”Ayu, dah nak maghrib ni. Kita solat dulu ya? Solat dengan makcik dekat atas.”
 ”Ayah mana bu?” Hakimi bertanya. Walaupun ayahnya sudah tidak bekerja namun kelibat ayahnya jarang kelihatan.
 ”Dia awal-awal lagi dah ke surau. Kamu tak ke surau Mi? Kalau tak boleh kita solat jemaah bersama. Kamu imam ye?”
 ”Haa. Nak pergilah ni.” Hakimi terus naik ke biliknya untuk mengganti baju dan terus ke surau.Mengelak dari menjadi imam. Hakimi masih tidak bersedia untuk mengimamkan orang lain. Tidak mampu rasanya.

 Setelah habis solat magrib Hakimi pulang berjalan kaki bersama ayahnya, Encik Ismail. Jarak surau dengan rumahnya hanya 100 meter. Namun sukar untuk Hakimi kerap kali mengunjungi ke sana. Terlalu sibuk atau hidayah belum di turunkan lagi?
   Sampai sahaja di rumah kelihatan Puan Rahimah dan Ayu sedang menghidangkan makanan di meja makan. Hakimi dan ayahnya terus ke meja makan. Mereka duduk di kerusi yang sedia ada di situ.
 ”Mi, tak tolong terus duduk nak makan ye?” sengaja Puan Rahimah mengusik anaknya. ”Mal.Mari makan sekali.” panggil Puan Rahimah kepada Mal yang sedang duduk khusyuk menonton tv.
 Setelah siap menghidangkan lauk Puan Rahimah dan Ayu duduk bersama Hakimi dan Encik Ismail. Mal turut serta dan dia duduk di sebelah abangnya. Sedari tadi Ayu asyik memerhatikan Hakimi sahaja. Mungkin terpegun dengan Hakimi yang agak lain malam itu. Bersongkok, berbaju melayu dan berkain pelikat. Pertama kali Ayu melihat Hakimi begitu.
 ”Em. Ayah, ni kenalkan Ayu, kawan Mi.” Hakimi memperkenalkan Ayu kepada ayahnya. Ayahnya memandang Ayu yang sedang menyeduk nasi ke dalam pinggan.
 “Oh, Ayu? Memang ‘ayu’ pun.” Encik Ismail tersenyum melihat Ayu dan Ayu turut membalas senyuman Encik Ismail. Segan dari tadi asyik dipuji dan dikaitkan dengan namanya. “Bila nak kahwin ni Mi? Jangan tunggu lama-lama. Nanti disambar buaya. Kalau nak masuk minang ayah boleh uruskan.”
 ”Duit tak cukup lagi ayah.” ringkas jawapan Hakimi.
 ”Duit tak cukup lagi? Projek punya besar kau dapat takkan takde duit? Jangan tunggu lama-lama Mi.” Encik Ismail mengingatkan. Lagipun ayahnya tidak suka jika anak dara diusung ke mana mana tanpa apa apa ikatan.
 ”Mi, duit ibu yang kau bagi tu pun ada lagi. Ibu simpan je. Rasanya dah cukup kalau nak buat belanja kahwin.” Puan Rahimah menambah.
 ”Mi, ada duit bu. Tapi Mi tak sedia lagi. Banyak Mi kena belajar. Duit yang Mi bagi tu Ibu buat la untuk pergi haji dengan ayah.” Hakimi hanya menundukkan mukanya lalu menyuakan nasi kemulutnya dan mengunyah perlahan.
 Ayu hanya diam dan hanya mendengar perbualan Hakimi dengan ibu bapanya. Ayu tidak berani bersuara kerana takut dia yang dipersoalkan.
 “Ayu macam mana? Diam je?” soal Encik Ismail. Ayu tidak terlepas dari soal siasat Encik Ismail.
 “Ayu ikut Hakimi je. Lau Ayu boleh masuk meminang dah tentu Ayu buat. Tunggu Hakimi lambat sangat.” Ayu menjawab lalu disambut ketawa oleh yang lain.
 Hakimi mengenyitkan matanya kepada Ayu. Ayu pura-pura tidak perasan. Namun Puan Rahimah tidak terlepas pandang perbuatan Hakimi.
 ”Hakimi. Mata kau dah kenapa?” Puan Rahimah mengusiknya sekali lagi. Hakimi hanya berpura-pura tidak dengar namun wajah Hakimi tidak dapat menyembunyikan senyuman Hakimi yang cuba ditahan itu.
 ”Ayu hati-hati dengan Hakimi ni tau. Kalau dia macam-macam call mak cik tau?” Puan Rahimah mengingatkan Ayu.
 “Dia memang macam ni mak cik. Kadang-kadang penat nak melayan perangai dia ni. Tapi kalau dia dah mula keluarkan skill loyar buruknya tu memang geram je Ayu.” Ayu membalas.
 “Ayah dia pun sama je. Penat mak cik nak melayan. Anak bapak sama je.” Sambung Puan Rahimah lalu diiringi gelak tawa mereka. Meriah sungguh rumah Hakimi malam itu dengan kehadiran Ayu.
 “Kakak. Abang Mi selalu buli Mal kat rumah.” Mal yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara.
 “Betul tu Ayu. Mi memang macam tu. Pantang tengok adiknya senang mesti dia nak menyakat. Dari budak-budak sampai dah macam bapak orang ni pun masih macam tu.” Puan Rahimah menambah lagi.
 Sekali gelak tawa meeka kedengaran. Hakimi turut sama ketawa walaupun malam itu teruk dia dikenakan semua orang. Sepatutnya Ayu yang harus disoal-siasat bukan dirinya.
 Ayu selesa bersama keluarga Hakimi.
 ”Ayu, kalau senang-senang datanglah sini selalu. Temankan mak cik kat sini. Jangan tunggu Hakimi bawak pulak ye.” pesan Puan Rahimah tatkala Ayu mahu pulang malam itu.
 ”Saya datang pun ikut Hakimi je. Saya kat sini pun takde kenderaan nak keluar. Selalu Hakimi je yang bawak.” balas Ayu. Bukan dia tidak mahu datang lagi. Dia seronok bersama keluarga Hakimi. Dia tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke situ turut membataskan pergerakannya.
 ”Takpe Ayu. Nanti makcik pesan kat Hakimi suruh bawak kamu datang sini selalu.”

KU INGIN KAMU : BAB 9

Bab 9
 Hakimi sedang bersiap-siap untuk menjemput Ayu untuk makan malam di rumahnya malam ini. Dia mengenakan t-shirt berkolar bulat hitam dan jeans biru lusuh. Hakimi berpakaian ringkas sahaja kerana dia akan menjemput Ayu makan di rumahnya. Hari itu dia pulang lebih awal untuk bersiap-siap.
 Hakimi juga telah memberitahu ibunya bahawa dia mahu mengajak kekasihnya untuk makan di rumah dan ibunya jugalah yang menyiapkan makanan untuk makan malam itu. Sepanjang tiga tahun bersama Ayu inilah pertama kali dia akan memperkenalkan Ayu kepada keluarganya.
 Hakimi berdiri di hadapan cermin dan membelek-belek wajahnya memastikan semuanya kelihatan kemas. Hakimi menyembur sedikt wangian dan terus turun ke bawah.
 ”Wah. Wanginya anak ibu ni.” tegur Puan Rahimah.
 ”Nak jumpa kekasih hati kena lah wangi-wangi sikit bu. Masa bujang je. Nanti waktu kahwin dah tak perlu wangi sangat kot.” Hakimi tergelak.
 ”Mi pergi dulu bu.” Hakimi melangkah keluar dari rumah dan terus menuju ke keretanya yang di letakkan di bahu jalan hadapan rumahnya.
 ”Hati-hati bawak anak dara orang tu!” Ibunya mengingatkan Hakimi. Entah sapai atau tidak ke telinga Hakimi.
 Hakimi memandu keretanya menuju ke rumah Ayu. Sampai sahaja di hadapan rumah Ayu terus Hakimi menghubungi Ayu. Hanya sekali dering terus di jawab.
 ”B dah kat depan rumah baby ni.”
 ”Tau dah. Kejap ye.” Ayu ter mematikan talian.
 Tidak lama kemudian pintu rumah dibuka dan kelihatan Ayu muncul di muka pintu dan meminta Hakimi menunggunya sebentar menggunakan isyarat tangannya.
 Setelah mengenakan sepatu Ayu terus menuju ke kereta Hakimi. Hakimi tersenyum melihat Ayu. Ayu bertudung!
 Ayu masuk ke dalam kereta Hakimi dan terus duduk di sebelah Hakimi dan menutup pintu. Tali pinggang keledar dikenakan.
 ”Jom.” tegur Ayu kepada Hakimi yang dari tadi memerhati perbuatan Ayu. Ayu berharap Hakimi menegur perubahannya. Namun Hakimi hanya berdiam dan terus memandu keretanya keluar dari kawasan rumah Ayu.
 Agak lama baru Hakimi mmbuka mulut.
 ”Cantik baby hari ni.” Hakimi tersenyum.”Pakai tudung pulak?”
 ”Kenapa? Tak suka?” Ayu mencebik.
 ”Suka sangat-sangat! Cantik baby pakai tudung.” Hakimi memuji lantas mencubit manja pipi Ayu. Geram Hakimi melihat Ayu. Ayu menjerit manja. Gadis itu terlalu cantik dimatanya. Mungkin dimata orang lain Ayu hanya gadis biasa. Tetapi tidak bagi Hakimi. Ayu terlalu sempurna. Ayu tidak seperti gadis lain. Semakin hari semakin sayang. Begitu juga Ayu. Hakimi pernah mengingatkan hatinya agar tidak terlalu menyayangi seseorang bimbang akan membuat hatinya hancur teruk suatu hari nanti. Entahlah. Hakimi tidak mampu.
 ”Nak jumpa bakal mak mertua kan? Kena sopan-sopan sikit.” Ayu menyambung bicara.
 ”Sebab jumpa mak mertua je? Lepas ni bukak dah?”
 ”Baby nak terus bertudung. Nak berubah la b. Baby dah tak nak macam dulu.”
 ”Alhamdulilah. Baguslah macam tu.Baby makin cantik bila pakai tudung.” Hakimi memuji lagi.
 ”Nervous la b. First time jumpa ibu b.” Ayu menyuarakan kebimbangannya kepada Hakimi.
 ”Rilek sudah. Ibu makan nasi tak makan orang. Dia normal macam manusia biasa.” Hakimi cuba bergurau dan tangan Ayu digenggam erat.
 ”B ni! Mengada la. Baby tau la pasal tu. Takut kena reject je nanti.” tangan Hakimi digoncang perlahan.
 ”Ibu tak macam tu. Kalau dah jodoh b dengan baby tak ke mana semua tu.” Hakimi menggenggam lebih erat tangan Ayu.
 ”Baby nak ada jodoh dengan b!”
 ”B nak baby jadi isteri b.B nak jaga baby hingga akhir hayat b”
 ”Thank b.” sayu hatinya mendengar pengakuan Hakimi.
 Ayu memandang keluar tingkap. Dia sungguh bahagia bersama Hakimi. Ayu berdoa agar dia disatukan dengan Hakimi segera. Dia mahu hidup disamping Hakimi tidak kira susah atau senang.
 Sebelum ini Hakimi banyak kali becerita tentang ibunya dan ibunya tidak pernah menghalang hubungan mereka. Ayu Cuma merisaukan tentang ibu bapanya. Ibu bapa Ayu sangat cerewet mengenai pilihan anak-anaknya. Kakaknya yang sudah berusia 28 tahun juga masih belum berkahwin kerana pilihan kakaknya tidak pernah berkenan di hati ibu nya. Ibunya yang terlalu memilih. Keputusan ayahnya juga dipengaruhi ibunya sendiri.
 Ayu tidak faham dengan masalah ibunya. Ayu berharap hubungannya dengan Hakimi tidak mempunyai halangan. Hubungan selama tiga tahun bersama Hakimi dirahsiakan dari pengetahuan ibunya. Hakimi pernah bertemu dengan Hakimi. Tetapi mengaku sebagai kawan biasa.
 Lamunan Ayu terhenti tatkala Hakimi memberhentikan keretanya. Mereka sudah sampai di hadapan rumah Hakimi.

