Sunday, October 31, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 8

Bab 8
 Amran sedang menuju ke restoran di mana gadis pujaannya bekerja. Dahulu dia mempunyai seorang kekasih yang mirip sekali dengan Ayu. Pertemuan pertamanya dengan Ayu telah membuatnya nekad untuk memiliki gadis itu. Tidak akan sesekali dilepaskan walaupun Ayu sudah mempunyai teman istimewa pilihannya.
 ”Ah! Orang berkahwin pun boleh bercerai. Inikan yang belum berkahwin.” getus hatinya dan tersenyum memikirkan agendanya sendiri.
 Semalam semasa dia keluar makan bersama Su, Su bagaikan tidak percaya apa yang dihadapan matanya. Amran terlebih dahulu bertindak. Dia tahu itu bukan Balqis. Kekasih lama Amran yang telah meninggalkan Amran kerana terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga Balqis sendiri. Selepas itu Amran tidak lagi bertemu Balqis kerana Balqis telah berpindah mengikut suaminya bekerja di Mesir.
 Dua tahun berlalu dan hati Amran masih tidak lagi terubat. Hanya Su tempat Amran meluahkan. Amran telah melihat Ayu sewaktu Ayu baru pindah di sebelah rumahnya. Terus dia menyelidik dan memberitahu Su. Keesokan harinya membuat Amran membawa Su makan di tempat Ayu bekerja. Amran mahu menunjukkan apa yang dimaksudkannya kepada Su.
 ”Balqis dah balik kan Su?” Terang Amran sebaik sahaja Ayu berlalu pergi setelah mengambil pesanan mereka.
 ”Tapi dia bukan Balqis la beb. Aku tau memang sama. Try la.”
 ”Memang aku akan usaha. Tapi semalam aku nampak boyfriend dia hantar dia waktu dia baru pindah. Tapi tak tau la boyfriend dia ke abang dia.”
 ”Kalau dah ada boyfriend tak payahlah kau nak rosakkan hubungan diorang.Jangan buat kerja gila Amran.”
 ”Tengoklah dulu.” Amran tersenyum.
 Teringat Amran perbualannya dengan Su semalam. Namun dia tidak peduli dengan semua itu. Dia nekad untuk mendapatkan Ayu.
 Sewaktu Amran mahu melangkah kaki masuk ke restoran itu dia terlihat gelak tawa dan gurauan mesra sepasang kekasih.
 Amran mula menggenggam penumbuknya.
 ”Sial!” Amran keluar dari restoran itu dan duduk di bangku di hadapan restoran itu. Menunggu saat kekasih Ayu keluar meninggalkan Ayu dan dia akan masuk untuk berjumpa dengan Ayu.
 Saat Hakimi keluar dari restoran itu Amran memandang lelaki itu. Matanya memandang Hakimi tanpa berkedip. Amran nekad akan mebuatkan Ayu meninggalkan lelaki itu.
 Agak lama dia memandang Hakimi baru dia masuk dan terus mendapatkan Ayu yang sedang berbual dikaunter bayaran.
 ”Hai Ayu!”
 Ayu memandang lelaki berkumis nipis itu yang sedang tersenyum dan perasaan menyampah mula terbit di hatinya.
 ”U nak apa?” malas Ayu hendak melayan kerenah lelaki itu.
 ”I datang nak jumpa U je.” Amran mula membuat muka kononnya merajuk dengan layanan buruk Ayu.
 ”Haa. Eloklah tu. Elok U balik je. I takde masa nak melayan U!”
 ”U. Macam ni ke cara orang Islam layan seorang jiran?” Amran cuba menyelitkan unsur-unsur agama ke dalam perbualannya untuk mempengaruhi Ayu.
 Ayu terdiam sebentar dan mula mencapai kotak tisu di atas kaunter dan menyerahkan kepada Amran. Amran tidak mengerti dengan kelakuan Ayu itu.
 ”I sedang bekerja dan banyak kerja hendak dibuat. Tisu ni tak bekerja. U borak-borak la dengan dia ok?” Ayu terus berlalu pergi. Menyampah dia melayan perangai Amran.
 ”Kelakar U ni! Nanti balik I jemput U!” Amran menguatkan suaranya.
 Amran terus mendapatkan Esya dan bertanya.
 ”Weh. Ayu balik pukul berapa?”
 ”Pukul 6. Saing dengan aku. Kenapa?”
 Amran tidak menjawab dan terus berlalu pergi.
 Jam 6.00 petang Amran menunggu di hadapan pintu masuk utama AEON Jusco. Dia menanti Ayu. Sekali sekala dia memandang jambangan bunga yang diletakkan di tempat duduk sebelah tempat pemandu.
 15 minit berlalu. Ayu tidak muncul-muncul juga.
 ”Mungkin dia keluar ikut tempat lain sebab taknak terserempak dengan aku. Pandai!” Amran mahu ke pintu masuk di sebelah sisi bangunan. Tatkala Amran mahu melangkahkan kakinya terlihat kelibat Ayu dan Esya baru keluar. Mahu pulang agaknya.
 ”Taklah pandai sangat.” bicara Amran dalam hati sambil tersenyum. Amran terus mendapatkan Ayu dan Esya.
 ”Nak balik ke?” tanya Amran.
 ”Baliklah. Takkan nak pergi kerja pulak.” Esya menjawab tanpa dia mengetahui soalan itu ditujukan kepada Ayu.
 ”Jomlah naik kereta I. I hantar balik” Amran mempelawa sambil matanya melihat Ayu yang tidak memandangnya langsung.
 ”Wah. Ada driver! Cepatlah Ayu.” gembira sungguh Esya tatkala dipelawa seperti itu. Tidak perlu dia bersusah payah berjalan kaki pulang ke rumah.
 Terpaksa jugalah Ayu menerima pelawaan Amran walaupun berat rasa hatinya. Kalaulah Hakimi melihat dia menumpang lelaki lain entah apa yang mahu Ayu menjawab. Namun dia tahu Hakimi bukan seorang lelaki yang cemburu buta. Dia tidak pernah mengongkong Ayu bergaul dengan orang lain. Kawan-kawan lelaki juga tidak mempunyai masalah berhubung dengan Ayu.
 Saat Ayu sampai ke kereta Amran, Amran terlebih dahulu membuka pintu tempat penumpang hadapan dan mengeluarkan sejambak bunga. Tiga kuntum ros merah.
 ”Ni untuk Ayu. Ayu duduk depan ye?” Amran menghulurkan jambangan bunga itu kepada Ayu. Mahu tidak mahu terpaksalah dia menerima. Kalau tidak diterima banyak mulut Amran hendak meng’ayat’. Ayu terus masuk ke dalam kereta tanpa bersuara. Amran dan Esya turut masuk. Esya duduk di tempat duduk belakang.
 ”Ada apa-apa ke ni?” Esya bersuara. Ayu tidak menjawab dan Amran hanya tersenyum.
 Sepanjang perjalanan ke rumah. Mereka tidak berbual. Senyap sahaja. Hinggalah Amran memberhentikan kereta di hadapan rumahnya.
 ”Terima kasih.” ringkas ucapan Ayu dan terus masuk ke dalam rumah. Amran masih bersabar dengan kerenah Ayu. Gadis itu pasti dimilikinya.

No comments:

Post a Comment