Saturday, October 30, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 5

Bab 5
 Hari ini hari pertama Ayu memulakan tugasnya di cawangan baru. Kekurangan kakitangan di cawangan Johor Bahru membuat Ayu memohan untuk berpindah ke Johor Bahru.
 Sebenarnya bukan itu fokusnya. Ayu mahu selalu dekat dengan Hakimi. Dia tahu kos hidup di Johor Bahru lebih tinggi daripada Ipoh. Di Ipoh dia tinggal bersama keluarganya dan dia mampu untuk berjimat cermat. Di sini dia terpaksa membayar lebih. Makan dan pengangkutannya. Untung syarikatnya menyediakan tempat tinggal untuk pekerja. Tidak perlu dia memikirkan kos untuk membayar sewa rumahnya.
 Sampai sahaja ditempat kerja barunya dia dibawa oleh pengurus tmpatnya bekerja berkenalan dengan staf di situ. Kerja Ayu bukan di pejabat. Tetapi di sebuah restoran masakan barat. Ayu selesa bekerja dengan kerja seperti ini. Kerjanya habis sewaktu tamat waktu bekerja. Segala masalah tidak perlu dibawa pulang ke rumah. Tidak seperti Hakimi. Banyak yang terpaksa difikirnya.
 Menjadi pelayan terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan. Kadangkala ada yang cuba mengusiknya. Namun dia sudah malas hendak melayan. Hakimi yang perlu dilayan selalu. Ayu tersenyum sendiri tatkala teringatkan Hakimi. Tidak sekali pun dia berfikir mengapa dia begitu sayangkan lelaki itu. Mungkin tidak perlu sebab untuk mencintai seseorang itu.
”Ayu, ada customer kat sana. Berkahayal pulak kau.”  tegur Sofea sekaligus mematikan lamunan Ayu.
Sofea juruwang di restoran tersebut. Kebanyakan pekerja di situ adalah perempuan. Mungkin lelaki kurang sesuai bekerja di situ. Namun di bahagian dapur terdapat dua orang lelaki bekerja di situ. Alif. Seorang lagi tidak Ayu ingat namanya. Tidak penting rasanya untuk mengingati.
 Setelah mengambil pesanan dia mengambil kembali menunggu lagi. Kali ini dia lebih berhati-hati agar tidak ditegur. Mungkin akan memburukkan prestasinya di tempat kerja.
 Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki bersama seorang perempuan duduk di salah sebuah tempat di penjuru restoran.Pasangan kekasih agaknya. Ayu ke sana untuk mengambil pesanan dan menyerahkan menu kepada pasangan itu.
 Lelaki tersebut tersenyum memandang Ayu. Pandangan yang agak merimaskan.
 ”Nama I Amran. Yang sebelah ni kawan I, Su.”
 ”Sorry. I datang nak ambik order je. Bukan nak berkenalan.” Ayu  memalingkan muka.
 ”Em..ni sombong ke garang? Agak-agak bila kita boleh couple?” meluat Ayu mendengar ayat dari pelawak, Nabil. Cara itu takkan berkesan!
 ”Cepat sikit boleh tak? Banyak lagi kerja lain yang I kena buat.” suara Ayu agak keras di situ. Ayu meninggalkan mereka berdua setelah pesanan telah dibuat. Pelanggan seperti inilah yang membuat Ayu hilang mood untuk meneruskan kerja pada hari itu. Hari pertamanya sudah berjumpa dengan pelanggan bermasalah otak! Belum hari kedua.
 Jam 6.00 petang. Ayu sudah bersiap-siap untuk balik. Cepat tersa masa berlalu. Lega hatinya. Dia sudah terbayang katil di rumah. Balik dia akan terus berbaring sehingga hilang penatnya. Dia ke bilik persalinan untuk mengganti baju. Segan rasanya untuk keluar dari tempat kerjanya dengan memakai uniform pelayannya. Setelah siap Ayu membetulkan rambutnya. Memandangkan restoran tempat Ayu bekerja Terletak didalam AEON Jusco Tebrau mudah untuk dia mendapatkan barang-barang keperluannya.
 Ayu mahu singgah sebentar di pusat membeli belah Jusco untuk membeli barang keperluannya. Esya pula Habis syif pada jam 9.00malam. Terpaksa dia pergi seorang diri. Tatkala dia mahu keluar dilihat seorang lelaki sedang duduk di bangku di hadapan restoran tempatnya bekerja.
 ”Mungkin dia sedang menunggu kawannya tadi,” Ayu cuba menyedapkan hati sendiri. Rimas dia dengan cara lelaki itu.
 Ayu keluar menuju ke pusat membeli belah Jusco dan Ayu terasa seperti seseorang sedang menuju ke arahnya. Ayu tidak mahu memandang.
 ”Hai! U. Ingat i lagi?” Amran menegurnya dengan cara memintasnya dan muncul terus di hadapannya sambil terus menyapa.
 Ayu mendiamkan diri dan meneruskan perjalanannya ke pusat membeli belah Jusco. Amran masih tidak meninggalkannya dan mengekori Ayu. Malas dia hendak melayan lelaki berperangai kebudak-budakan. Ayu menuju ke tempat menjual syampu mandian. Ayu berhenti sambil matanya melihat-lihat pelbagai jenis sabun di rak itu.
 ”Cari sabun ke u? Mesti pagi tadi mandi tak bersabun kan?” Amran cuba mempamerkan kebodohannya di hadapan Ayu.