KU INGIN KAMU : BAB 8

Bab 8
 Amran sedang menuju ke restoran di mana gadis pujaannya bekerja. Dahulu dia mempunyai seorang kekasih yang mirip sekali dengan Ayu. Pertemuan pertamanya dengan Ayu telah membuatnya nekad untuk memiliki gadis itu. Tidak akan sesekali dilepaskan walaupun Ayu sudah mempunyai teman istimewa pilihannya.
 ”Ah! Orang berkahwin pun boleh bercerai. Inikan yang belum berkahwin.” getus hatinya dan tersenyum memikirkan agendanya sendiri.
 Semalam semasa dia keluar makan bersama Su, Su bagaikan tidak percaya apa yang dihadapan matanya. Amran terlebih dahulu bertindak. Dia tahu itu bukan Balqis. Kekasih lama Amran yang telah meninggalkan Amran kerana terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga Balqis sendiri. Selepas itu Amran tidak lagi bertemu Balqis kerana Balqis telah berpindah mengikut suaminya bekerja di Mesir.
 Dua tahun berlalu dan hati Amran masih tidak lagi terubat. Hanya Su tempat Amran meluahkan. Amran telah melihat Ayu sewaktu Ayu baru pindah di sebelah rumahnya. Terus dia menyelidik dan memberitahu Su. Keesokan harinya membuat Amran membawa Su makan di tempat Ayu bekerja. Amran mahu menunjukkan apa yang dimaksudkannya kepada Su.
 ”Balqis dah balik kan Su?” Terang Amran sebaik sahaja Ayu berlalu pergi setelah mengambil pesanan mereka.
 ”Tapi dia bukan Balqis la beb. Aku tau memang sama. Try la.”
 ”Memang aku akan usaha. Tapi semalam aku nampak boyfriend dia hantar dia waktu dia baru pindah. Tapi tak tau la boyfriend dia ke abang dia.”
 ”Kalau dah ada boyfriend tak payahlah kau nak rosakkan hubungan diorang.Jangan buat kerja gila Amran.”
 ”Tengoklah dulu.” Amran tersenyum.
 Teringat Amran perbualannya dengan Su semalam. Namun dia tidak peduli dengan semua itu. Dia nekad untuk mendapatkan Ayu.
 Sewaktu Amran mahu melangkah kaki masuk ke restoran itu dia terlihat gelak tawa dan gurauan mesra sepasang kekasih.
 Amran mula menggenggam penumbuknya.
 ”Sial!” Amran keluar dari restoran itu dan duduk di bangku di hadapan restoran itu. Menunggu saat kekasih Ayu keluar meninggalkan Ayu dan dia akan masuk untuk berjumpa dengan Ayu.
 Saat Hakimi keluar dari restoran itu Amran memandang lelaki itu. Matanya memandang Hakimi tanpa berkedip. Amran nekad akan mebuatkan Ayu meninggalkan lelaki itu.
 Agak lama dia memandang Hakimi baru dia masuk dan terus mendapatkan Ayu yang sedang berbual dikaunter bayaran.
 ”Hai Ayu!”
 Ayu memandang lelaki berkumis nipis itu yang sedang tersenyum dan perasaan menyampah mula terbit di hatinya.
 ”U nak apa?” malas Ayu hendak melayan kerenah lelaki itu.
 ”I datang nak jumpa U je.” Amran mula membuat muka kononnya merajuk dengan layanan buruk Ayu.
 ”Haa. Eloklah tu. Elok U balik je. I takde masa nak melayan U!”
 ”U. Macam ni ke cara orang Islam layan seorang jiran?” Amran cuba menyelitkan unsur-unsur agama ke dalam perbualannya untuk mempengaruhi Ayu.
 Ayu terdiam sebentar dan mula mencapai kotak tisu di atas kaunter dan menyerahkan kepada Amran. Amran tidak mengerti dengan kelakuan Ayu itu.
 ”I sedang bekerja dan banyak kerja hendak dibuat. Tisu ni tak bekerja. U borak-borak la dengan dia ok?” Ayu terus berlalu pergi. Menyampah dia melayan perangai Amran.
 ”Kelakar U ni! Nanti balik I jemput U!” Amran menguatkan suaranya.
 Amran terus mendapatkan Esya dan bertanya.
 ”Weh. Ayu balik pukul berapa?”
 ”Pukul 6. Saing dengan aku. Kenapa?”
 Amran tidak menjawab dan terus berlalu pergi.
 Jam 6.00 petang Amran menunggu di hadapan pintu masuk utama AEON Jusco. Dia menanti Ayu. Sekali sekala dia memandang jambangan bunga yang diletakkan di tempat duduk sebelah tempat pemandu.
 15 minit berlalu. Ayu tidak muncul-muncul juga.
 ”Mungkin dia keluar ikut tempat lain sebab taknak terserempak dengan aku. Pandai!” Amran mahu ke pintu masuk di sebelah sisi bangunan. Tatkala Amran mahu melangkahkan kakinya terlihat kelibat Ayu dan Esya baru keluar. Mahu pulang agaknya.
 ”Taklah pandai sangat.” bicara Amran dalam hati sambil tersenyum. Amran terus mendapatkan Ayu dan Esya.
 ”Nak balik ke?” tanya Amran.
 ”Baliklah. Takkan nak pergi kerja pulak.” Esya menjawab tanpa dia mengetahui soalan itu ditujukan kepada Ayu.
 ”Jomlah naik kereta I. I hantar balik” Amran mempelawa sambil matanya melihat Ayu yang tidak memandangnya langsung.
 ”Wah. Ada driver! Cepatlah Ayu.” gembira sungguh Esya tatkala dipelawa seperti itu. Tidak perlu dia bersusah payah berjalan kaki pulang ke rumah.
 Terpaksa jugalah Ayu menerima pelawaan Amran walaupun berat rasa hatinya. Kalaulah Hakimi melihat dia menumpang lelaki lain entah apa yang mahu Ayu menjawab. Namun dia tahu Hakimi bukan seorang lelaki yang cemburu buta. Dia tidak pernah mengongkong Ayu bergaul dengan orang lain. Kawan-kawan lelaki juga tidak mempunyai masalah berhubung dengan Ayu.
 Saat Ayu sampai ke kereta Amran, Amran terlebih dahulu membuka pintu tempat penumpang hadapan dan mengeluarkan sejambak bunga. Tiga kuntum ros merah.
 ”Ni untuk Ayu. Ayu duduk depan ye?” Amran menghulurkan jambangan bunga itu kepada Ayu. Mahu tidak mahu terpaksalah dia menerima. Kalau tidak diterima banyak mulut Amran hendak meng’ayat’. Ayu terus masuk ke dalam kereta tanpa bersuara. Amran dan Esya turut masuk. Esya duduk di tempat duduk belakang.
 ”Ada apa-apa ke ni?” Esya bersuara. Ayu tidak menjawab dan Amran hanya tersenyum.
 Sepanjang perjalanan ke rumah. Mereka tidak berbual. Senyap sahaja. Hinggalah Amran memberhentikan kereta di hadapan rumahnya.
 ”Terima kasih.” ringkas ucapan Ayu dan terus masuk ke dalam rumah. Amran masih bersabar dengan kerenah Ayu. Gadis itu pasti dimilikinya.

