Sunday, October 31, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 11

Bab 11
 Cik Lina seorang pembantu teknikal dari Jabatan Kerja Raya daerah Seremban sedang memeriksa perkembangan kerja di sebuah bangunan yang sedang dibina. Sebuah klinik kesihatan daerah itu telah dirobohkan dan sekarang sebuah blok gantian sedang dibina. Blok dua tingkat sedang dalam proses ikat bata. Mungkin dalam enam atau tujuh bulan lagi sudah klinik ini sudah boleh beroperasi semula.
 “Ni siapa yang sub untuk kerja ikat bata di sini?” tanya Amalina kepada seorang supervisor yang bertugas di situ.
 “Oh, ini kami serahkan pada subkontraktor kami. Kenapa Cik Lina? Ada masalah?” ujar Faizal, supervisor di situ. Risau dia jika terdapat masalah. Tetapi setahunya sepanjang ini tiada masalah yang boleh ditemukan. Kadang-kadang pihak JKR ini yang sengaja mencari masalah.
 ”Kerja dia bagus. Cepat je da sampai aras dua. Lebih cepat dari yang dirancang. Pandai bos kamu cari orang.
 “Dulu dia kerja dengan company kami jugak. Dua bulan lepas dia berhenti dan baru saya dapat tahu sebelum ini juga dia memang ada ambil kerja-kerja macam ni. Pekerja dia pun ramai. Dalam diam-diam je dia boleh jadi macam tu.”
 ”Patut lah dia boleh dapat kerja ni kan. Senang-senang dia dapat sub kerja ini.”
 “ Cik Lina nak jumpa dia? Dia ada kat bawah dengan pekerja-pekerja dia yang tengah rehat.”
 Faizal membawa Cik Lina berjumpa dengan orang yang dimaksudkan. Dari jauh Cik Lina melihat seorang lelaki berkaca mata bingkai hitam sedang duduk berbual bersama sama dengan pekerja-pekerja dari Indonesia itu. Tiba-tiba hati Cik Lina bergetar tatkala melihat lelaki itu.
 Lelaki itu yang sedang berbual-bual itu tersedar yang Faizal datang bersama dengan seorang perempuan. Mungkin hendak berjumpa dengannya. Lantas terus sahaja dia meminta diri meninggalkan pekerja-pekerjanya. Dia mengeluarkan sapu tangannya dan mula mengelap dahinya yang mula dibasahi peluh akibat cuaca panas di tapak bina.
 ”Mi, kenalkan, ni Pembantu Teknikal Daerah Seremban. Cik Lina.” Faizal memperkenalkan Cik Lina kepada Hakimi. ”Cik Lina, ini Hakimi.”
 ”Lina.” Cik Lina menghulurkan tangan.
 ”Saya Hakimi. Maaf tangan saya kotor.” Hakimi mula berfikir bagaimana gadis cantik ini boleh bekerja dalam sektor ini. Melihat rupa Cik Lina mengingatkan Hakimi kepada seseorang yang telah lama dibuang dari ingatannya.
 ”Oh. Takpe.” Cik Lina. ”Ni saya tengok awak punya pekerja bagus ya? Tak sangka awak boleh kejar lebih dari target yang ditetapkan.”
 Cik Lina agak segan dengan Hakimi. Lelaki itu seperti mengimbas kembali memori lamanya namun dia cuba mengelak dari perkara itu dengan membincangkan hal-hal kerja.
 ”Pengalaman banyak mengajar saya Cik. Saya dengan Faizal ni dulu bekerja dibawah syarikat yang sama. Tapi dia junior saya.” Hakimi tersenyum sambil menepuk bahu Faizal. Faizal baru setahun setengah bekerja di syarikat tersebut. Hakimi awal setahun dari Faizal. Tapi Hakimi kini sudah menarik diri dari terus ‘makan gaji’ kerana dia yakin dirinya sudah boleh berdiri sendirinya dan memulakan kerjayanya sendiri.
