Saturday, October 30, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 3

Bab 3
 Ayu meletakkan bagasi berisi pakaian di sebelah kakinya manakala dia duduk di atas sebuah bangku. Rimas tersa setelah bersesak-sesak di Terminal Larkin akhirnya dapat juga dia menemui sebuah bangku kosong.
 Lantas dia mengeluarkan telefon bimbit dan menghubungi Hakimi.Punat telefon bimbitnya ditekan mencari nama Hakimi. Hakimi berjanji akan menjemputnya sebaik sahaja dia sampai di Johor Bahru. Ayu menunggu panggilan di sambungkan ke talefon Hakimi. Terdengar suara Hakimi dihujung talian.
 “Hello, baby dah sampai?”
 “B.. Baby da sampai ni. Baby tunggu depan platform 23 ni tau.Cepat sikit. Serabut ramai sangat orang kat sini.”
 “Sekejap ye sayang. B da sampai dah ni. Nak parking kereta. Nanti b sampai.”
 Hari sudah mulai gelap. Ayu risau berseorangan di tempat begitu. Tidak sampai sepuluh minit kemudian Hakimi muncul dengan senyuman terukir di bibirnya.
 “Jom.” Hakimi terus menarik bagasi Ayu.Mujur beroda. Tidaklah susah untuk Hakimi mengangkatnya tinggal tarik sahaja. Mereka menuju ke tempat parking kereta.
 “Thanks b sudi ambil baby kat sini. Siap tolong bawakkan beg baby lagi.” Ayu tersenyum.

 “Ayu punya pasal takde hal la. Tapi baby ingat free ke?” Hakimi tergelak. Ayu turut tergelak sambil tangannya merayap ke pinggang dan mencubit Hakimi.
 “Mengada!”
 Mereka menuju ke sebuah kereta Isuzu D-max berwarna hitam milik Hakimi. Alarm dimatikan dan Hakimi membuka pintu di tempat duduk belakang untuk meletakkan bagasi Ayu.
 Hakimi duduk ditempat pemandu dan enjin mula dihidupkan setelah memastikan Ayu telah masuk.
 “Baby. Seat belt pakai. Kena saman bayar sendiri ye.”
 “Yelah Encik Hakimi! Duit b kan banyak. Tak salah bayarkan saman untuk baby kan?” Ayu tersengih lalu terus memakai tali pinggang keledar.
 “Saman boleh bayar. Nyawa tak boleh.” Nada Hakimi tidak menunjukkan dia sedang bergurau. Suaranya mendatar sahaja.
 Masing masing diam sahaja di dalam kereta.
 “Rumah sewa kat mana?” Hakimi memulakan bicara.
 “Taman Mount Austin. Tapi budak yang duduk kat situ balik kampung. Kunci rumah takde pada baby. Esok pagi baru budak tu balik sini” Gelaran ‘budak’ ditujukan kepada Esya. Ayu akan tinggal bersamanya kerana syarikat tempat Ayu bekerja telah menyewa rumah itu dan pekerja yang tiada tempat tinggal akan tinggal di situ. Ayu hanya kenal Esya pada nama. Belum sekali bersua muka. Pihak syarikatnya yang meberitahu mengenai Esya dan tempat tinggalnya sepanjang dia bertugas di Johor Bahru.
 “Nak stay hotel?”
 “Rumah b jela. Sorang-sorang nanti bosan la b.”
 “Iye? Atau takut tinggal sorang-sorang?” Hakimi tersenyum.
 “Dua-dua kot.” Ayu tergelak kecil.
 Jalan agak sesak pada waktu senja. Hakimi memandu menuju ke rumahnya di Taman Gaya. Dari Larkin ke Taman gaya mengambil masa dua puluh minit. Namun disebabkan jalan raya yang sesak masa perjalanan bertambah kepada empat puluh lima minit.
 Radio mengalunkan lagu Ku Merindu. Nyanyian Ella dan Shah. Ayu dan Hakimi tersenyum.
 “Lagu kita ni baby.” Hakimi memandang Ayu.
 Ayu turut sama menyanyikan lagu tersebut. Hakimi mengikutinya sama. Walaupun lagu lama. Tapi masih segar dalam hati mereka. Ayu pernah mengirimkan lagu tersebut kepada Hakimi tiga tahun yang lepas. Sekadar tanda menyatakan perasaan rindunya terhadap Hakimi.
