Sunday, October 31, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 9

Bab 9
 Hakimi sedang bersiap-siap untuk menjemput Ayu untuk makan malam di rumahnya malam ini. Dia mengenakan t-shirt berkolar bulat hitam dan jeans biru lusuh. Hakimi berpakaian ringkas sahaja kerana dia akan menjemput Ayu makan di rumahnya. Hari itu dia pulang lebih awal untuk bersiap-siap.
 Hakimi juga telah memberitahu ibunya bahawa dia mahu mengajak kekasihnya untuk makan di rumah dan ibunya jugalah yang menyiapkan makanan untuk makan malam itu. Sepanjang tiga tahun bersama Ayu inilah pertama kali dia akan memperkenalkan Ayu kepada keluarganya.
 Hakimi berdiri di hadapan cermin dan membelek-belek wajahnya memastikan semuanya kelihatan kemas. Hakimi menyembur sedikt wangian dan terus turun ke bawah.
 ”Wah. Wanginya anak ibu ni.” tegur Puan Rahimah.
 ”Nak jumpa kekasih hati kena lah wangi-wangi sikit bu. Masa bujang je. Nanti waktu kahwin dah tak perlu wangi sangat kot.” Hakimi tergelak.
 ”Mi pergi dulu bu.” Hakimi melangkah keluar dari rumah dan terus menuju ke keretanya yang di letakkan di bahu jalan hadapan rumahnya.
 ”Hati-hati bawak anak dara orang tu!” Ibunya mengingatkan Hakimi. Entah sapai atau tidak ke telinga Hakimi.
 Hakimi memandu keretanya menuju ke rumah Ayu. Sampai sahaja di hadapan rumah Ayu terus Hakimi menghubungi Ayu. Hanya sekali dering terus di jawab.
 ”B dah kat depan rumah baby ni.”
 ”Tau dah. Kejap ye.” Ayu ter mematikan talian.
 Tidak lama kemudian pintu rumah dibuka dan kelihatan Ayu muncul di muka pintu dan meminta Hakimi menunggunya sebentar menggunakan isyarat tangannya.
 Setelah mengenakan sepatu Ayu terus menuju ke kereta Hakimi. Hakimi tersenyum melihat Ayu. Ayu bertudung!
 Ayu masuk ke dalam kereta Hakimi dan terus duduk di sebelah Hakimi dan menutup pintu. Tali pinggang keledar dikenakan.
 ”Jom.” tegur Ayu kepada Hakimi yang dari tadi memerhati perbuatan Ayu. Ayu berharap Hakimi menegur perubahannya. Namun Hakimi hanya berdiam dan terus memandu keretanya keluar dari kawasan rumah Ayu.
 Agak lama baru Hakimi mmbuka mulut.
 ”Cantik baby hari ni.” Hakimi tersenyum.”Pakai tudung pulak?”
 ”Kenapa? Tak suka?” Ayu mencebik.
 ”Suka sangat-sangat! Cantik baby pakai tudung.” Hakimi memuji lantas mencubit manja pipi Ayu. Geram Hakimi melihat Ayu. Ayu menjerit manja. Gadis itu terlalu cantik dimatanya. Mungkin dimata orang lain Ayu hanya gadis biasa. Tetapi tidak bagi Hakimi. Ayu terlalu sempurna. Ayu tidak seperti gadis lain. Semakin hari semakin sayang. Begitu juga Ayu. Hakimi pernah mengingatkan hatinya agar tidak terlalu menyayangi seseorang bimbang akan membuat hatinya hancur teruk suatu hari nanti. Entahlah. Hakimi tidak mampu.
 ”Nak jumpa bakal mak mertua kan? Kena sopan-sopan sikit.” Ayu menyambung bicara.
 ”Sebab jumpa mak mertua je? Lepas ni bukak dah?”
 ”Baby nak terus bertudung. Nak berubah la b. Baby dah tak nak macam dulu.”
 ”Alhamdulilah. Baguslah macam tu.Baby makin cantik bila pakai tudung.” Hakimi memuji lagi.
 ”Nervous la b. First time jumpa ibu b.” Ayu menyuarakan kebimbangannya kepada Hakimi.
 ”Rilek sudah. Ibu makan nasi tak makan orang. Dia normal macam manusia biasa.” Hakimi cuba bergurau dan tangan Ayu digenggam erat.
 ”B ni! Mengada la. Baby tau la pasal tu. Takut kena reject je nanti.” tangan Hakimi digoncang perlahan.
 ”Ibu tak macam tu. Kalau dah jodoh b dengan baby tak ke mana semua tu.” Hakimi menggenggam lebih erat tangan Ayu.
 ”Baby nak ada jodoh dengan b!”
 ”B nak baby jadi isteri b.B nak jaga baby hingga akhir hayat b”
 ”Thank b.” sayu hatinya mendengar pengakuan Hakimi.
 Ayu memandang keluar tingkap. Dia sungguh bahagia bersama Hakimi. Ayu berdoa agar dia disatukan dengan Hakimi segera. Dia mahu hidup disamping Hakimi tidak kira susah atau senang.
 Sebelum ini Hakimi banyak kali becerita tentang ibunya dan ibunya tidak pernah menghalang hubungan mereka. Ayu Cuma merisaukan tentang ibu bapanya. Ibu bapa Ayu sangat cerewet mengenai pilihan anak-anaknya. Kakaknya yang sudah berusia 28 tahun juga masih belum berkahwin kerana pilihan kakaknya tidak pernah berkenan di hati ibu nya. Ibunya yang terlalu memilih. Keputusan ayahnya juga dipengaruhi ibunya sendiri.
 Ayu tidak faham dengan masalah ibunya. Ayu berharap hubungannya dengan Hakimi tidak mempunyai halangan. Hubungan selama tiga tahun bersama Hakimi dirahsiakan dari pengetahuan ibunya. Hakimi pernah bertemu dengan Hakimi. Tetapi mengaku sebagai kawan biasa.
 Lamunan Ayu terhenti tatkala Hakimi memberhentikan keretanya. Mereka sudah sampai di hadapan rumah Hakimi.

No comments:

Post a Comment