 “Hakimi ni tak larat nak makan gaji je Cik.” Faizal turut menyertakan diri dalam perbualan itu. Bosan rasanya hendak berbual fasal kerja sahaja. ”Mi, kau mesti tak lunch lagi kan? Apa kata kita pergi makan dulu? Sambung borak-borak kat sana. Kesian Cik Lina ni panas-panas kat sini. Lapar pulak tu. Betul tak Cik Lina?”
 ”Yelah. Dah 12.30 ni. Kita makan sama-sama ya? Ada bos baru kat sini mesti dia boleh belanja kita kan Faizal?” Cik Lina cuba bersekutu dengan Faizal untuk mengenakan Hakimi. Faizal beruntung ditempatkan kerja di daerah Seremban ini. Pemabantu Teknikal daerah ini adalah perempuan. Selalunya perempuan seorang cerewet namun berbeza dengan Cik Lina.
 Sewaktu di Johor, kebanyakannya Pembantu Teknikal dan Juruteknik Jabatan Kerja Raya di sana adalah lelaki dan sangat tegas. Ada sahaja masalah di mata mereka dan ada yang sengaja yang membuat masalah itu sendiri untuk mendapat habuan ’hadiah’ untuk mereka dan terpaksa menyusahkan penyelia-penyelia tapak bina. Untung Faizal dipindahkan ke Seremban.
 ”Cik Lina tumpang kereta saya jela ye?” Hakimi mempelawa Cik Lina. ” Faizal kau naik kereta kau ye?”
 ”Yelah-yelah. Mentang-mentang Cik Lina cantik. Aku dilupakan begitu sahaja.” Mereka tergelak. Merah padam muka Cik Lina menahan malu. Namun disebabkan cuaca panas terik menyerlahkan kemerahan itu.
 Hakimi dan Cik Lina menaiki Isuzu D-max milik Hakimi dan menuju ke restoran yang paling hampir. Namun yang paling hampir adalah dua kilometer dari situ. Perodua Kembara milik Faizal mengekori dari belakang.
 ”Lina still duduk kat Rasah Kemayan?” Hakimi memulakan bicara seolah-seolah kenal benar dengan Cik Lina.
 ”Yup. Mi ingat lagi kat Lina kan?”
 ”Kenapa mesti tak ingat?” Hakimi mempersoalkan semula.
 ”Ingatkan Mi dah lupakan Lina setelah apa yang Lina buat dekat Mi dulu.” Lina menyambung.
 ”Kisah lama Lina. Mi pun dah taknak ingat. Tak perlu nak bermusuhan. Lebih baik berkawan kan?”
 ”Thanks Hakimi. Menyesal tinggalkan awak dulu.” Perlahan nada suara Lina.
 “Dah lima tahun berlalu. Waktu tu pun kita masih budak-budak lagi. Kurang matang. Sekarang kita dah ada ada hidup kita sendiri. Bersyukur apa yang berlaku sebab apa yang berlaku semuanya ada hikmah. Tak guna menyesal.” Hakimi mengingatkan kembali apa yang perkara lima tahun lepas sewaktu Hakimi dan Lina sedang bercinta. Namun hubungan mereka tidak lama. Tidak sampai setahun terputus dan Lina meninggalkan Hakimi kerana mengikut lelaki lain. Mungkin pemikiran yang tidak matang membuatkan Lina berkelakuan sebegitu.
 ”Kita still kawankan?” tanya Lina.
 ”Mestilah. Lepas ni mesti kita banyak kali jumpa kan? Lina yang kena check kerja Mi.”
 ”Lina yang check kerja Mi kan? Siaplah Mi nanti!” Lina cuba mengusik Hakimi.
 ”Kejap lagi ada yang buta dan lepas ni dah tak boleh check kerja Mi da.” mereka berdua ketawa.
 Hakimi memberhentikan keretanya disebuah kedai makan. Kelihatan agak ramai orang di sana.