 Ayu memilih satu jenis sabun dan kemudian ke tempat di mana losyen di letakkan. Ayu memilih satu jenis losyen dan ke kaunter untuk membuat bayaran. Amran masih tidak meninggalkannya.
 Selepas membayar Ayu keluar dan akan terus balik ke rumahnya. Ayu hanya berjalan kaki dari tempat kerjanya. Esya pun begitu juga. Bas tidak mengambil penumpang dari rumahnya ke AEON Jusco. Terpaksalah dia berjalan kaki. Mengambil masa dalam lima belas minit berjalan. Kalau dulu sewaktu di Ipoh, ayahnya yang akan menjemputnya setiap hari. Disini dia tiada pilihan lain. Hakimi pula terlalu sibuk. Hari ini tiada lagi panggilan dari Hakimi atau mesej darinya. Ayu rindu.
 ”U..Layanlah I.” Suara Amran yang agak kuat dan mendesak itu memberhentikan langkah Ayu.
 ”U nak apa? Tak Malu ke ikut I? I nak balik. Jangan ganggu I okey? I tak minat dengan U!” Ayu meneruskan langkahnya.
 ”U nak jalan kaki macam Esya jugak ke?”
 ”Esya?” Ayu terkedu sebentar. Apa hubungan Amran dengan Esya? ” U kenal Esya ke?”
 ”Kenal kot. I selalu makan kat tempat u kerja. Kat tempat u kerja semua perempuan cantik-cantik.Hari ni I kenal someone yang sangat lain” Amran tersengih.
 ”U. I rasa mesti ada satu atau dua wayar dalam kepala hotak U dah putus.” Ayu geram dengan perangai lelaki itu.”Handsome tu pun tak.Otak pun senget.”sambung Ayu namun hanya dilepaskan di dalam hatinya. Entah apa reaksi lelaki itu kalau dilepaskan kata-kata sebegitu.
 ”U. Dari U penat-penat jalan kaki. Lebih baik U naik kereta I. I hantar U sampai rumah.” Amran terus menuju ke keretanya.
 Ayu tidak tahu mengapa kakinya tiba-tiba melangkah mengikut Amran.
 ”Dari penat berjalan. Baik Aku tumpang dia je”
 Amran masuk ke dalam sebuah kereta Proton Waja. Ayu terus masuk tanpa berfikir. Amran terus memandu keluar dari tempat itu.
 ”I tau U tinggal dengan Esya. I pernah hantar dia dulu.”
 ”Oh.” Ayu megiyakan sahaja. ”So U tau la rumah I kan?”
 ”Yup.Em.. Tak sangka pulak U ni sanggup tumpang I kan? Kenal pun tak. Mana tahu I ni perogol bersiri ke, atau pun perompak?”
 ”Dah U yang mengada-ngada nak tumpangkan I. Dari I penat jalan baik I tumpang U je.” Ayu cuba menyedapkan hatinya sekali lagi.”Lagipun I dah tau I sedang tumpang kereta orang gila.”
 ”Gila dekat U!” Amran tergelak.
 Sakit hatinya melayan kerenah Amran. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh TERtumpang lelaki sakit jiwa ini
 Sampai  sahaja di kawasan perumahannya Ayu berasa lega. Lelaki ini boleh dipercayai walaupun GILA! Namun Amran tidak memberhentikan betul-betul di hadapan rumahnya. Amran memberhentikan keretanya di sebelah rumahnya.
 ”Thanks.” perlu berterima kasih juga kepada lelaki itu walaupun Ayu tidak tahan melayan kerenahnya.
 ”I still tak tahu nama U.” Amran membongkok sedikit mahu melihat Ayu yang sudah keluar dari keretanya.
 ”Ayu.” Ringkas jawapannya.Terus dia menutup pintu.
 Amran turut keluar dan menutup pintunya.
 ”Semalam yang hantar U siapa? Boyfriend?”
 Ayu mengerutkan dahinya. Bagaimana dia tahu tentang Hakimi? Entah apa lagi yang diketahui lelaki ini.
 ”Atuk I! Dah la U. Jangan banyak tanya. I rimas! I nak masuk dulu”
 Amran mengunci pintunya keretanya.
 ”I tak ajak U masuk pun. Kenapa U tak balik je?”
 ”I nak masuk rumah I la.”
 ”Huh?” Ayu tidak faham.
 Amran menuju ke rumah sebelah. Ayu hanya memerhati tingkah laku Amran. Sudahlah gila.Pelik. Kasihan.
 ”I tinggal sebelah rumah U la.” Amran tersengih.
 Ayu malu sendiri kerana menghalau Amran walhal dia sedang berdiri dihadapan rumah Amran. Lantas dia terus menuju ke rumahnya dan terus masuk. Pening dia memikirkan kehidupan hidupnya hari ini. Hari pertamanya  bekerja di sini telah bertemu dengan orang yang kurang waras dan pelik.
 Ayu berbaring di katil cuba menghilangkan penat di badannya. Matanya ditutup terasa selesa sungguh. Hendak mandi terasa malas. Dibiarkan fikirannya menerawang. Ayu mengeluarkan telefon bimbitnya. Melihat skrin telefon bimbitnya. Kosong. Tiada mesej dari Hakimi ataupun panggilan tidak berjawab.
 ”Sibuk agaknya.” keluh Ayu. Ayu merindui lelaki itu. Lantas terus dihubungi Hakimi. Agak lama baru Hakimi menjawab panggilan itu.
 ”Hello. B? Buat apa?”
 ”Baby. Call nanti. B penat lah.” Agak keras nada Hakimi.
 ”Rindu la b.” Ayu sedih dengan jawapan Hakimi.
 ”Yelah. Nanti la.” Hakimi terus mematikan talian.

No comments:

Post a Comment