KU INGIN KAMU : BAB 7

Bab 7
 Hakimi melihat di skrin telefon bimbitnya. Mesej yang dihantar kepada Ayu belum dibalas lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Hakimi belum makan. Cuaca yang panas membuat Hakimi bertambah malas untuk keluar dari pejabat kabin di tapak bina Walaupun pendingin hawa tidak terasa sejuknya tapi cukuplah untuk menenangkannya.
 Tiba-tiba Hakimi terasa hendak ke tempat Ayu bekerja. Hakimi tanpa berfikir panjang terus mengambil kunci keretanya dan memandu keretanya ke Tebrau City, di mana terletaknya AEON Jusco Tebrau. Dari lebuh raya Pasir Gudang, Hakimi mengambil lorong sebelah kiri sekali, membawanya ke Jalan Kota Tinggi. Tidak lama kemudian di sebelah kiri jalan terdapat sebuah pusat membeli belah yang tersergam megah. Hakimi terus membelok ke kiri, kini dia telah sampai ke AEON Jusco Tebrau. Hakimi meletakkan keretanya di tempat kereta. Hakimi keluar dari keretanya,menutup pintu dan mengunci keretanya. Kemudian dia terus bergegas masuk ke dalam. Hakimi tidak sedar bahawa dia telah melakukan semuanya dengan terlalu pantas.
 Hakimi terus masuk ke dalam dan mula mencari restoran tempat Ayu bekerja. Sampai di hadapan pintu restoran itu Hakimi terus mencai kelibat Ayu. Hakimi mula mencari tempat untuk dia duduk. Datang seorang pelayan untuk mengambil pesanan.
 ”Kat sini ada waiter nama Ayu kan? I nak dia yang ambik order untuk I.” Belum sempat pelayan itu berkata kata Hakimi telah bersuara terlebih dahulu.
 ”Ayu? Dia tengah rehat sekarang.” balas pelayan wanita itu.
 ”I nak U panggil dia sekarang.I tak nak orang lain ambil order untuk I.”
 Ayu sedang duduk di hujung penjuru restoran itu menghabiskan waktu rehatnya. Mahu sahaja dia menghubungi Hakimi tetapi risau lelaki itu sibuk. Dari jauh dia melihat Esya datang ke arahnya.
 ”Ayu, ada customer tu cari kau. Dia nak kau yang amik order untuk dia”
 “Siapa?” Ayu mengerutkan dahinya. “Aku tengah rehat kot. Kau tak cakap dengan dia?”
 ”Dah, tapi ntah lah mamat tu. Kau pergilah Ayu. Dari kau duduk sorang-sorang kat sini macam orang putus cinta baik kau layan dia.”
 ”Celupar je kan mulut kau. Mamat mana pulak ni?” Ayu cuba menjengah-jengah mencari orang yang dimaksudkan.Risau hatinya jika ’orang gila’ itu datang lagi..
 ”Kau tengok kat depan tu ada sorang mamat pakai spek pastu pakai kemeja kotak-kotak. Pergilah cepat.”
 ”Yelah.” Ayu terus mengangkat punggungnya dan terus ke depan mencari lelaki yang dimaksudkan. Saat Ayu terpandang lelaki yang dimaksudkan bibirnya terus menguntum senyuman.
 ”Jauhnya sampai lunch kat sini?” Hakimi tersentak dari lamunannya dan terus memandang gadis yang baru duduk di depannya.
 ”Yelah. Risau ada orang merajuk kat b. Tu yang cari dia sampai sini. Nak makan sekali. Nak dia teman b.” Hakimi tersenyum dan tangannya mula mengusap-ngusap jari jemari Ayu.
 ”Pura-pura merajuk je tadi.” Ayu tersengih. ”Takut b sibuk tu yang tak reply. B nak makan apa ni?”
 Ayu mengambil pesanan Hakimi. Tidak lama kemudian makanan sampai. Ayu menemani Hakimi sehingga habis makan.
 ”Baby baik-baik ni ada tips ke nak kena bayar ni?”  Hakimi sekadar mengusik dan Ayu mula mencebik.
 ”Baby wat ikhlas ni. Tapi kena balas dengan kasih sayang b la.”
 “Ikhlas tapi mintak balasan?” Hakimi membuat muka seolah-olah sedang berfikir.
 ”B. Tak payah buat muka comel tu. Kat sini ramai perempuan, nanti dia culik b susah baby nanti.” Mereka sama-sama tergelak.

 Hakimi melihat jam tangannya. Sudah Hampir jam 1.30 petang.
 ”Baby, b nak pergi kerja balik ni.”
 ”B jaga diri tau!”
 Setelah itu Hakimi keluar dari restoran dan ketika itu Hakimi lihat seorang lelaki sedang memandangnya seperti mengenalinya. Hakimi tidak memperdulikan lelaki itu tapi dia tersa lelaki tersebut masih memandangnya. Tatkala Hakimi menoleh ke belakang lelaki tersebut sudah tiada.
 ”Ah, biarlah. Tak kenal pun.” hatinya berbicara sendiri.