 ”Kat sini okey tak?” Hakimi bertanya.
 ”Ramai orang. Mesti sedap lauk kat sini kan? Lina tak kisah.”
 ”Lina tak kisah. Mi pun tak kisah. Dah, jom.”
 Hakimi dan Lina menuju ke kedai makan Selera Aminah diikuti oleh Faizal.
Mereka kemudian beratur di tempat untuk mengambil makanan.
 ”Boleh tahan lauk kat sini.” ujar Faizal.
 ”Kau tak pernah makan kat sini?” Hakimi bertanya.
 ”Biasa aku makan dengan kau dekat jalan menghala ke Kampung LBJ. Tak pernah aku makan kat sini.”
 ”Kau kan sekarang dah jadi penduduk sementara kat sini tak kan makan tempat sama tiap-tiap hari kot?” tanya Hakimi lalu dia mengambil seketul ayam bahagian kepak lalu diletakkan di dalam pinggan.
 Kedai itu menjual nasi campu pada waktu tengah hari dan terdapat pelbagai pilihan lauk sekaligus membuat mereka rambang mata untuk memilih. Selesai mengambil makanan mereka bertiga memesan air minuman masing-masing dan menuju ke meja makan yang terletak di bawah kipas. Cuaca pada waktu tengah hari agak panas menyebabkan mereka memilih tempat yang lebih selesa. Mujur masih terdapat tempat yang di bawah kipas. Walaupun tidak berpendingin hawa cukuplah dengan kipas untuk menyejukkan sedikit suasana.
 Lina duduk di sebelah Hakimi manakala Faizal duduk bertentangan dengan Hakimi.
 ”Mi, asyik berkepit je dengan Cik Lina? Dah tersangkut?” Faizal tersenyum memandang mereka berdua.
 “Sangkut? Elok jugak. Bertambah-tambah rezeki aku lepas ni.” Hakimi menyambung sambil tersenyum
 “Wah. Bukan main dia ye? Awak ingat kalau saya jadi isteri awak senang-senang awak boleh dapat maca-macam tender kerajaan?” Lina menambah bercampur nada gurauan.
 “Eh, Mi, Aku tengok tadi macam malu-malu je kau dengan Cik Lina masa baru jumpa tadi? Sekarang bukan main mesra ye?” Kehairanan Faizal melihat mereka berdua. “ Cik Lina dah kena ayat dalam kereta tadi ya?”
 Mereka tergelak seketika.
 “Tak lah. Saya dengan Hakimi dah kenal dari waktu sekolah lagi. Lepas tu lost contact. Tadi masa baru-baru jumpa macam kenal. Dah borak-borak dalam kereta tadi baru teringat balik.”
 “Oh yeke? Dari sekolah lagi? Seorang dari Johor seorang lagi Seremban. Macam lain je bunyinya. Bekas couple ke?” Faizal cuba menyelidik.
 Hakimi yang sedang meneguk air limau aisnya tersedak tatkala soalan itu diajukan oleh Faizal. Terus Hakimi meminta maaf.
 “Eh, macam betul je?” Faizal meneka lalu tergelak sendiri melihat Hakimi dan Lina tersipu-sipu malu.
 Sengaja Hakimi tidak mahu mengaku. Malas dia mahu mengingatkan kisah lamanya. Jika di jawab ya pasti macam-macam persoalan timbul dari mulut Faizal. Faizal bila terdengar kisah yang agak panas pasti dia akan lebih sibuknya mengalahkan perempuan.
 Banyak kali nampaknya Hakimi akan berjumpa dengan Lina dan berurusan dengannya. Hakimi berdoa agar dia tidak tergoda sekali lagi dengan gadis itu. Cukuplah dengan Ayu. Hakimi tidak akan sesekali memungkiri janjinya. Hakimi akan setia.
 Ya, setia untuk Ayu!

No comments:

Post a Comment