Sunday, October 31, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 6

Bab 6
 Hakimi sedang menikmati sarapan pagi di rumahnya. Malam tadi dia tidur awal. Terlalu penat. Mula-mula dia hendak berbaring sahaja selepas Isyak untuk melepaskan penatnya kemudian menghubungi Ayu namun dia terus tertidur.
 “Ayu!” Hatinya tiba-tiba teringat mengenai Ayu. “Ya Allah, macam mana aku boleh terlupa pasal dia.”
 Hakimi terus ke biliknya mendapatkan telefon bimbitnya. Di cari-cari telefon bimbitnya di celah-celah katil. Tiada. Dia mengangkat bantalnya. Jumpa! Dia melihat pada skrin telefon bimbitnya. 3 mesej belum dibaca.
 Mesej pertama.
 “B. I miss you.”
 Mesej kedua.
 “B tido da ke?”
 Mesej ketiga.
 “Goodnite b. Mimpi indah. Imy”
 Kasihan Hakimi terkenangkan Ayu. Dia mengabaikan Ayu lagi. Hakimi mula menaip mesej.
 “Salam. Cmt pagi bby. Sory sal smlm. B tetido awal. Penat sgt. Igt nak baring2 je. Tapi terlelap pulak. Sory lagi skali sebab marah bby. Imy2,3,4,5,6,7,8,9,10,byk2..infinity..hehe. sory aw.”
 Butang send ditekan. Jam menunjukkan pukul 6.50pagi. Ayu mungkin masih tidur. Ayu memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya. Dia turun ke bawah dan terus keluar untuk memanaskan enjin keretanya. Kemudian Hakimi duduk semula di meja makan. Kembali menyambung makan. Air kopi dihirup perlahan. Kemudian roti disuap kemulutnya. Dia mendengar bunyi bising di atas.
 “Mal! Cepat sikit siap. Dah nak pukul tujuh! Kejap lagi bas datang kau kelam kabut. Tak sempat sarapan pulak.” bebel ibu Hakimi. Puan Rahimah,ibu kepada Hakimi tidak pernah berubah. Mulutnya suka membebel. Bebelan bersebab kerana sayangkan anak-anaknya. Membebel demi kebaikan anak-anaknya.
 Mal. Akmal. Adik Hakimi yang bongsu. Berusia 8 tahun. Hakimi mempunyai empat orang adik. Hakimi yang sulung. Tiga orang adiknya sudah tidak tinggal bersama mereka. Akma. Adiknya yang berusia 22 tahun. Sudah berkahwin dan tinggal bersama suaminya di Melaka.
 Afiqah dan Adilah masih belajar. Afiqah berumur 19 tahun dan belajar di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai Negeri Sembilan. Adilah pula belajar di Sekolah Berasrama Penuh.
 Bila semuanya berkumpul rumah ini memang riuh. Hakimi rindu dengan adik-adiknya. Walaupun dahulu sewaktu mereka kecil saling bercakaran. Bila sudah matang lain jadinya.
 Mal turun kebawah sambil mengheret beg sekolahnya.
 “Dik. Adik bawak semua buku ke? Ikut la jadual. Tak payah nak bawak semua buku. Berat tu.” Hakimi jarang memanggil Akmal dengan nama Mal. Hakimi lebih selesa dengan panggilan ‘adik’.
 “Dah ikut jadual la ni Abang Mi.” Hakimi tahu adiknya berbohong. Masakan sudah menyusun buku mengikut jadual bukunya masih banyak yang perlu di bawa.
 “Macam lah Abang Mi tak pernah sekolah. Pemalas!” Hakimi tersenyum memandang adiknya.
 “Biarlah!” Mal mula menuang air di dalam cawan. Air Kopi hanya diminum Hakimi dan ayahnya. Puan Rahimah dan Mal hanya minum air Milo sebab itu ibunya pasti membuat dua jenis air setiap pagi.
 Hakimi membuka dompetnya dan mengeluarkan wang sebanyak dua puluh ringgit. Kemudian dihulurkan pada Mal.
 “Thanks Abang Mi!” riang sahaja mal tatkala menerima wang dari abangnya.
 “Mi! Ibu dah bagi duit dekat Mal semalam. Kau bagi dia lagi buat apa. Nanti dia beli benda bukan-bukan.” Puan Rahimah membebel lagi apabila melihat Hakimi memberi wang saku lagi kepada Mal walhal semalam ibunya sudah memberi Mal RM10 untuk wang sakunya untuk minggu ini.
 Puan Rahimah tidak gemar Hakimi memberi kesenangan kepada adik-adiknya. Sebelum Hakimi bekerja hidup mereka hanya tidaklah begitu senang. Hakimi tidak diberi kemewahan. Segala-galanya diusahakan sendiri sehinggalah dia mampu berada ditahap ini dan  agak selesa.
 Sewaktu Hakimi kecil dia sudah biasa hidup serba sederhana dan dia terima apa yang ada didepan matanya walaupun tidak mencukupi. Namun Hakimi tidak kesah. Dia ikut apa yang mampu diberi orang tuanya. Hakimi tidak mahu adik-adiknya melalui kehidupan sepertinya dahulu.
 “Ayah mana bu?” Hakimi cuba menukar topik.
 “Entahlah. Tadi ada. Keluar sekejap kot.” Puan Rahimah seperti tidak prihatin dengan ayahnya. Sudah 23 tahun Hakimi bersama keluarganya. Dia tahu ibunya dulu banyak berkorban untuk keluarganya. Sekarang waktu untuk Hakimi membalas jasa ibu bapanya.
 Hakimi bangkit dari kerusi dan menuju ke arah Mal.
 “Belajar betul-betul dik!” pesan Hakimi sambil tangannya mengusap-usap kasar rambut adiknya yang sudah tersisir rapi. Sengaja dia mahu mengacau adiknya. Hakimi gelak sendiri.
 “Abang Mi! Ibu! Tengok Abang Mi. Dia rosakkan rambut Mal!” Mal menjerit.meminta ibunya membuat sesuatu kepada Hakimi yang selalu mengusiknya.
 “Tak habis-habis menyakat!” Puan Rahimah faham sangat dengan perangai Hakimi. Dari kecil tabiatnya ini tidak pernah berubah.
 “Sekali sekala bu. Bu. Mi pergi dulu ya.” Hakimi bersalaman dan mengucup tangan ibunya. Sambil itu Hakimi menghulurkan wang tunai RM150 kepada ibunya. “Duit belanja minggu ni ya bu.”
 “Banyaknya. Jangan membazir la Mi. Semuanya kau dah sediakan. Ayah kau bukan takde duit.”
 “Takpe la bu. Sikit je tu. Mi ade simpan lain. Tak cukup mintak lagi tau bu.”
 Puan Rahimah gembira melihat Hakimi berjaya walaupun sepanjang hari sibuk dengan dunianya. Waktu pagi inilah baru dapat mereka meluangkan masa sebentar. Hakimi tidak pernah melupakan keluarganya. Barang-barang keperluan di rumah sentiasa cukup. Ibu bapanya tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli keperluan harian. Semuanya sudah disediakan Hakimi. Duit yang diberi Hakimi kadang-kadang tidak terusik. Hendak diberi pada Mal pula sudah memberi duit belanja kepada Mal. Duit pemberian Hakimi disimpan di dalam bank sahaja.
 Diluar kedengaran bunyi pintu pagar di buka dan Hakimi mengundurkan keretanya keluar dari kawasan rumahnya dan Hakimi memandu keretanya terus ke tempat kerja.

No comments:

Post a Comment