 Belum sempat lagu itu habis dinyanyikan. Hakimi memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat berwara mocha. Hakimi keluar dari kereta dan membuka pintu pagar. Kemudian dia masuk ke dalam kereta dan memasukkan keretanya di halaman rumahnya.
 Ayu dan Hakimi turun dari kereta setelah enjin kereta dimatikan. Hakimi mengeluarkan bagasi Ayu dari temapt duduk belakang dan membuka pintu rumahnya.
 “Masuklah.” Pelawa Hakimi.
 “Yelah. Takkan baby nak duduk depan pintu ni kot?” Ayu cuba bergurau dan mula melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah. Diperhatikan rumah Hakimi sunyi sahaja.
 “Mak, Abah dengan adik adik balik kampung.” Hakimi memberitahu seolah olah dia mampu  membaca fikiran Ayu.
 Hakimi menunjukkan bilik untuk Ayu. Lalu dia masuk ke bilik air untuk mandi. Setelah itu dia solat dan habis menunaikan kewajipan itu dia turun ke bawah untuk menonton televisyen. Hati kecilnya berasa bimbang taku-takut jika Pegawai dari Pejabat Agama datang menyerbu rumahnya.
 “Ah. Apa salahnya. Kahwin je la. Bukan aku tak mampu” getus hatinya.
 Selesai mandi Ayu turun kebawah. Ayu mengenakan track suit dan siglet. Haruman Ayu menggoncang iman Hakimi. Ayu duduk disebelahnya. Hakimi terdiam seketika dan matanya memandang Ayu berterusan. Televisyen dihadapannya tidak diendahkan.
 “Ya Allah. Mampukah Aku bertahan?” hatinya berbisik kerana tergoda dengan apa dihadapannya.
 Deruman enjin kereta di hadapan rumahnya membuatnya beralih dari memandang Ayu. Terdengar salam dari luar.
 “Siapa tu?” Tanya Ayu.
 Hakimi tidak menjawab dan terus membuka pintu. Lampu luar dihidupkan.
 “Joe datang.” Hakimi lihat ada seorang lagi gadis bersama Joe. “Joe dengan Fiza.”
 “Baby. B nak lepak ngn Joe kejap. Baby layan je la tv tu. Lau nak lepak sekali jom lah.” Sambung Hakimi.
 “Taknak lah b. Segan.”
 Hakimi keluar membuka pintu pagar dan memperlawa kawan baiknya itu masuk. Mereka duduk di bangku hadapan rumah.
 “Lepak dalam la” pelawa Hakimi
 “Taknak la. Lu tak nampak awek gua ni ade? Tak pasal pasal kena tangkap.” Joe ketawa.  Bahasanya agak kasar tapi hati budinya lain.
 “Suka hati kau la. Ni sekarang kau ape projek? Handle projek longkang kat Kota Tinggi lagi?” persoalan yang selalu diutarakan Hakimi. Apa projek? Apa cerita? Begitu sahaja ayatnya.
 “Baru start seminggu kot. Aku bukan buat untuk satu kilo je beb. Semua kudrat manusia. Bukan pakai backhoe.”
 Agak lama mereka berbual dihadapan rumah. Hakimi lihat Fiza hanya mendiamkan diri.
 “Joe. Awek kau ni diam je?” Hakimi mematikan lamunan Fiza. “Awek aku ada kat dalam. Pergi la lepak dengan dia kat dalam.”
 “Aku tak kenal la. Malas la. Baik aku teman balak aku kat sini. Kalau aku tinggalkan dia kat sini entah apa kau buat kat dia kan?” Mereka bertiga ketawa.
 Sudah hampir satu jam mereka berborak. Hakimi terlupa mengenai Ayu. Ayu belum makan lagi.
 “Korang lama lagi ke?”
 “Kenapa kau? Macam menghalau je?” Joe tergelak sedikit kerana dia tidak bermaksudkan perkara itu.
 “Kejap. Aku masuk dalam kejap” Hakimi masuk ke dalam rumah dan mendapatkan Ayu.
 “Baby. Jom pergi makan. Dah pukul 9 dah ni.” Hakimi memandang Ayu.