KU INGIN KAMU : BAB 6

Bab 6
 Hakimi sedang menikmati sarapan pagi di rumahnya. Malam tadi dia tidur awal. Terlalu penat. Mula-mula dia hendak berbaring sahaja selepas Isyak untuk melepaskan penatnya kemudian menghubungi Ayu namun dia terus tertidur.
 “Ayu!” Hatinya tiba-tiba teringat mengenai Ayu. “Ya Allah, macam mana aku boleh terlupa pasal dia.”
 Hakimi terus ke biliknya mendapatkan telefon bimbitnya. Di cari-cari telefon bimbitnya di celah-celah katil. Tiada. Dia mengangkat bantalnya. Jumpa! Dia melihat pada skrin telefon bimbitnya. 3 mesej belum dibaca.
 Mesej pertama.
 “B. I miss you.”
 Mesej kedua.
 “B tido da ke?”
 Mesej ketiga.
 “Goodnite b. Mimpi indah. Imy”
 Kasihan Hakimi terkenangkan Ayu. Dia mengabaikan Ayu lagi. Hakimi mula menaip mesej.
 “Salam. Cmt pagi bby. Sory sal smlm. B tetido awal. Penat sgt. Igt nak baring2 je. Tapi terlelap pulak. Sory lagi skali sebab marah bby. Imy2,3,4,5,6,7,8,9,10,byk2..infinity..hehe. sory aw.”
 Butang send ditekan. Jam menunjukkan pukul 6.50pagi. Ayu mungkin masih tidur. Ayu memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya. Dia turun ke bawah dan terus keluar untuk memanaskan enjin keretanya. Kemudian Hakimi duduk semula di meja makan. Kembali menyambung makan. Air kopi dihirup perlahan. Kemudian roti disuap kemulutnya. Dia mendengar bunyi bising di atas.
 “Mal! Cepat sikit siap. Dah nak pukul tujuh! Kejap lagi bas datang kau kelam kabut. Tak sempat sarapan pulak.” bebel ibu Hakimi. Puan Rahimah,ibu kepada Hakimi tidak pernah berubah. Mulutnya suka membebel. Bebelan bersebab kerana sayangkan anak-anaknya. Membebel demi kebaikan anak-anaknya.
 Mal. Akmal. Adik Hakimi yang bongsu. Berusia 8 tahun. Hakimi mempunyai empat orang adik. Hakimi yang sulung. Tiga orang adiknya sudah tidak tinggal bersama mereka. Akma. Adiknya yang berusia 22 tahun. Sudah berkahwin dan tinggal bersama suaminya di Melaka.
 Afiqah dan Adilah masih belajar. Afiqah berumur 19 tahun dan belajar di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai Negeri Sembilan. Adilah pula belajar di Sekolah Berasrama Penuh.
 Bila semuanya berkumpul rumah ini memang riuh. Hakimi rindu dengan adik-adiknya. Walaupun dahulu sewaktu mereka kecil saling bercakaran. Bila sudah matang lain jadinya.
 Mal turun kebawah sambil mengheret beg sekolahnya.
 “Dik. Adik bawak semua buku ke? Ikut la jadual. Tak payah nak bawak semua buku. Berat tu.” Hakimi jarang memanggil Akmal dengan nama Mal. Hakimi lebih selesa dengan panggilan ‘adik’.
 “Dah ikut jadual la ni Abang Mi.” Hakimi tahu adiknya berbohong. Masakan sudah menyusun buku mengikut jadual bukunya masih banyak yang perlu di bawa.
 “Macam lah Abang Mi tak pernah sekolah. Pemalas!” Hakimi tersenyum memandang adiknya.
 “Biarlah!” Mal mula menuang air di dalam cawan. Air Kopi hanya diminum Hakimi dan ayahnya. Puan Rahimah dan Mal hanya minum air Milo sebab itu ibunya pasti membuat dua jenis air setiap pagi.
 Hakimi membuka dompetnya dan mengeluarkan wang sebanyak dua puluh ringgit. Kemudian dihulurkan pada Mal.
 “Thanks Abang Mi!” riang sahaja mal tatkala menerima wang dari abangnya.
 “Mi! Ibu dah bagi duit dekat Mal semalam. Kau bagi dia lagi buat apa. Nanti dia beli benda bukan-bukan.” Puan Rahimah membebel lagi apabila melihat Hakimi memberi wang saku lagi kepada Mal walhal semalam ibunya sudah memberi Mal RM10 untuk wang sakunya untuk minggu ini.
 Puan Rahimah tidak gemar Hakimi memberi kesenangan kepada adik-adiknya. Sebelum Hakimi bekerja hidup mereka hanya tidaklah begitu senang. Hakimi tidak diberi kemewahan. Segala-galanya diusahakan sendiri sehinggalah dia mampu berada ditahap ini dan  agak selesa.
 Sewaktu Hakimi kecil dia sudah biasa hidup serba sederhana dan dia terima apa yang ada didepan matanya walaupun tidak mencukupi. Namun Hakimi tidak kesah. Dia ikut apa yang mampu diberi orang tuanya. Hakimi tidak mahu adik-adiknya melalui kehidupan sepertinya dahulu.
 “Ayah mana bu?” Hakimi cuba menukar topik.
 “Entahlah. Tadi ada. Keluar sekejap kot.” Puan Rahimah seperti tidak prihatin dengan ayahnya. Sudah 23 tahun Hakimi bersama keluarganya. Dia tahu ibunya dulu banyak berkorban untuk keluarganya. Sekarang waktu untuk Hakimi membalas jasa ibu bapanya.
 Hakimi bangkit dari kerusi dan menuju ke arah Mal.
 “Belajar betul-betul dik!” pesan Hakimi sambil tangannya mengusap-usap kasar rambut adiknya yang sudah tersisir rapi. Sengaja dia mahu mengacau adiknya. Hakimi gelak sendiri.
 “Abang Mi! Ibu! Tengok Abang Mi. Dia rosakkan rambut Mal!” Mal menjerit.meminta ibunya membuat sesuatu kepada Hakimi yang selalu mengusiknya.
 “Tak habis-habis menyakat!” Puan Rahimah faham sangat dengan perangai Hakimi. Dari kecil tabiatnya ini tidak pernah berubah.
 “Sekali sekala bu. Bu. Mi pergi dulu ya.” Hakimi bersalaman dan mengucup tangan ibunya. Sambil itu Hakimi menghulurkan wang tunai RM150 kepada ibunya. “Duit belanja minggu ni ya bu.”
 “Banyaknya. Jangan membazir la Mi. Semuanya kau dah sediakan. Ayah kau bukan takde duit.”
 “Takpe la bu. Sikit je tu. Mi ade simpan lain. Tak cukup mintak lagi tau bu.”
 Puan Rahimah gembira melihat Hakimi berjaya walaupun sepanjang hari sibuk dengan dunianya. Waktu pagi inilah baru dapat mereka meluangkan masa sebentar. Hakimi tidak pernah melupakan keluarganya. Barang-barang keperluan di rumah sentiasa cukup. Ibu bapanya tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli keperluan harian. Semuanya sudah disediakan Hakimi. Duit yang diberi Hakimi kadang-kadang tidak terusik. Hendak diberi pada Mal pula sudah memberi duit belanja kepada Mal. Duit pemberian Hakimi disimpan di dalam bank sahaja.
 Diluar kedengaran bunyi pintu pagar di buka dan Hakimi mengundurkan keretanya keluar dari kawasan rumahnya dan Hakimi memandu keretanya terus ke tempat kerja.

