Wednesday, November 17, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 28

Bab 28

Matanya terasa silau dengan sinaran matahari yang memancar masuk ke segenap ruang biliknya. Tetapi suasana di bilik itu terasa begitu lain. Susunan perabotnya, warna dindingnya. Mahu sahaja dia berlari keluar dari tempat yang asing itu. Badannya terasa begitu lemah. Seluruh anggotanya seolah-olah lumpuh. Dia menggunakan segala kudrat yang ada. Badannya terasa sengal-sengal, lenguh, dan letih. Dia cuba mengingati apa yang telah berlaku sebelum ini tetapi mindanya seperti gagal untuk berfungsi lagi.

Matanya digerak-gerakkan ke arah sisi kanannya. Kelihatan seorang lelaki berambut panjang sedang membaca sebuah buku kecil yang dipegang ditangan lelaki itu sendiri. Dia kenal ayat-ayat suci yang dibaca lelaki itu. Lelaki itu seolah-olah dikenalinya. Tetapi agak berbeza sedikit dengan lelaki yang dikenalinya. Digagahi diriya untuk menggerakkan tangannya. Tangan yang selama ini tidak pernah terasa terbeban lehnya kini terasa begitu berat dan sukar dikendalikan.

Akhirnya tangannya berjaya digerakkan sedikit sekaligus menarik perhatian lelaki tersebut.

”Ayu! Alhamdulilah Ayu dah sedar.” raut wajah lelaki itu begitu ceria sekali meliat perubahan pada dirinya.

”Ayu? Haa? Aduh, sakitnya kepala aku ni.” hatinya berkata sendiri. Mulutnya bagaikan tidak lagi mampu bersuara seolah-olah terkunci. Lelaki itu pergi meninggalkan dirinya disitu. Tidak lama kemudian seorang jururawat dan seorang doktor masuk kebiliknya untuk memeriksa gadis itu.

”Encik Hakimi, akhirnya dia sedah sedar dari koma. Saya minta Encik Hakimi biarkan dia berehat. Buat masa ni fikirannya masih lagi terganggu dan dia perlukan masa untuk pulih sepenuhnya.” doktor itu menerangkan kepada lelaki itu. Setelah faham dengan kondisi gadis itu. Doktor pergi meninggalkan lelaki itu di situ.

Gadis itu mengamati wajah lelaki itu. ”Hakimi? Kenapa dia di sini?” Suaranya tidak mampu dikeluarkan. Segala keupayaannya seolah-olah hilang semenjak peristiwa yang memeritkan itu. Hatinya kembali sakit mengingatkan kembali peristiwa yang telah berlaku kepada dirinya.

”Mi..” akhirnya suara itu keluar juga dan Hakimi terus menuju ke arah Ayu. Kasihan hakimi melihat keadaan Ayu. Walaupun dia sudah sedar dari koma tetapi keadaan Ayu belum kembali pulih sepenuhnya. Sesungguhnya Hakimi begitu bersyukur dengan apa yang baru sahaja terjadi ini.

”Ayu..Doktor cakap Ayu kena berehat dulu. Jangan cakap apa-apa. Tenangkan fikiran Ayu dulu.” sayu sungguh hati Hakimi melihat keadaan Ayu. ”Tadi Mi dah call ibu dengan ayah Ayu. Sekejap lagi mereka sampai.”

Setelah Encik Othman dan Puan Maznah tiba di situ mereka terus meluru ke arah Ayu. Pipi Ayu dikucup Puan Maznah. Gembira hatinya melihat perkembangan baik dari Ayu. Hakimi hanya melihat dari jauh. Tidak mahu mengganggu kegembiraan orang tua Ayu. Kemudian Hakimi berlalu pergi dari situ dan dia menuju ke surau. Dia bersyukur dengan apa yang berlaku.

