Sunday, October 31, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 10

Bab 10
 Ayu kelihatan sungguh ayu hari itu seperti namanya. Bertudung ungu muda dan berbaju kurung berwarna ungu juga tetapi lebih gelap. Ayu membetu-betulkan bajunya yang terlipat di bahagian belakang. Jarang sekali Ayu memakai baju kurung melainkan jika dia menghadiri majlis-majlis tertentu.
 ”Assalamualaikum.” Hakimi memberi salam lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya dan turut menjemput Ayu masuk. Hakimi berlalu ke dapur meninggalkan Ayu di ruang tamu. Ayu berasa sungguh janggal sehinggakan dia terlupa untuk duduk. Ditambah lagi dengan perasaan segan dan gementar membuatkan Ayu tambah gelisah dan tidak tahu apa yang hendak dilakukannya.
 Hakimi ke dapur mendapatkan ibunya.
 ”Bu, Ayu dah kat depan. ” Hakimi menegur ibunya yang sedang mengemas dapur setelah siap memasak.
 “Kat depan? Kau tak jemput dia masuk?” Puan Rahimah membasuh tangannya dan mengelap dengan sehelai kain.
 “Dah la. Kat ruang tamu.” Jelas Hakimi dan terus mengiringi Puan Rahimah ke ruang tamu.
 ”Ibu, ni Ayu.” Hakimi memperkenalkan Ayu kepada Puan Rahimah.
 ”Apa khabar, mak cik?” Ayu terus bersalaman dengan Puan Rahimah.
 “Baik je Ayu. Ayu pulak?”
 “Sihat jugak mak cik. Kalau tak mesti tak sampai sini kan?” Ayu berjenaka sedikit bagi menghilangkan gemuruhnya.
 ”Alhamdulilah. Kena lah dengan nama Ayu. Ayu je mak cik tengok.” puji Puan Rahimah sambil tesenyum memandang Ayu. ”Ayu, dah nak maghrib ni. Kita solat dulu ya? Solat dengan makcik dekat atas.”
 ”Ayah mana bu?” Hakimi bertanya. Walaupun ayahnya sudah tidak bekerja namun kelibat ayahnya jarang kelihatan.
 ”Dia awal-awal lagi dah ke surau. Kamu tak ke surau Mi? Kalau tak boleh kita solat jemaah bersama. Kamu imam ye?”
 ”Haa. Nak pergilah ni.” Hakimi terus naik ke biliknya untuk mengganti baju dan terus ke surau.Mengelak dari menjadi imam. Hakimi masih tidak bersedia untuk mengimamkan orang lain. Tidak mampu rasanya.

