Saturday, October 30, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 4

Bab 4
Jam 6.30 pagi. Hakimi terjaga setelah telefon bimbitnya memekak di telinganya disebabkan alarm yang telah dia sendiri kunci. Lantas dia bangun menuju ke bilik air. Membasuh muka dan memberus gigi. Hakimi mengambil wudhu dank e biliknya semula untuk menunaikan solat subuh.
 Setelah selesai dia ke bilik Ayu. Walaupun itu sebenarnya bilik adiknya. Namun Ayu yang menginap di situ terpaksa digelarkan bilik Ayu. Hakimi mengejut Ayu menyuruhnya solat. Kemudian Hakimi kembali ke biliknya berbaring. Terdengar bunyi air dari bilik air. Hakimi tahu itu Ayu.
 Mata Hakimi tidak boleh lelap lagi. Dalam fikirannya memikirkan Ayu. Hakimi bangkit dari katil dan menuju ke bilik Ayu. Ayu sedang melipat telekung dan dia agak terkejut melihat Hakimi di situ. Bila sudah berdua, yang ketiga adalah syaitan.
 Mereka berdua duduk di bucu katil.
 “Baby nak sambung tidur lagi?”
 “B?”
 “Nak tidur tapi tak boleh. Ingat kat Ayu je. Nak tidur sebelah ayu rasanya.” Hakimi tersenyum.
 Iman Hakimi goyah juga. Mereka baring bersam. Lantas Ayu dipeluknya. Hakimi merasa tenang disamping Ayu. Rambut Ayu diusap-usap. Ciuman di pipi mungkin sudah tidak terbilang lagi. Apabila bercinta jarak jauh. Sesekali perkara ini terjadi pasti mereka akan melepaskan rindu yang lama terpendam dan tertahan sehinggakan mereka melupakan dosa atau pahala.
 Walaupun begitu, dosa berzina yang sudah diketahui amat besar mampu di tahan Hakimi. Walaupun dia kesal tidak mampu mengawal dirinya tidak sampai rasa hatinya untuk merosakkan gadis itu. Biarlah perkahwinan menghalalkan segala-galanya.
 Tidak sedar jam menunjukkan sudah jam 11.00 pagi. Ayu menerima mesej dari Esya bahawa dia telah berada di rumahnya. Lantas Hakimi dan Ayu bersiap siap. Hakimi menghantarkan Ayu ke rumah sewanya.
 Sampai sahaja di hadapan rumah sewa Ayu berpandukan alamat yang diberi Hakimi memberhentikan kereta. Hakimi menurunkan Ayu.
 “B. dekat je kan dengan rumah b?”
 “Yekot. Jalan kaki esok pun tak taw sampai ke tak. Baby kirim salam kat Esya. Tak sempat jumpa dia. B nak pergi Batu Pahat. Ada kerja sikit.”
 “B ni. Asik kerja je. Harap-harap dah dekat ni rajin-rajin la jenguk baby ye.” Ayu meluahkan apa yang sentiasa dipendam dihatinya.
 “Dah dekat kan? Harap-harap boleh la. Hari-hari pun boleh. Lima minit je kot dari rumah b.” Hakimi memandang Ayu dengan senyuman.
 “Baby, jaga diri tau”
 “B pun sama tau!”  Ayu menutup pintu dan Hakimi meninggalkannya disitu.
 Keretanya meluncur laju di jalan raya dan kini dia menuju ke Batu Pahat. Telefon bimbitnya dipegang. Jarinya menekan-nekan punat di telefon bimbitnya, mencari nama Cito.
 Cito pekerjanya yang berasal dari Indonesia. Hakimi mengamanahkannya menjadi ‘kepala’ untuk pekerja-pekerja yang lain. Cito yang menjaga kerja-kerja sepanjang ketiadaan Hakimi. Hakimi hanya datang dua kali seminggu ke tempat tapak projeknya kerana Isnin hingga Sabtu dia sibuk dengan kerja di tempatnya bekerja.
 Tapak projeknya bukanlah sebesar projek kontraktor kelas A. Hanya mengambil upah untuk mengubahsuai rumah. Inilah pendapatan sampingannya. Walaupun nampak remeh tapi pulangan agak besar dan sebab itu Hakimi mampu hidup lebih selesa walaupun jadualnya padat. Kerja di batu pahat ini mengambil masa sebulan untuk disiapkan. Kebiasaannya dia mengambil upah di sekitar Johor Bahru sahaja.
 “Hello Cito!” Hakimi bersuara setelah panggilannya dijawab.
 “Yes boss!” dengar suara Cito di hujung talian.
 “Kamu ada di rumah Wak Mail iya?”
 “Iya boss. Ini budak-budak sedang pasang bumbung.”
 “Takde masalah ya? Sekejap lagi saya sampai.”
 “Iya boss.” Cito hanya mengikut apa yang di suruh Hakimi. Hakimi mematikan talian.
 “Siap on the time nampaknya. Tak lari bajet aku.” Hakimi bersuara di dalam hati.
 Ikut hatinya malas hendak mengambil kerja yang jauh-jauh. Disebabkan Wak Mail itu pakciknya mahu tak mahu dibantu juga pakciknya itu. Kalau Wak Mail mahu mengupah orang lain tentu kosnya lagi tinggi. Untung Wak Mail mempunyai anak saudara seperti Hakimi. Tapi agak bermasalah bagi Hakimi. Perjalanan yang jauh dan agak susah baginya untuk menuntut bayaran kepada pakciknya.
 Perjalan mengambil masa satu jam setengah baru Hakimi tiba di rumah Wak Mail. Sudah petang nampaknya. Kerja pemasangan bumbung sudah selesai. Tinggal cat sahaja. Hakimi memandang dari dalam keretanya sahaja. Dia mencapai beg plastik berisi kuih muih dan air minuman yang dibeli dalam perjalanan tadi untuk pekerjanya lalu keluar dari keretanya.
 Cito menyambut kedatangan Hakimi lantas Hakimi menghulurkan bungkusan plastik itu kepada Cito.
 “Bahagi-bahagikan sama budak-budak lain ya?”
 “Okey boss.” Cito hanya menurut. Seketika kemudian dia bersuara kembali. “Boss, esok kami sudah mahu jalan kerja-kerja cat. Dalam 3 hari lagi siap la.”
 “Nanti lepas siap semuanya saya mahu bawak kamu semua pindah Johor Bahru. Saya ada dapat kerja baru. Kerja plaster untuk bangunan lima tingkat. Lumayan sikit Cito.” Hakimi tersenyum.
 Hakimi memeriksa kerja yang telah dilakukan pekerjanya. Mana yang dia tidak berpuas hati dia meminta Cito memperbaiki. Kualiti harus dijaga sepanjang masa barulah pelanggan berpuas hati. Sikap inilah membuatkan Hakimi tidak putus menerima tawaran dari ramai orang.
 Selepas Asar Hakimi kembali ke Johor Bahru pulang terus ke rumahnya. Ingin berehat kerana esok hari banyak yang perlu dikerjakannya. Encik Kamarul sudah banyak kali bertanya mengenai rekod kemajuan tapak untuk bulan lepas. Hakimi baru menyiapkannya Jumaat lepas. Tidak sempat lagi dia ke pejabat untuk menyerahkannya kepada pengurus projeknya, Encik Kamarul.

No comments:

Post a Comment