Setelah dua hari berlalu, Ayu sudah bertambah lebih sihat. Dia sudah boleh bergerak ke sana ke mari walaupun terpaksa dipapah oleh ibu atau bapanya. Kadangkala Hakimi yang akan mengambil alih tugas itu, tetapi Ayu sentiasa menolak pertolongan Hakimi. Dia rela menggunakan tongkat kerana kakinya tidak begitu kuat untuk berjalan, dan Hakimi pula akan sentiasa mengiringinya walaupun Ayu tidak membenarkan Hakimi membantunya.

Semenjak Ayu sedar dari koma, tiada siapa yang mahu bertanya apa yang berlaku kerana khuatir emosi akan terganggu. Emosi Ayu sudah pulih seperti sediakala dan sudah boleh kembali ketawa walaupun dari riak wajahnya dia menyembunyikan sesuatu. Hakimi merasakan sudah tiba masanya untuk bertanya apa yang telah berlaku. Masih terngiang-ngiang lagi ayat terakhir dari Ayu sebelum kemalangan. Ayu meminta pertolongan darinya tetapi Hakimi tidak sempat menolongnya dan akhirnya Ayu dijumpainya dalam keadaan yang menyedihkan.

”Ayu, makan epal ni.” Hakimi mula bersuara sambil meletakkan buah epal yang telah siap dipotong di hadapan Ayu. Senyuman sentiasa terukir di bibir Hakimi. Dia mahu Ayu gembira terus bersamanya. Ayu mengambil sepotong epal itu dan disuakan ke mulutnya. Melutnya kemudian mengunyah perlahan. ”Mi nak tanya sesuatu boleh?”

”Em, apa?” pandangan Ayu beralih ke arah luar tingkap melihat cahaya yang masuk dari tingkap kamar itu.

”Dah lama Mi tunggu Ayu kat sini. Sebelum Ayu jadi macam ni. Ayu ada call Mi. Ayu nak Mi tolong Ayu. Tolong apa Ayu?”

”Err.. Ayu.. Ayu dah lupa lah Mi. Malas lah nak ingat.” Ayu memandang Hakimi sambil tersenyum. Hakimi tahu Ayu Cuma berpura-pura. Senyuman yang terukir itu begitu pahit.

”Em..Takpelah, kalau Ayu dah sedia dan dah ingat balik. Dah hampir tiga minggu Mi tunggu Ayu. Mi boleh tunggu lagi bila Ayu dah betul-betul sedia. Mi akan sentiasa ada untuk Ayu susah dan senang Ayu, sedih dan gembira Ayu, sihat dan sakit Ayu. Ayu jangan lupa. Hati Mi masih sentiasa milik Ayu. Tak pernah Mi berikan pada orang lain.” Hakimi meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Memang benar dia tidak pernah menyerahkan hati itu kepada selain Ayu. Ayu termenung seketika.

Hakimi bangun dari kerusi yang terletak di sisi Ayu. Dia mahu berjalan-jalan mengambil angin di luar sebentar. Dia mahu Ayu bersendirian seketika. Mungkin dia telah mengusutkan kembali pemikiran Ayu. Menyesal pula bertanyakan soalan itu kepada Ayu. Hakimi benar-benar risau dengan apa yang telah terjadi kepada Ayu.

”Mi..” Ayu bersuara kembali sekaligus menghentikan langkah Hakimi. Hakimi merapati tubuh kecil Ayu.

”Kenapa Ayu?”

”Mi, dia tipu Ayu! Dia tipu Ayu, Mi!” esakan dari Ayu mula kedengaran. Tidak lama kemudian air mata Ayu mula gugur menuruni pipinya.

”Siapa tipu Ayu?” bertambah kerisauan di hati Hakimi melihat Ayu yang sudah mula menangis.

”Lelaki tu.” berat sungguh Ayu untuk menyebut nama lelaki yang telah menyakiti jiwa dan raganya itu. Kebencian terhadap lelaki itu mula menguasai diri Ayu. Sakit hatinya mengenangkan peristiwa yang telah berlaku. Hakimi mengerti lelaki yang dimaksudkan Ayu itu.