 “Tapi baby malas nak keluar la b.” Ayu kelihatan penat. “B tapau kan jela untuk baby boleh?”
 “Okey. Kejap ye.” Hakimi keluar semula mendapatkan Joe.
 “Joe. Pinjam kereta jap. Aku nak pergi kedai makan kat bawah tu. Awek aku tak makan lagi.Nak tapau jap.”
 Joe mengeluarkan kunci dari poketnya dan menghulurka kepada Hakimi. Dia tau bukan Hakimi tidak mahu membawa kereta sendiri. Tapi kereta Joe yang menghalang laluan untuk Hakimi mengeluarkan keretanya.
 “Nak pesan apa apa tak?” Hakimi bertanya kepada Joe dan Fiza. Sudahlah tidak dihidangkan dengan air apatah lagi makanan. Terasa segan Hakimi.
 Hakimi masuk ke dalam kereta Honda Accord milik Joe dan memandu ke kedai makan berhampiran rumahnya. Dua puluh minit kemudian dia kembali dengan membawa dua bungkus mee goreng.
 “Thanks bro.” Hakimi memulangkan kunci kereta kepada Joe. Hakimi berlalu dan masuk ke rumah dan meletakkan bungkusan mee goreng tersebut diatas meja.
 “Baby kalau nak makan tak payah tunggu b tau.” Hakimi keluar semula.
 “Kimi, mak bapak kau takde kat rumah ye?” Joe bersuara saat Hakimi mula melabuhkan punggungnya di atas bangku.
 “Em. Takde. Nape?”
 “Baik-baik.Jangan sampai kena tangkap sudah. Tak pasal-pasal kena kahwin. Hahaha.”
 “Kena kahwin pun ape masalah? Aku memang dah boleh kahwin. Tapi nak kumpul harta lebih sikit baru kahwin.” Hakimi turut ketawa.
 “Weh, aku gerak dulu ar. Ganggu pulak lama-lama kat sini. Baik-baik Kimi.” Joe tersenyum. Mahu sahaja Hakimi menepuk dahi temannya itu. Mulut cabul sangat.
 “Rilek la dulu. Awal lagi kot.”
 “Aku bawak perempuan. Lambat-lambat sangat kayu hoki kang kt dahi aku. Dikerjakan bapak Fiza ni.” Joe ketawa lagi lantas lengannya dicubit Fiza.
 “Haa. Yelah. Hati-hati.” Hakimi bersalaman dengan Joe dan mengiringinya ke kereta Joe.
 Joe beredar dan Hakimi mengunci pintu pagar dan masuk ke dalam rumah mendapatkan Ayu.
 “Baby tak makan lagi?”
 “Tunggu b la. Takkan nak makan sesorang pulak.Lapar la b. Jom makan.” Balas Ayu lalu pergi ke meja makan. Hakimi mengiringinya dan mereka makan.
 Malam itu setelah mereka makan. Mereka menonton rancangan di televisyen bersama-sama. Cerita drama mandarin. Ayu khusyuk menontonnya namun tidak pada Hakimi. Hakimi lebih seronok ‘menontot’ Ayu. Tidak pernah mereka berdua sebegini lama.
 Saat cerita mandarin itu habis. Ayu mengejutkan Hakimi yang telah terlelap di sofa. Hakimi bangun dalam keadaan mamai dan menyuruh Ayu tidur di bilik. Hakimi menutup televisyen dan menutup lampu dan naik ke atas menuju kebiliknya. Biliknya bersebelahan dengn bilik ayu.
 Hakimi menutup lampu biliknya dan berbaring di atas katil. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.Selesai.Butang ‘send’ di tekan.
 Ayu merenung siling dalam keadaan gelap. Dia takut gelap. Namun tidak mampu dia bersuara kepada Hakimi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan isyarat mesej masuk.
 “Goodnight. Mimpi indah baby :)”  Ayu tersenyum sendirian. Lantas dia membalas.
 “B pun same k. Mimpi indah”
 Bilik bersebelahan pun masih mahu mengirim sms?
 Akhirnya mereka berdua tertidur juga. Tidak pasti siapa yang tidur dahulu. Hakimi dalam tidurnya masih risau andai ‘perkara’ yang disebut Joe tadi akan terjadi.

No comments:

Post a Comment