Saturday, October 30, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 5

Bab 5
 Hari ini hari pertama Ayu memulakan tugasnya di cawangan baru. Kekurangan kakitangan di cawangan Johor Bahru membuat Ayu memohan untuk berpindah ke Johor Bahru.
 Sebenarnya bukan itu fokusnya. Ayu mahu selalu dekat dengan Hakimi. Dia tahu kos hidup di Johor Bahru lebih tinggi daripada Ipoh. Di Ipoh dia tinggal bersama keluarganya dan dia mampu untuk berjimat cermat. Di sini dia terpaksa membayar lebih. Makan dan pengangkutannya. Untung syarikatnya menyediakan tempat tinggal untuk pekerja. Tidak perlu dia memikirkan kos untuk membayar sewa rumahnya.
 Sampai sahaja ditempat kerja barunya dia dibawa oleh pengurus tmpatnya bekerja berkenalan dengan staf di situ. Kerja Ayu bukan di pejabat. Tetapi di sebuah restoran masakan barat. Ayu selesa bekerja dengan kerja seperti ini. Kerjanya habis sewaktu tamat waktu bekerja. Segala masalah tidak perlu dibawa pulang ke rumah. Tidak seperti Hakimi. Banyak yang terpaksa difikirnya.
 Menjadi pelayan terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan. Kadangkala ada yang cuba mengusiknya. Namun dia sudah malas hendak melayan. Hakimi yang perlu dilayan selalu. Ayu tersenyum sendiri tatkala teringatkan Hakimi. Tidak sekali pun dia berfikir mengapa dia begitu sayangkan lelaki itu. Mungkin tidak perlu sebab untuk mencintai seseorang itu.
”Ayu, ada customer kat sana. Berkahayal pulak kau.”  tegur Sofea sekaligus mematikan lamunan Ayu.
Sofea juruwang di restoran tersebut. Kebanyakan pekerja di situ adalah perempuan. Mungkin lelaki kurang sesuai bekerja di situ. Namun di bahagian dapur terdapat dua orang lelaki bekerja di situ. Alif. Seorang lagi tidak Ayu ingat namanya. Tidak penting rasanya untuk mengingati.
 Setelah mengambil pesanan dia mengambil kembali menunggu lagi. Kali ini dia lebih berhati-hati agar tidak ditegur. Mungkin akan memburukkan prestasinya di tempat kerja.
 Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki bersama seorang perempuan duduk di salah sebuah tempat di penjuru restoran.Pasangan kekasih agaknya. Ayu ke sana untuk mengambil pesanan dan menyerahkan menu kepada pasangan itu.
 Lelaki tersebut tersenyum memandang Ayu. Pandangan yang agak merimaskan.
 ”Nama I Amran. Yang sebelah ni kawan I, Su.”
 ”Sorry. I datang nak ambik order je. Bukan nak berkenalan.” Ayu  memalingkan muka.
 ”Em..ni sombong ke garang? Agak-agak bila kita boleh couple?” meluat Ayu mendengar ayat dari pelawak, Nabil. Cara itu takkan berkesan!
 ”Cepat sikit boleh tak? Banyak lagi kerja lain yang I kena buat.” suara Ayu agak keras di situ. Ayu meninggalkan mereka berdua setelah pesanan telah dibuat. Pelanggan seperti inilah yang membuat Ayu hilang mood untuk meneruskan kerja pada hari itu. Hari pertamanya sudah berjumpa dengan pelanggan bermasalah otak! Belum hari kedua.
 Jam 6.00 petang. Ayu sudah bersiap-siap untuk balik. Cepat tersa masa berlalu. Lega hatinya. Dia sudah terbayang katil di rumah. Balik dia akan terus berbaring sehingga hilang penatnya. Dia ke bilik persalinan untuk mengganti baju. Segan rasanya untuk keluar dari tempat kerjanya dengan memakai uniform pelayannya. Setelah siap Ayu membetulkan rambutnya. Memandangkan restoran tempat Ayu bekerja Terletak didalam AEON Jusco Tebrau mudah untuk dia mendapatkan barang-barang keperluannya.
 Ayu mahu singgah sebentar di pusat membeli belah Jusco untuk membeli barang keperluannya. Esya pula Habis syif pada jam 9.00malam. Terpaksa dia pergi seorang diri. Tatkala dia mahu keluar dilihat seorang lelaki sedang duduk di bangku di hadapan restoran tempatnya bekerja.
 ”Mungkin dia sedang menunggu kawannya tadi,” Ayu cuba menyedapkan hati sendiri. Rimas dia dengan cara lelaki itu.
 Ayu keluar menuju ke pusat membeli belah Jusco dan Ayu terasa seperti seseorang sedang menuju ke arahnya. Ayu tidak mahu memandang.
 ”Hai! U. Ingat i lagi?” Amran menegurnya dengan cara memintasnya dan muncul terus di hadapannya sambil terus menyapa.
 Ayu mendiamkan diri dan meneruskan perjalanannya ke pusat membeli belah Jusco. Amran masih tidak meninggalkannya dan mengekori Ayu. Malas dia hendak melayan lelaki berperangai kebudak-budakan. Ayu menuju ke tempat menjual syampu mandian. Ayu berhenti sambil matanya melihat-lihat pelbagai jenis sabun di rak itu.
 ”Cari sabun ke u? Mesti pagi tadi mandi tak bersabun kan?” Amran cuba mempamerkan kebodohannya di hadapan Ayu.
 Ayu memilih satu jenis sabun dan kemudian ke tempat di mana losyen di letakkan. Ayu memilih satu jenis losyen dan ke kaunter untuk membuat bayaran. Amran masih tidak meninggalkannya.
 Selepas membayar Ayu keluar dan akan terus balik ke rumahnya. Ayu hanya berjalan kaki dari tempat kerjanya. Esya pun begitu juga. Bas tidak mengambil penumpang dari rumahnya ke AEON Jusco. Terpaksalah dia berjalan kaki. Mengambil masa dalam lima belas minit berjalan. Kalau dulu sewaktu di Ipoh, ayahnya yang akan menjemputnya setiap hari. Disini dia tiada pilihan lain. Hakimi pula terlalu sibuk. Hari ini tiada lagi panggilan dari Hakimi atau mesej darinya. Ayu rindu.
 ”U..Layanlah I.” Suara Amran yang agak kuat dan mendesak itu memberhentikan langkah Ayu.
 ”U nak apa? Tak Malu ke ikut I? I nak balik. Jangan ganggu I okey? I tak minat dengan U!” Ayu meneruskan langkahnya.
 ”U nak jalan kaki macam Esya jugak ke?”
 ”Esya?” Ayu terkedu sebentar. Apa hubungan Amran dengan Esya? ” U kenal Esya ke?”
 ”Kenal kot. I selalu makan kat tempat u kerja. Kat tempat u kerja semua perempuan cantik-cantik.Hari ni I kenal someone yang sangat lain” Amran tersengih.
 ”U. I rasa mesti ada satu atau dua wayar dalam kepala hotak U dah putus.” Ayu geram dengan perangai lelaki itu.”Handsome tu pun tak.Otak pun senget.”sambung Ayu namun hanya dilepaskan di dalam hatinya. Entah apa reaksi lelaki itu kalau dilepaskan kata-kata sebegitu.
 ”U. Dari U penat-penat jalan kaki. Lebih baik U naik kereta I. I hantar U sampai rumah.” Amran terus menuju ke keretanya.
 Ayu tidak tahu mengapa kakinya tiba-tiba melangkah mengikut Amran.
 ”Dari penat berjalan. Baik Aku tumpang dia je”
 Amran masuk ke dalam sebuah kereta Proton Waja. Ayu terus masuk tanpa berfikir. Amran terus memandu keluar dari tempat itu.
 ”I tau U tinggal dengan Esya. I pernah hantar dia dulu.”
 ”Oh.” Ayu megiyakan sahaja. ”So U tau la rumah I kan?”
 ”Yup.Em.. Tak sangka pulak U ni sanggup tumpang I kan? Kenal pun tak. Mana tahu I ni perogol bersiri ke, atau pun perompak?”
 ”Dah U yang mengada-ngada nak tumpangkan I. Dari I penat jalan baik I tumpang U je.” Ayu cuba menyedapkan hatinya sekali lagi.”Lagipun I dah tau I sedang tumpang kereta orang gila.”
 ”Gila dekat U!” Amran tergelak.
 Sakit hatinya melayan kerenah Amran. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh TERtumpang lelaki sakit jiwa ini
 Sampai  sahaja di kawasan perumahannya Ayu berasa lega. Lelaki ini boleh dipercayai walaupun GILA! Namun Amran tidak memberhentikan betul-betul di hadapan rumahnya. Amran memberhentikan keretanya di sebelah rumahnya.
 ”Thanks.” perlu berterima kasih juga kepada lelaki itu walaupun Ayu tidak tahan melayan kerenahnya.
 ”I still tak tahu nama U.” Amran membongkok sedikit mahu melihat Ayu yang sudah keluar dari keretanya.
 ”Ayu.” Ringkas jawapannya.Terus dia menutup pintu.
 Amran turut keluar dan menutup pintunya.
 ”Semalam yang hantar U siapa? Boyfriend?”
 Ayu mengerutkan dahinya. Bagaimana dia tahu tentang Hakimi? Entah apa lagi yang diketahui lelaki ini.
 ”Atuk I! Dah la U. Jangan banyak tanya. I rimas! I nak masuk dulu”
 Amran mengunci pintunya keretanya.
 ”I tak ajak U masuk pun. Kenapa U tak balik je?”
 ”I nak masuk rumah I la.”
 ”Huh?” Ayu tidak faham.
 Amran menuju ke rumah sebelah. Ayu hanya memerhati tingkah laku Amran. Sudahlah gila.Pelik. Kasihan.
 ”I tinggal sebelah rumah U la.” Amran tersengih.
 Ayu malu sendiri kerana menghalau Amran walhal dia sedang berdiri dihadapan rumah Amran. Lantas dia terus menuju ke rumahnya dan terus masuk. Pening dia memikirkan kehidupan hidupnya hari ini. Hari pertamanya  bekerja di sini telah bertemu dengan orang yang kurang waras dan pelik.
 Ayu berbaring di katil cuba menghilangkan penat di badannya. Matanya ditutup terasa selesa sungguh. Hendak mandi terasa malas. Dibiarkan fikirannya menerawang. Ayu mengeluarkan telefon bimbitnya. Melihat skrin telefon bimbitnya. Kosong. Tiada mesej dari Hakimi ataupun panggilan tidak berjawab.
 ”Sibuk agaknya.” keluh Ayu. Ayu merindui lelaki itu. Lantas terus dihubungi Hakimi. Agak lama baru Hakimi menjawab panggilan itu.
 ”Hello. B? Buat apa?”
 ”Baby. Call nanti. B penat lah.” Agak keras nada Hakimi.
 ”Rindu la b.” Ayu sedih dengan jawapan Hakimi.
 ”Yelah. Nanti la.” Hakimi terus mematikan talian.