 Setelah habis solat magrib Hakimi pulang berjalan kaki bersama ayahnya, Encik Ismail. Jarak surau dengan rumahnya hanya 100 meter. Namun sukar untuk Hakimi kerap kali mengunjungi ke sana. Terlalu sibuk atau hidayah belum di turunkan lagi?
   Sampai sahaja di rumah kelihatan Puan Rahimah dan Ayu sedang menghidangkan makanan di meja makan. Hakimi dan ayahnya terus ke meja makan. Mereka duduk di kerusi yang sedia ada di situ.
 ”Mi, tak tolong terus duduk nak makan ye?” sengaja Puan Rahimah mengusik anaknya. ”Mal.Mari makan sekali.” panggil Puan Rahimah kepada Mal yang sedang duduk khusyuk menonton tv.
 Setelah siap menghidangkan lauk Puan Rahimah dan Ayu duduk bersama Hakimi dan Encik Ismail. Mal turut serta dan dia duduk di sebelah abangnya. Sedari tadi Ayu asyik memerhatikan Hakimi sahaja. Mungkin terpegun dengan Hakimi yang agak lain malam itu. Bersongkok, berbaju melayu dan berkain pelikat. Pertama kali Ayu melihat Hakimi begitu.
 ”Em. Ayah, ni kenalkan Ayu, kawan Mi.” Hakimi memperkenalkan Ayu kepada ayahnya. Ayahnya memandang Ayu yang sedang menyeduk nasi ke dalam pinggan.
 “Oh, Ayu? Memang ‘ayu’ pun.” Encik Ismail tersenyum melihat Ayu dan Ayu turut membalas senyuman Encik Ismail. Segan dari tadi asyik dipuji dan dikaitkan dengan namanya. “Bila nak kahwin ni Mi? Jangan tunggu lama-lama. Nanti disambar buaya. Kalau nak masuk minang ayah boleh uruskan.”
 ”Duit tak cukup lagi ayah.” ringkas jawapan Hakimi.
 ”Duit tak cukup lagi? Projek punya besar kau dapat takkan takde duit? Jangan tunggu lama-lama Mi.” Encik Ismail mengingatkan. Lagipun ayahnya tidak suka jika anak dara diusung ke mana mana tanpa apa apa ikatan.
 ”Mi, duit ibu yang kau bagi tu pun ada lagi. Ibu simpan je. Rasanya dah cukup kalau nak buat belanja kahwin.” Puan Rahimah menambah.
 ”Mi, ada duit bu. Tapi Mi tak sedia lagi. Banyak Mi kena belajar. Duit yang Mi bagi tu Ibu buat la untuk pergi haji dengan ayah.” Hakimi hanya menundukkan mukanya lalu menyuakan nasi kemulutnya dan mengunyah perlahan.
 Ayu hanya diam dan hanya mendengar perbualan Hakimi dengan ibu bapanya. Ayu tidak berani bersuara kerana takut dia yang dipersoalkan.
 “Ayu macam mana? Diam je?” soal Encik Ismail. Ayu tidak terlepas dari soal siasat Encik Ismail.
 “Ayu ikut Hakimi je. Lau Ayu boleh masuk meminang dah tentu Ayu buat. Tunggu Hakimi lambat sangat.” Ayu menjawab lalu disambut ketawa oleh yang lain.
 Hakimi mengenyitkan matanya kepada Ayu. Ayu pura-pura tidak perasan. Namun Puan Rahimah tidak terlepas pandang perbuatan Hakimi.
 ”Hakimi. Mata kau dah kenapa?” Puan Rahimah mengusiknya sekali lagi. Hakimi hanya berpura-pura tidak dengar namun wajah Hakimi tidak dapat menyembunyikan senyuman Hakimi yang cuba ditahan itu.
 ”Ayu hati-hati dengan Hakimi ni tau. Kalau dia macam-macam call mak cik tau?” Puan Rahimah mengingatkan Ayu.
 “Dia memang macam ni mak cik. Kadang-kadang penat nak melayan perangai dia ni. Tapi kalau dia dah mula keluarkan skill loyar buruknya tu memang geram je Ayu.” Ayu membalas.
 “Ayah dia pun sama je. Penat mak cik nak melayan. Anak bapak sama je.” Sambung Puan Rahimah lalu diiringi gelak tawa mereka. Meriah sungguh rumah Hakimi malam itu dengan kehadiran Ayu.
 “Kakak. Abang Mi selalu buli Mal kat rumah.” Mal yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara.
 “Betul tu Ayu. Mi memang macam tu. Pantang tengok adiknya senang mesti dia nak menyakat. Dari budak-budak sampai dah macam bapak orang ni pun masih macam tu.” Puan Rahimah menambah lagi.
 Sekali gelak tawa meeka kedengaran. Hakimi turut sama ketawa walaupun malam itu teruk dia dikenakan semua orang. Sepatutnya Ayu yang harus disoal-siasat bukan dirinya.
 Ayu selesa bersama keluarga Hakimi.
 ”Ayu, kalau senang-senang datanglah sini selalu. Temankan mak cik kat sini. Jangan tunggu Hakimi bawak pulak ye.” pesan Puan Rahimah tatkala Ayu mahu pulang malam itu.
 ”Saya datang pun ikut Hakimi je. Saya kat sini pun takde kenderaan nak keluar. Selalu Hakimi je yang bawak.” balas Ayu. Bukan dia tidak mahu datang lagi. Dia seronok bersama keluarga Hakimi. Dia tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke situ turut membataskan pergerakannya.
 ”Takpe Ayu. Nanti makcik pesan kat Hakimi suruh bawak kamu datang sini selalu.”

No comments:

Post a Comment