Saturday, October 30, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 2

Bab 2
 Dua minggu berlalu, Hakimi sedang termenung sendirian di Hentian Puduraya. Kadang kadang dia melihat telefon bimbit. Menanti panggilan atau mesej dari Ayu.
 “Lambat pulak dia kali ni.” Bebel Hakimi sendirian lalu mencuba untuk menghubungi Ayu, namun panggilan tidak berjawab.
 Kerisauan mula menyelubungi dirinya. Bimbang apa apa terjadi pada kekasihnya itu. Perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur bukan dekat. Dalam masa sesaat macam macam perkara boleh berlaku.
 Sebelum itu Hakimi telah meninggalkan pesan bahawa dia akanm menunggu di hadapan kedai donut di sekitar Puduraya. Dia mengerling ke arah jam tangannya.
 “ Sudah jam 12 tengah hari. Mana pulak perempuan ni?”Hakimi mula meraup mukanya.
 Akibat terlampau resah dia mula berdiri dan mahu pergi ke gerai donut tersebut untuk mendapatkan sesuatu yang boleh dibuat alas perut. Makan juga akan membuatkan Hakimi kurang berfikir dan sedikit sebanyak mampu mengurangkan kerisauannya.
 Saat Hakimi mahu melangkah tiba-tiba tangannya ditarik dan tangannya dipeluk. Hakimi mula membuat muka blur kemudian tersenyum.
 “Nak pergi mana b? Nampak risau je tadi?” Ayu tersenyum dan mendongak sedikit memandang Hakimi. Hakimi memang tinggi.
 “Baby..” Hakimi turut tersenyum dan kerisauannya terus hilang. “Nape call tak jawab? Mesej pun tak reply?”
 “Saje nak tengok gelagat orang tu dari jauh bila awek dia tak datang-datang” Ayu membuat muka comelnya. Cukup membuat hati Hakimi gundah gulana.
 “Suka dia kenakan b! Lain kali jangan buat lagi. Lau b tunggu-tunggu baby takde jugak.Call pun tak nak jawab. B terus balik Johor.” Nada seperti marah tapi dalam hati Ayu mengerti.
 Hakimi melepaskan tangannya dari pelukan Ayu.
 “Jom. B lapar. Nak makan.” Hakimi mengusap rambut ayu yang menutup sebahagian dahinya.
 Hakimi berjalan menuju ke Plaza rakyat. Ayu hanya membuntutinya dari belakang.
 “ B tak drive kereta?”
 “Tak. B drive bus je tadi. Penat la nak bawak kereta.” Hakimi pula yang tersenyum. Hidupnya penuh dengan loyar buruknya. Ada yang boleh tahan. Ada juga yang malas nak melayan.
 Mereka menaiki komuter menuju ke KLCC. Sampai sahaja di KLCC mereka terus ke food court. Hujung minggu memang selalu sesak.
 “Baby cari tempat ada kosong. B pergi beli makanan okey?”
 “B..Nak Nasi Beryani. B pn kena sama ngn baby tau.”
 Selepas membayar harga makanan tersebut dan membeli dua jenis air minuman. Hakimi pergi ke meja dimana Ayu sedang menunggunya. Hakimi melabuhkan punggungnya di kerusi setelah meletakkan makanan tersebut di atas meja.
 Ayu mengasingkan pinggan dari dulang dan meletakkan satu hidangan di hadapan Hakimi dan satu hidangan di hadapannya. Hakimi mengambil minuman berperisa blueberry itu dan menyedut menggunakan straw. Matanya memandang Ayu lantas straw itu di gigit-gigit perlahan. Memang itu tabiatnya.Terasa seronok rasanya dapat menatap Ayu. Mukanya tidak menggambarkan sebarang reaksi namun mata disebalik kaca matanya boleh dibaca .
 Ayu bermain main nasi dengan sudunya. Mukanya ditundukkan sedikit cuba mengelak dari pandangan Hakimi. Matanya kalah untuk bertentangan mata dengan Hakimi.
 “B…”
 Hakimi meletakkan minumannya di atas meja dan mula membetulkan duduknya. Dia cuba memberi perhatian mengenai apa yang cuba mahu disampaikan Ayu.
 “Baby kena transfer dekat Johor Bahru.” Ayu menyambung.
 “Haa..Baguslah macam tu. Dekat sikit. Senang b nak tengok-tengokkan baby nanti.”
 “Em..Tapi..” Ayu menggaru-garu tangannya yang tidak gatal itu.
 “Tapi? Nape pulak ni?” Hakimi megerutkan dahinya.
 “Takde pape la b” Ayu memandang Hakimi lalu menguntum senyuman hambar.
Bukan Ayu tidak kenal Hakimi. Hidupnya terlalu sibuk dengan kerja. Tiga tahun mengenalinya. Hujung minggu pun Hakimi tidak sempat berehat. Sibuk mengejar kekayaan dunia. Ayu tahu Hakimi melakukan untuk kesenagan masa depannya. Ayu mengharap perpindahannya akan membuat Hakimi akan lebih fokus pada dirinya.
 “Bila start?” lamunan ayu terhenti.

No comments:

Post a Comment