”Ayu, sabar ye. Cerita kat Mi satu-satu. Jangan sedih-sedih. Mi sentiasa ada di sisi Ayu.” Hakimi memujuk kemudian dia mula melabuhkan punggungnya di birai katil Ayu.

”Dia tinggalkan Ayu. Salah Ayu sebab percayakan dia. Ayu ingat dia betul-betul sayangkan Ayu. Rupa-rupanya muka Ayu ni sama macam bekas kekasih dia sebab tu dia pilih Ayu. Nama perempuan tu Balqis. Perempuan tu menetap dekat Mesir. Lepas perempuan tu bercerai dengan suami dia. Dia balik Malaysia kemudian dia cari Amran balik.

Selepas Amran jumpa dengan Balqis, Amran terus tinggalkan Ayu macam tu je. Sekarang diorang memang dah rancang nak kahwin lepas tunggu Balqis habis edah. Mungkin ini balasan Ayu sebab tinggalkan Mi dulu. Ayu menyesal Mi.” tanpa disedari Ayu kini sedang menangis dalam dakapan Hakimi. Hakimi hanya membiarkan Ayu memeluknya dan menumpahkan air mata di bahunya. Menangislah sepuas-puasnya Ayu. Hakimi akan sentiasa berada disisimu menemanimu sepanjang hidupnya.

Balqis? Hakimi teringat semula tentang seorang perempuan persis seperti Ayu yang ditemui berhampiran pejabatnya. Mungkin itulah orangnya. Hakimi tidak mahu menceritakan tentang Balqis yang pernah dijumpainya kepada Ayu. Hakimi akui Balqis sememangnya lebih cantik dan nampak lebih sempurna tetapi tiada bagi Hakimi, Ayu seorang gadis yang tiada pengganti. Kehadiran Ayu cukup menyempurnakan hidup Hakimi.

”Ayu jangan cakap macam tu. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Hidup memang macam tu Ayu. Sekejap kita dekat bawah, sekejap kita dekat atas. Yang penting kita kena tabah mengharunginya. Ayu kalau nak menangis. Menangis sepuas-puasnya sekarang. Mi taknak Ayu menangis lagi lepas ni. Yang pergi biarlah pergi.”

”Tapi dia dah janji Mi.”

”Janji apa Ayu?”

”Mi, sebenarnya..” kata-kata itu terhenti. Ayu melepaskan tangannya dari terus memeluk Hakimi. Hakimi masih menunggu Ayu menyambung bicaranya. ”Ayu, dah tak suci lagi Mi. Kami pernah terlanjur.” tangisan Ayu kini semakin kuat.

”Dia janji nak bertanggungjawab. Tapi ini balasan dia beri dekat Ayu. Ayu malu Mi.” Hakimi mula meraup wajahnya dan beristigfar berkali-kali. Sebuah keluhan berat dilepaskan.

”Ya Allah. Macam mana boleh jadi macam ni? Ayu tahu tak dosa berzina?” punggungnya terasa rimas berdekatan dengan Ayu dan Hakimi mula menjauhkan sedikit dirinya. Hakimi mundar mandir di dalam kamar itu.

”Ayu taknak. Tapi dia rogol Ayu dan Ayu terpaksa relakan juga akhirnya.Ayu menyesal Mi.”

Tiba-tiba pintu kamar itu dibuka dengan kasar. Encik Othman muncul disebalik pintu itu. Wajahnya kelihatan tenang dan terus menuju ke arah Ayu yang sedang teresak-esak di atas katil.

”Pang!” satu tamparan kuat hinggap di wajah Ayu membuatkan Ayu terbaring. Rupa-rupanya sedari tadi Encik Othman telah mendengar perbualan Hakimi dan Ayu. Hakimi terkejut dengan tindakan Encik Othman sebentar itu.