KU INGIN KAMU : BAB 4

Bab 4
Jam 6.30 pagi. Hakimi terjaga setelah telefon bimbitnya memekak di telinganya disebabkan alarm yang telah dia sendiri kunci. Lantas dia bangun menuju ke bilik air. Membasuh muka dan memberus gigi. Hakimi mengambil wudhu dank e biliknya semula untuk menunaikan solat subuh.
 Setelah selesai dia ke bilik Ayu. Walaupun itu sebenarnya bilik adiknya. Namun Ayu yang menginap di situ terpaksa digelarkan bilik Ayu. Hakimi mengejut Ayu menyuruhnya solat. Kemudian Hakimi kembali ke biliknya berbaring. Terdengar bunyi air dari bilik air. Hakimi tahu itu Ayu.
 Mata Hakimi tidak boleh lelap lagi. Dalam fikirannya memikirkan Ayu. Hakimi bangkit dari katil dan menuju ke bilik Ayu. Ayu sedang melipat telekung dan dia agak terkejut melihat Hakimi di situ. Bila sudah berdua, yang ketiga adalah syaitan.
 Mereka berdua duduk di bucu katil.
 “Baby nak sambung tidur lagi?”
 “B?”
 “Nak tidur tapi tak boleh. Ingat kat Ayu je. Nak tidur sebelah ayu rasanya.” Hakimi tersenyum.
 Iman Hakimi goyah juga. Mereka baring bersam. Lantas Ayu dipeluknya. Hakimi merasa tenang disamping Ayu. Rambut Ayu diusap-usap. Ciuman di pipi mungkin sudah tidak terbilang lagi. Apabila bercinta jarak jauh. Sesekali perkara ini terjadi pasti mereka akan melepaskan rindu yang lama terpendam dan tertahan sehinggakan mereka melupakan dosa atau pahala.
 Walaupun begitu, dosa berzina yang sudah diketahui amat besar mampu di tahan Hakimi. Walaupun dia kesal tidak mampu mengawal dirinya tidak sampai rasa hatinya untuk merosakkan gadis itu. Biarlah perkahwinan menghalalkan segala-galanya.
 Tidak sedar jam menunjukkan sudah jam 11.00 pagi. Ayu menerima mesej dari Esya bahawa dia telah berada di rumahnya. Lantas Hakimi dan Ayu bersiap siap. Hakimi menghantarkan Ayu ke rumah sewanya.
 Sampai sahaja di hadapan rumah sewa Ayu berpandukan alamat yang diberi Hakimi memberhentikan kereta. Hakimi menurunkan Ayu.
 “B. dekat je kan dengan rumah b?”
 “Yekot. Jalan kaki esok pun tak taw sampai ke tak. Baby kirim salam kat Esya. Tak sempat jumpa dia. B nak pergi Batu Pahat. Ada kerja sikit.”
 “B ni. Asik kerja je. Harap-harap dah dekat ni rajin-rajin la jenguk baby ye.” Ayu meluahkan apa yang sentiasa dipendam dihatinya.
 “Dah dekat kan? Harap-harap boleh la. Hari-hari pun boleh. Lima minit je kot dari rumah b.” Hakimi memandang Ayu dengan senyuman.
 “Baby, jaga diri tau”
 “B pun sama tau!”  Ayu menutup pintu dan Hakimi meninggalkannya disitu.
 Keretanya meluncur laju di jalan raya dan kini dia menuju ke Batu Pahat. Telefon bimbitnya dipegang. Jarinya menekan-nekan punat di telefon bimbitnya, mencari nama Cito.
 Cito pekerjanya yang berasal dari Indonesia. Hakimi mengamanahkannya menjadi ‘kepala’ untuk pekerja-pekerja yang lain. Cito yang menjaga kerja-kerja sepanjang ketiadaan Hakimi. Hakimi hanya datang dua kali seminggu ke tempat tapak projeknya kerana Isnin hingga Sabtu dia sibuk dengan kerja di tempatnya bekerja.
 Tapak projeknya bukanlah sebesar projek kontraktor kelas A. Hanya mengambil upah untuk mengubahsuai rumah. Inilah pendapatan sampingannya. Walaupun nampak remeh tapi pulangan agak besar dan sebab itu Hakimi mampu hidup lebih selesa walaupun jadualnya padat. Kerja di batu pahat ini mengambil masa sebulan untuk disiapkan. Kebiasaannya dia mengambil upah di sekitar Johor Bahru sahaja.
 “Hello Cito!” Hakimi bersuara setelah panggilannya dijawab.
 “Yes boss!” dengar suara Cito di hujung talian.
 “Kamu ada di rumah Wak Mail iya?”
 “Iya boss. Ini budak-budak sedang pasang bumbung.”
 “Takde masalah ya? Sekejap lagi saya sampai.”
 “Iya boss.” Cito hanya mengikut apa yang di suruh Hakimi. Hakimi mematikan talian.
 “Siap on the time nampaknya. Tak lari bajet aku.” Hakimi bersuara di dalam hati.
 Ikut hatinya malas hendak mengambil kerja yang jauh-jauh. Disebabkan Wak Mail itu pakciknya mahu tak mahu dibantu juga pakciknya itu. Kalau Wak Mail mahu mengupah orang lain tentu kosnya lagi tinggi. Untung Wak Mail mempunyai anak saudara seperti Hakimi. Tapi agak bermasalah bagi Hakimi. Perjalanan yang jauh dan agak susah baginya untuk menuntut bayaran kepada pakciknya.
 Perjalan mengambil masa satu jam setengah baru Hakimi tiba di rumah Wak Mail. Sudah petang nampaknya. Kerja pemasangan bumbung sudah selesai. Tinggal cat sahaja. Hakimi memandang dari dalam keretanya sahaja. Dia mencapai beg plastik berisi kuih muih dan air minuman yang dibeli dalam perjalanan tadi untuk pekerjanya lalu keluar dari keretanya.
 Cito menyambut kedatangan Hakimi lantas Hakimi menghulurkan bungkusan plastik itu kepada Cito.
 “Bahagi-bahagikan sama budak-budak lain ya?”
 “Okey boss.” Cito hanya menurut. Seketika kemudian dia bersuara kembali. “Boss, esok kami sudah mahu jalan kerja-kerja cat. Dalam 3 hari lagi siap la.”
 “Nanti lepas siap semuanya saya mahu bawak kamu semua pindah Johor Bahru. Saya ada dapat kerja baru. Kerja plaster untuk bangunan lima tingkat. Lumayan sikit Cito.” Hakimi tersenyum.
 Hakimi memeriksa kerja yang telah dilakukan pekerjanya. Mana yang dia tidak berpuas hati dia meminta Cito memperbaiki. Kualiti harus dijaga sepanjang masa barulah pelanggan berpuas hati. Sikap inilah membuatkan Hakimi tidak putus menerima tawaran dari ramai orang.
 Selepas Asar Hakimi kembali ke Johor Bahru pulang terus ke rumahnya. Ingin berehat kerana esok hari banyak yang perlu dikerjakannya. Encik Kamarul sudah banyak kali bertanya mengenai rekod kemajuan tapak untuk bulan lepas. Hakimi baru menyiapkannya Jumaat lepas. Tidak sempat lagi dia ke pejabat untuk menyerahkannya kepada pengurus projeknya, Encik Kamarul.

KU INGIN KAMU : BAB 3

Bab 3
 Ayu meletakkan bagasi berisi pakaian di sebelah kakinya manakala dia duduk di atas sebuah bangku. Rimas tersa setelah bersesak-sesak di Terminal Larkin akhirnya dapat juga dia menemui sebuah bangku kosong.
 Lantas dia mengeluarkan telefon bimbit dan menghubungi Hakimi.Punat telefon bimbitnya ditekan mencari nama Hakimi. Hakimi berjanji akan menjemputnya sebaik sahaja dia sampai di Johor Bahru. Ayu menunggu panggilan di sambungkan ke talefon Hakimi. Terdengar suara Hakimi dihujung talian.
 “Hello, baby dah sampai?”
 “B.. Baby da sampai ni. Baby tunggu depan platform 23 ni tau.Cepat sikit. Serabut ramai sangat orang kat sini.”
 “Sekejap ye sayang. B da sampai dah ni. Nak parking kereta. Nanti b sampai.”
 Hari sudah mulai gelap. Ayu risau berseorangan di tempat begitu. Tidak sampai sepuluh minit kemudian Hakimi muncul dengan senyuman terukir di bibirnya.
 “Jom.” Hakimi terus menarik bagasi Ayu.Mujur beroda. Tidaklah susah untuk Hakimi mengangkatnya tinggal tarik sahaja. Mereka menuju ke tempat parking kereta.
 “Thanks b sudi ambil baby kat sini. Siap tolong bawakkan beg baby lagi.” Ayu tersenyum.

 “Ayu punya pasal takde hal la. Tapi baby ingat free ke?” Hakimi tergelak. Ayu turut tergelak sambil tangannya merayap ke pinggang dan mencubit Hakimi.
 “Mengada!”
 Mereka menuju ke sebuah kereta Isuzu D-max berwarna hitam milik Hakimi. Alarm dimatikan dan Hakimi membuka pintu di tempat duduk belakang untuk meletakkan bagasi Ayu.
 Hakimi duduk ditempat pemandu dan enjin mula dihidupkan setelah memastikan Ayu telah masuk.
 “Baby. Seat belt pakai. Kena saman bayar sendiri ye.”
 “Yelah Encik Hakimi! Duit b kan banyak. Tak salah bayarkan saman untuk baby kan?” Ayu tersengih lalu terus memakai tali pinggang keledar.
 “Saman boleh bayar. Nyawa tak boleh.” Nada Hakimi tidak menunjukkan dia sedang bergurau. Suaranya mendatar sahaja.
 Masing masing diam sahaja di dalam kereta.
 “Rumah sewa kat mana?” Hakimi memulakan bicara.
 “Taman Mount Austin. Tapi budak yang duduk kat situ balik kampung. Kunci rumah takde pada baby. Esok pagi baru budak tu balik sini” Gelaran ‘budak’ ditujukan kepada Esya. Ayu akan tinggal bersamanya kerana syarikat tempat Ayu bekerja telah menyewa rumah itu dan pekerja yang tiada tempat tinggal akan tinggal di situ. Ayu hanya kenal Esya pada nama. Belum sekali bersua muka. Pihak syarikatnya yang meberitahu mengenai Esya dan tempat tinggalnya sepanjang dia bertugas di Johor Bahru.
 “Nak stay hotel?”
 “Rumah b jela. Sorang-sorang nanti bosan la b.”
 “Iye? Atau takut tinggal sorang-sorang?” Hakimi tersenyum.
 “Dua-dua kot.” Ayu tergelak kecil.
 Jalan agak sesak pada waktu senja. Hakimi memandu menuju ke rumahnya di Taman Gaya. Dari Larkin ke Taman gaya mengambil masa dua puluh minit. Namun disebabkan jalan raya yang sesak masa perjalanan bertambah kepada empat puluh lima minit.
 Radio mengalunkan lagu Ku Merindu. Nyanyian Ella dan Shah. Ayu dan Hakimi tersenyum.
 “Lagu kita ni baby.” Hakimi memandang Ayu.
 Ayu turut sama menyanyikan lagu tersebut. Hakimi mengikutinya sama. Walaupun lagu lama. Tapi masih segar dalam hati mereka. Ayu pernah mengirimkan lagu tersebut kepada Hakimi tiga tahun yang lepas. Sekadar tanda menyatakan perasaan rindunya terhadap Hakimi.
 Belum sempat lagu itu habis dinyanyikan. Hakimi memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat berwara mocha. Hakimi keluar dari kereta dan membuka pintu pagar. Kemudian dia masuk ke dalam kereta dan memasukkan keretanya di halaman rumahnya.
 Ayu dan Hakimi turun dari kereta setelah enjin kereta dimatikan. Hakimi mengeluarkan bagasi Ayu dari temapt duduk belakang dan membuka pintu rumahnya.
 “Masuklah.” Pelawa Hakimi.
 “Yelah. Takkan baby nak duduk depan pintu ni kot?” Ayu cuba bergurau dan mula melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah. Diperhatikan rumah Hakimi sunyi sahaja.
 “Mak, Abah dengan adik adik balik kampung.” Hakimi memberitahu seolah olah dia mampu  membaca fikiran Ayu.
 Hakimi menunjukkan bilik untuk Ayu. Lalu dia masuk ke bilik air untuk mandi. Setelah itu dia solat dan habis menunaikan kewajipan itu dia turun ke bawah untuk menonton televisyen. Hati kecilnya berasa bimbang taku-takut jika Pegawai dari Pejabat Agama datang menyerbu rumahnya.
 “Ah. Apa salahnya. Kahwin je la. Bukan aku tak mampu” getus hatinya.
 Selesai mandi Ayu turun kebawah. Ayu mengenakan track suit dan siglet. Haruman Ayu menggoncang iman Hakimi. Ayu duduk disebelahnya. Hakimi terdiam seketika dan matanya memandang Ayu berterusan. Televisyen dihadapannya tidak diendahkan.
 “Ya Allah. Mampukah Aku bertahan?” hatinya berbisik kerana tergoda dengan apa dihadapannya.
 Deruman enjin kereta di hadapan rumahnya membuatnya beralih dari memandang Ayu. Terdengar salam dari luar.
 “Siapa tu?” Tanya Ayu.
 Hakimi tidak menjawab dan terus membuka pintu. Lampu luar dihidupkan.
 “Joe datang.” Hakimi lihat ada seorang lagi gadis bersama Joe. “Joe dengan Fiza.”
 “Baby. B nak lepak ngn Joe kejap. Baby layan je la tv tu. Lau nak lepak sekali jom lah.” Sambung Hakimi.
 “Taknak lah b. Segan.”
 Hakimi keluar membuka pintu pagar dan memperlawa kawan baiknya itu masuk. Mereka duduk di bangku hadapan rumah.
 “Lepak dalam la” pelawa Hakimi
 “Taknak la. Lu tak nampak awek gua ni ade? Tak pasal pasal kena tangkap.” Joe ketawa.  Bahasanya agak kasar tapi hati budinya lain.
 “Suka hati kau la. Ni sekarang kau ape projek? Handle projek longkang kat Kota Tinggi lagi?” persoalan yang selalu diutarakan Hakimi. Apa projek? Apa cerita? Begitu sahaja ayatnya.
 “Baru start seminggu kot. Aku bukan buat untuk satu kilo je beb. Semua kudrat manusia. Bukan pakai backhoe.”
 Agak lama mereka berbual dihadapan rumah. Hakimi lihat Fiza hanya mendiamkan diri.
 “Joe. Awek kau ni diam je?” Hakimi mematikan lamunan Fiza. “Awek aku ada kat dalam. Pergi la lepak dengan dia kat dalam.”
 “Aku tak kenal la. Malas la. Baik aku teman balak aku kat sini. Kalau aku tinggalkan dia kat sini entah apa kau buat kat dia kan?” Mereka bertiga ketawa.
 Sudah hampir satu jam mereka berborak. Hakimi terlupa mengenai Ayu. Ayu belum makan lagi.
 “Korang lama lagi ke?”
 “Kenapa kau? Macam menghalau je?” Joe tergelak sedikit kerana dia tidak bermaksudkan perkara itu.
 “Kejap. Aku masuk dalam kejap” Hakimi masuk ke dalam rumah dan mendapatkan Ayu.
 “Baby. Jom pergi makan. Dah pukul 9 dah ni.” Hakimi memandang Ayu.
 “Tapi baby malas nak keluar la b.” Ayu kelihatan penat. “B tapau kan jela untuk baby boleh?”
 “Okey. Kejap ye.” Hakimi keluar semula mendapatkan Joe.
 “Joe. Pinjam kereta jap. Aku nak pergi kedai makan kat bawah tu. Awek aku tak makan lagi.Nak tapau jap.”
 Joe mengeluarkan kunci dari poketnya dan menghulurka kepada Hakimi. Dia tau bukan Hakimi tidak mahu membawa kereta sendiri. Tapi kereta Joe yang menghalang laluan untuk Hakimi mengeluarkan keretanya.
 “Nak pesan apa apa tak?” Hakimi bertanya kepada Joe dan Fiza. Sudahlah tidak dihidangkan dengan air apatah lagi makanan. Terasa segan Hakimi.
 Hakimi masuk ke dalam kereta Honda Accord milik Joe dan memandu ke kedai makan berhampiran rumahnya. Dua puluh minit kemudian dia kembali dengan membawa dua bungkus mee goreng.
 “Thanks bro.” Hakimi memulangkan kunci kereta kepada Joe. Hakimi berlalu dan masuk ke rumah dan meletakkan bungkusan mee goreng tersebut diatas meja.
 “Baby kalau nak makan tak payah tunggu b tau.” Hakimi keluar semula.
 “Kimi, mak bapak kau takde kat rumah ye?” Joe bersuara saat Hakimi mula melabuhkan punggungnya di atas bangku.
 “Em. Takde. Nape?”
 “Baik-baik.Jangan sampai kena tangkap sudah. Tak pasal-pasal kena kahwin. Hahaha.”
 “Kena kahwin pun ape masalah? Aku memang dah boleh kahwin. Tapi nak kumpul harta lebih sikit baru kahwin.” Hakimi turut ketawa.
 “Weh, aku gerak dulu ar. Ganggu pulak lama-lama kat sini. Baik-baik Kimi.” Joe tersenyum. Mahu sahaja Hakimi menepuk dahi temannya itu. Mulut cabul sangat.
 “Rilek la dulu. Awal lagi kot.”
 “Aku bawak perempuan. Lambat-lambat sangat kayu hoki kang kt dahi aku. Dikerjakan bapak Fiza ni.” Joe ketawa lagi lantas lengannya dicubit Fiza.
 “Haa. Yelah. Hati-hati.” Hakimi bersalaman dengan Joe dan mengiringinya ke kereta Joe.
 Joe beredar dan Hakimi mengunci pintu pagar dan masuk ke dalam rumah mendapatkan Ayu.
 “Baby tak makan lagi?”
 “Tunggu b la. Takkan nak makan sesorang pulak.Lapar la b. Jom makan.” Balas Ayu lalu pergi ke meja makan. Hakimi mengiringinya dan mereka makan.
 Malam itu setelah mereka makan. Mereka menonton rancangan di televisyen bersama-sama. Cerita drama mandarin. Ayu khusyuk menontonnya namun tidak pada Hakimi. Hakimi lebih seronok ‘menontot’ Ayu. Tidak pernah mereka berdua sebegini lama.
 Saat cerita mandarin itu habis. Ayu mengejutkan Hakimi yang telah terlelap di sofa. Hakimi bangun dalam keadaan mamai dan menyuruh Ayu tidur di bilik. Hakimi menutup televisyen dan menutup lampu dan naik ke atas menuju kebiliknya. Biliknya bersebelahan dengn bilik ayu.
 Hakimi menutup lampu biliknya dan berbaring di atas katil. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.Selesai.Butang ‘send’ di tekan.
 Ayu merenung siling dalam keadaan gelap. Dia takut gelap. Namun tidak mampu dia bersuara kepada Hakimi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan isyarat mesej masuk.
 “Goodnight. Mimpi indah baby :)”  Ayu tersenyum sendirian. Lantas dia membalas.
 “B pun same k. Mimpi indah”
 Bilik bersebelahan pun masih mahu mengirim sms?
 Akhirnya mereka berdua tertidur juga. Tidak pasti siapa yang tidur dahulu. Hakimi dalam tidurnya masih risau andai ‘perkara’ yang disebut Joe tadi akan terjadi.