”Anak tak guna! Kau nak memalukan ayah je! Apa tak cukup didikan yang ayah beri? Ini balasan kebebasan yang ayah beri?” kemarahan Encik Othman begitu meluap-luap.

Encik Othman benar-benar marah kejutan yang tidak disangkanya itu. Tangannya kina mula diangkat lagi. Ayu mungkin akan dibelasah kali ini. Dengan pantas Hakimi menahannya.

”Sabar pakcik, sabar!” Hakimi menenangkan. ”Istigfar banyak-banyak.”

Encik Othman dibawa Hakimi untuk duduk di kerusi yang disediakan. Nafas Encik Othmanturun naik dengan laju. Hakimi mengusap belakang badan Encik Othman.

”Pakcik, sabar pakcik. Perkara dah jadi. Lelaki tu yang rogol Ayu. Bukan Ayu yang nak semua ni terjadi.”

”Kalau dia tak menggatal, takkan lelaki tu sanggup buat macam tu dekat dia.”

”Pakcik, perkara macam ni kita tak boleh duga. Syaitan ada di mana-mana untuk menghasut kita. Pakcik, semua orang buat silap pakcik. Ayu manusia biasa. Dia tak lari dari kesilapan itu.”

”Tapi kenapa kesilapan itu yang dia pilih!” matanya tajam memandang Ayu yang terbaring di katil.

Suasana di bilik itu menjadi tegang. Dengan keadaan Ayu yang terbaring sambil menangis, kemarahan yang meluap-luap Encik Othman. Hakimi bagaikan terperangkap dengan situasi ini. Dia juga tersilap kerana berbicara mengenai masalah Ayu di tempat itu. Mujur Puan Maznah tidak datang bersama. Jika tidak Hakimi juga akan pening kepala untuk menangani situasi ini.

”Pakcik, biar saya bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Izinkan saya mengahwini Ayu, pakcik.”

KU INGIN KAMU : BAB 27

Bab 27

”Saya tengok budak Hakimi tu macam okey.” Luah Encik Othman kepada isterinya.

”Depan je bang. Belakang kita, kita tak tahu macam mana. Abang tengok lah dia tu. Dah la kurus, cengkung, lepas tu saya tengok budak tu macam kusut je.”

”Anak kita yang buat dia jadi serabut macam tu.”

“Takkanlah anak kita pulak. Ayu tak pernah pula cerita apa-apa pasal Hakimi tu. Abang boleh percaya ke kata-kata perempuan tu? Saya tengok Hakimi tu pulak macam tak percaya. Orang macam tu ada bisnes besar?”

”Saya takdelah percaya kata-kata dia seratus peratus. Tapi cuba awak tengok betul-betul. Kalau dia menipu takkan dia mampu nak tanggung kos penginapan kita dekat hotel mewah ni?”

”Abang ni. Mana tahu dia berkomplot dengan kawan perempuan dia tu sengaja nak kita percayakan dia.” Puan Maznah mula menaruh syak wasangka.

”Nah, saya tak kisah pun kalau Hakimi tu kaya atau tidak. Yang penting dia boleh jaga Ayu. Saya nampak kesungguhan dia tadi. Dari mata dia saya nampak dia betul-betul sayangkan Ayu.”

“Dahlah bang, penat dah saya nak melayan abang. Tadi saya tengok abang yang bersungguh-sungguh tak suka budak tu. Ni abang pula yang membela dia.” Puan Maznah mencari sesuatu di dalam begnya. “Bang, kita solat dulu ya? Saya dah mengantuk nak tidur. Esok awal-awal pagi kita pergi sana ya?”

“Yelah. Tapi waktu pagi bukan kita perlu tunggu waktu melawat ke?”

”Kita ni ibu bapa dia. Mesti pihak hospital benarkan kita menjenguk anak kita tu. Budak Hakimi tu pun dibenarkan menjaga Ayu takkan kita ibu bapa dia tidak dibenarkan pula.”

Encik Othman penat melayan kerenah isterinya. Bagaikan undang-undang pula yang perlu mengikut katanya. Selepas mengambil wudhuk mereka solat isyak berjemaah. Setelah selesai mereka terus tidur. Perjalanan selama enam jam begitu meletihkan mereka. Walaupun Encik Othman risau memikirkan anaknya yang ditinggalkan bersama Hakimi tetapi kerisauan itu terbenam disebalik keletihan yang menyelubungi dirinya.



Sesudah sahaja bersarapan di hotel, pasangan suami isteri itu terus memandu ke Hospital Sultanah Aminah yang tidak jauh dari hotel tempat mereka menginap. Setelah berbincang dengan pihak hospital mereka dibenarkan untuk menjenguk Ayu. Sewaktu masuk ke wad Ayu, mereka terkejut melihat di penjuru bilik kelihatan seorang lelaki berambut panjang dan berkopiah sedang sujud di situ. Encik Othman tidak berkata apa-apa dan memberi isyarat senyap kepada Puan Maznah.

Sekali sekala terdengar bunyi esakan dari lelaki itu yang sedang sujud itu. Agak lama dia dalam keadaan itu. Setelah selesai solat lelaki itu terus berdoa. Doa yang agak panjang namun tidak difahami Encik Othman kerana di dalam bahasa arab. Namun dia tahu itu adalah bacaan doa untuk selepas mengerjakan solat hajat.

Hakimi bangun dan melipat sejadahnya. Dia terkejut dengan kehadiran orang tua Ayu di situ. Cepat-cepat dia menyeka air mata yang bergenang di matanya yang kelihatan merah itu dan terus bersalaman dengan mereka.

”Pakcik, Makcik, lama sampai?”

”Kami lebih sihat kalau melihat anak kami ni sembuh dan tidak terus terbaring di sini.” Encik Otman menjawab.

”Mak cik pun macam tu juga.” Puan Maznah menambah.

“Macam mana malam tadi? Selesa dengan hotel yang Lina hantarkan tu?” Hakimi bertanya lagi sekadar berbasa basi.

“Alhamdulilah. Buat susah kamu saja. Sudah lebih dari selesa.” Encik Othman akan berada di Johor Bahru sehingga Ayu benar-benar sembuh. Tidak sanggup rasanya hendak menyusahkan Hakimi. Bayaran di hotel itu bukannya murah. “Hakimi. Kamu lelaki. Tak perlu ditangisi dengan apa yang berlaku. Kamu kena redha dengan apa yang berlaku.Insya Allah Ayu akan sembuh.”

Encik Othman juga terharu dengan keikhlasan Hakimi dan mungkin dia akan dapat menerima Hakimi. Puan Maznah tiba-tiba menyiku suaminya itu apabila dia berkata begitu kepada Hakimi. Dia tidak begitu suka dengan sikap suaminya yang tiba-tiba begitu baik dengan orang yang baru dikenalinya. Puan Maznah cuma risau jika Hakimi itu berpura-pura sahaja sekadar mahu mengambil hati orang tua gadis yang disukainya.

”Insya Allah. Saya buat apa yang saya mampu je pak cik.” Hakimi tersenyum hambar. “Pakcik dengan Makcik dah sarapan? Malam tadi saya ada beli roti untuk buat sarapan dekat sini.” Hakimi mengeluarkan sebungkus roti dan diletakkan di hadapan mereka.

”Kami dah sarapan dekat hotel tadi. Ni kenapa plastik pun tak buka lagi? Kamu tak sarapan lagi?”

”Nantilah saya sarapan. Belum ada selera lagi pakcik.”

Hakimi lega kerana hubungannya dengan Encik Othman bertambah mesra. Khuatir Encik Othman akan terus mempersalahkan dirinya terus dan memperkecil-kecilkan dirinya. Kini Hakimi dan ibu bapa Ayu bergilir-gilir menjaga Ayu.