KU INGIN KAMU : BAB 2

Bab 2
 Dua minggu berlalu, Hakimi sedang termenung sendirian di Hentian Puduraya. Kadang kadang dia melihat telefon bimbit. Menanti panggilan atau mesej dari Ayu.
 “Lambat pulak dia kali ni.” Bebel Hakimi sendirian lalu mencuba untuk menghubungi Ayu, namun panggilan tidak berjawab.
 Kerisauan mula menyelubungi dirinya. Bimbang apa apa terjadi pada kekasihnya itu. Perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur bukan dekat. Dalam masa sesaat macam macam perkara boleh berlaku.
 Sebelum itu Hakimi telah meninggalkan pesan bahawa dia akanm menunggu di hadapan kedai donut di sekitar Puduraya. Dia mengerling ke arah jam tangannya.
 “ Sudah jam 12 tengah hari. Mana pulak perempuan ni?”Hakimi mula meraup mukanya.
 Akibat terlampau resah dia mula berdiri dan mahu pergi ke gerai donut tersebut untuk mendapatkan sesuatu yang boleh dibuat alas perut. Makan juga akan membuatkan Hakimi kurang berfikir dan sedikit sebanyak mampu mengurangkan kerisauannya.
 Saat Hakimi mahu melangkah tiba-tiba tangannya ditarik dan tangannya dipeluk. Hakimi mula membuat muka blur kemudian tersenyum.
 “Nak pergi mana b? Nampak risau je tadi?” Ayu tersenyum dan mendongak sedikit memandang Hakimi. Hakimi memang tinggi.
 “Baby..” Hakimi turut tersenyum dan kerisauannya terus hilang. “Nape call tak jawab? Mesej pun tak reply?”
 “Saje nak tengok gelagat orang tu dari jauh bila awek dia tak datang-datang” Ayu membuat muka comelnya. Cukup membuat hati Hakimi gundah gulana.
 “Suka dia kenakan b! Lain kali jangan buat lagi. Lau b tunggu-tunggu baby takde jugak.Call pun tak nak jawab. B terus balik Johor.” Nada seperti marah tapi dalam hati Ayu mengerti.
 Hakimi melepaskan tangannya dari pelukan Ayu.
 “Jom. B lapar. Nak makan.” Hakimi mengusap rambut ayu yang menutup sebahagian dahinya.
 Hakimi berjalan menuju ke Plaza rakyat. Ayu hanya membuntutinya dari belakang.
 “ B tak drive kereta?”
 “Tak. B drive bus je tadi. Penat la nak bawak kereta.” Hakimi pula yang tersenyum. Hidupnya penuh dengan loyar buruknya. Ada yang boleh tahan. Ada juga yang malas nak melayan.
 Mereka menaiki komuter menuju ke KLCC. Sampai sahaja di KLCC mereka terus ke food court. Hujung minggu memang selalu sesak.
 “Baby cari tempat ada kosong. B pergi beli makanan okey?”
 “B..Nak Nasi Beryani. B pn kena sama ngn baby tau.”
 Selepas membayar harga makanan tersebut dan membeli dua jenis air minuman. Hakimi pergi ke meja dimana Ayu sedang menunggunya. Hakimi melabuhkan punggungnya di kerusi setelah meletakkan makanan tersebut di atas meja.
 Ayu mengasingkan pinggan dari dulang dan meletakkan satu hidangan di hadapan Hakimi dan satu hidangan di hadapannya. Hakimi mengambil minuman berperisa blueberry itu dan menyedut menggunakan straw. Matanya memandang Ayu lantas straw itu di gigit-gigit perlahan. Memang itu tabiatnya.Terasa seronok rasanya dapat menatap Ayu. Mukanya tidak menggambarkan sebarang reaksi namun mata disebalik kaca matanya boleh dibaca .
 Ayu bermain main nasi dengan sudunya. Mukanya ditundukkan sedikit cuba mengelak dari pandangan Hakimi. Matanya kalah untuk bertentangan mata dengan Hakimi.
 “B…”
 Hakimi meletakkan minumannya di atas meja dan mula membetulkan duduknya. Dia cuba memberi perhatian mengenai apa yang cuba mahu disampaikan Ayu.
 “Baby kena transfer dekat Johor Bahru.” Ayu menyambung.
 “Haa..Baguslah macam tu. Dekat sikit. Senang b nak tengok-tengokkan baby nanti.”
 “Em..Tapi..” Ayu menggaru-garu tangannya yang tidak gatal itu.
 “Tapi? Nape pulak ni?” Hakimi megerutkan dahinya.
 “Takde pape la b” Ayu memandang Hakimi lalu menguntum senyuman hambar.
Bukan Ayu tidak kenal Hakimi. Hidupnya terlalu sibuk dengan kerja. Tiga tahun mengenalinya. Hujung minggu pun Hakimi tidak sempat berehat. Sibuk mengejar kekayaan dunia. Ayu tahu Hakimi melakukan untuk kesenagan masa depannya. Ayu mengharap perpindahannya akan membuat Hakimi akan lebih fokus pada dirinya.
 “Bila start?” lamunan ayu terhenti.

KU INGIN KAMU : BAB 1

Bab 1

Malam itu Hakimi hanya menghabiskan masanya hanya di kamarnya sahaja . Biasanya hanya inilah aktivitinya di malam hari. Menghabiskan masanya dengan membaca novel.
 “ Kenapa dalam setiap novel mesti lelaki yang dipersalahkan dalam semua perkara? Kisah ego lelaki yang tinggi, kisah kecurangan lelaki, lelaki yang tak pernah faham dengan perangai perempuan dan macam-macam lagi penuh dengan kesalahan lelaki. Perempuan sentiasa nampak suci, sabar, tabah dan hebat. “ getus hantinya.
 Hakimi meletakkan novel tersebut di penjuru katilnya. Mengeluh dengan novelis-novelis yang selalu mempersalahkan lelaki. Perempuan pun apa kurangnya.
 Di dalam hatinya mempertikaikan sifat lelaki dan perempuan. Masih terngiang ngiang kata kata Joe di benaknya.
 “ Perempuan ni sama je sialnya. Walaupun tak semua perempuan perangainya macam tu. Mak kau pun perempuan kan ?”
 “ Kau biarlah apa diorang nak buat. Dia nak pergi dengan lelaki lain biarlah. Kau fikir diri kau je. Tak kan sebab perempuan kau nak hancurkan hidup kau sedangkan dia seronok seronok dengan balak dia. Kau fokus dengan masa depan kau sebab perempuan ni suka hancurkan hidup lelaki.”
 Kata kata Joe saat Hakimi sedang kecewa dengan ex girlfriendnya. Waktu itu hanya Allah sahaja tahu betapa hancurnya perasaan Hakimi.
 “Aku pasti ada hikmah atas apa yang berlaku. Sudah lama aku tak menghubunginya. Bertahun peristiwa itu berlaku dan masih terdapat calar di hati aku. Peristiwa itu mengajar aku agar tidak menaruh sepenuh hati  kepada pasangan aku.” Aku sentiasa ulang ayat ini agar aku tidak mengulangi kesilapaan yang sama.
 Telefon bimbit Hakimi berbunyi menandakan isyarat mesej masuk.
 “ B , bby baru habis kerja . Otw balik rumah .”
 Hakimi tersenyum sendirian. Ayu yang kini bertaktha di hatinya. Hatinya berbunga riang. Lantas dia membalas
 “ Ok . bby tc aw . da sampai t kite text cm biase k.” Baby.panggilan manja untuk Ayu. Hubby atau b untuk Hakimi. Masih seperti perangai remaja walaupun Hakimi sudah berusia 23 tahun manakala Ayu 24 tahun. Hakimi memang minat perempuan lebih tua darinya. Matang katanya.
 Ayu. Pada pandangan Hakimi dia bukanlah gadis yang sempurna. Tapi dia mahu mengubah kehidupan itu lebih baik. Kerana cinta kenal Pencipta. Kerana cinta jugalah kenal Rasulnya. Dia mahu menjaga Ayu dunia dan akhiratnya juga. Doa untuk Ayu tidak pernah putus.
 Pengalaman mengajar Hakimi mengenal liku liku di dunia ini. Walaupun dia tidak mampu menerokai semuanya. Pengalaman setiap orang tidak sama. Setiap cabaran dan dugaan perlu dihadapi dengan tabah.
 Hakimi pernah merasa tersungkur dan kini dia akan terus berlari mengejar impiannya. Cita citanya digenggam kemas dan dia akan berusaha mencapainya. Dia mahu kehidupan yang lebih baik untuk dirinya dan keluarganya.
 Esok dia akan ke Batu Pahat untuk meninjau perkembangan  kerjanya di sana. Walaupun hari Ahad. Dia tetap bekerja keras kerana hari lain dia sibuk dengan kerja kerja di tapak projek di syarikat tempatnya bekerja. Hakimi banyak belajar dari tempatnya bekerja dan dia mula mengorak langkahnya dengan mengampil upah ubah suai rumah sekadar pendapatan sampingannya. Hakimi mahu mula dari bawah untuk mengejar cita citanya. Asas perlu kukuh untuk dia tegap berdiri. Kini dia sudah mempunyai 10 orang pekerja. Kebanyakan kerjanya berkaitan dengan pembinaan.
 Waktu mudanya dihabiskan dengan bekerja. Waktu rehatnya hanyalah pada waktu malam dan amat terhad. Adakalanya dia menghabiskan waktu malamnya dengan melepak bersama sama temannya.
 Bebelan ibunya tiap kali Hakimi pulang lewat dari melepak dengan teman temannya sudah lali di telinganya. Tatkala dia menghabiskan masa dengan membaca novel di bilik adakalanya menimbulkan kerisauan ibunya. Hakimi sudah terbiasa dengan kehidupan begitu. 23 tahun dia mengenal ibu bapanya. Walaupun ibunya selalu membebel, dia tetap sayangkan ibunya kerana segala kisah hidupnya banyak diceritakan pada ibunya berbanding ayahnya. Terasa janggal dia mahu menceritakan kisah hidupnya pada ayahnya. Biarlah ayahnya tahu dari ibunya.
 Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Ayu menelefonnya. Dengan pantas dia mencari telefon bimbitnya di celah katil. Kebiasaan Hakimi pabila telefon bimbitnya tidak diguna dia akan meletakkan di merata rata tempat.
 “ Assalamualaikum. Ayu ? Tadi cakap nak text aje ?”
 “ Waalaikumsalam. Taknak! Nak dengar suara b.Rindu kot”
 “ Emm.Ok.B pn rindu jugak kat baby.Kerja macam mana arini?” hati hakimi berbunga mendengar suara Ayu. Ayat yang selalu keluar dari mulut Hakimi agak bosan. Tapi Ayu setia melayani perangai Hakimi yang sememangnya tidak boleh diubah.
 “ Customer ramai la b tadi. Penat baby tau. B. lame da kite tak keluar sama. Next week boleh?”
 “ Tengok dulu la sayang. Maybe dua minggu lagi baru ada free kot. Bole kan sayang?”
 “ Yelah. Banyak kali baby suruh masuk meminang. Kahwin lepas tu angkut baby duduk sekali dengan b. Boleh baby jumpe b hari hari.”
 “ Tunggu b kaya lagi sikit okey? Sikit je lagi” Hakimi tergelak sendiri sambil mula memeluk bantal. Perangai kebudak budakannya mula menjadi.
 Hakimi dan Ayu meneruskan perbualan sampai ada yang mahu tidur baru mereka menamatkan panggilan. Rutin mereka setiap hari. Mungkin ini akibat bercinta jarak jauh. Hakimi sememangnya tidak tahu memilih gadis di tempat sendiri. Alasannya sebab tidak mahu balik kampung yang dekat pada waktu hari raya. Alasan yang menambah kepelikan Hakimi.