”Hakimi, pakcik tengok kamu asyik disini menjaga Ayu. Bila masa kamu bekerja?” Encik Othman hairan bagaimana Hakimi punya begitu banyak masa untuk menemani Ayu. Sudah hampir seminggu Hakimi bergili-gilir dengannya menjaga Ayu.

”Saya minta partner saya handle semua kerja saya. Sebelum ni dia lebih kepada rakan kongsi lelap. Bila Ayu dah macam ni saya minta tolong dia uruskan. Saya ada cakap dengan Lina bantu partner saya tu. Sebab dia pun tak berapa mahir sangat.”

”Oh, macam tu. Kerja semua sekarang ni okey?”

”Alhamdulilah pakcik. Masih stabil. Semua tu datang dari Allah jugak. Saya terima apa yang dia nak bagi.”

Pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Hakimi dan Encik Othman memandang ke arah pintu. Encik Ismail dan Puan Rahimah muncul di muka pintu itu. Lantas Hakimi terus bersalaman dan Hakimi terus memperkenalkan ibu bapanya dengan Encik Othman dan Puan Maznah. Mereka bersalam-salaman.

Hakimi gembira dapat menemukan kedua keluarga itu. Puan Rahimah mengusap ubun-ubun kepala Ayu. Kasihan melihat musibah yang dihadapi gadis itu. Wajahnya pucat dan badannya semakin kurus. Encik Ismail dan Puan Rahimah kemudian bertanya mengenai perkembangan kesihatan Ayu. Namun tiada yang mampu memberi jawapan untuk persoalan itu. Mereka kermudiannya beralih kepada topik lain dan berbual mengenai perkara yang diluar dari kesedihan ini.

Kelihatan seperti tiada sebarang masalah diantara mereka. Masih dapat bergurau senda pada pertama kali berjumpa walaupun suasana di situ tidak begitu sesuai. Nasib baik mereka memilih untuk berbual diluar kerana khuatir menganggu Ayu yang sedang berehat untuk jangka masa yang lama. Puan Maznah pula baru tahu yang Ayu sebelum ini memang rapat dengan keluarga Hakimi sebelum mereka membawa haluan masing-masing.

Setelah habis waktu melawat Encik Ismail dan Puan Rahimah meminta diri untuk pulang dan Hakimi juga meminta diri untuk pulang bersama ibu dan bapanya. Hakimi juga berjanji akan datang pada sebelah malam iaitu selepas Isyak untuk mengganti giliran menjaga Ayu. Hospital itu sudah seperti rumah kedua Hakimi. Dia tidak kisah berulang alik dan bersusah payah untuk Ayu. Dia hanya berharap agar orang yang dicintainya itu terus sihat walaupun dia tahu Ayu tidak akan menerimanya lagi.

” Biarlah aku mencurahkannya tanpa sebarang balasan kerana cinta itu tidak semestinya memiliki.” luah hati Hakimi sendiri.

KU INGIN KAMU : BAB 26

Bab 26

Suasana di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dipenuhi dengan manusia yang ke ulu hilir dengan urusan masing-masing. Puan Rahimahkini berada di kedai serbanek di tingkat bawah membeli dua botol air mineral dan sepeket biskut untuk dia dan Hakimi yang kini berada di dewan bedah.

Puan Rahimah sentiasa berdoa agar segalanya berjalan dengan selamat dan diharapkan tiada kehilangan jiwa yang dilaaporkan. Kasihan Puan Rahimah melihat keadaan Hakimi.

Setelah membayar harga makanan, Puan Rahimah kembali menuju ke dewan bedah. Hakimi sedang berada di ruangan menunggu. Wajahnya kusut sahaja. Puan Rahimah menghulurkan sebotol air dan bungkusan biskut kepada Hakimi.

”Mi, makan dulu. Dari tadi Mi tak makan lagi kan?” Hakimi menyambut makanan dan minuman yang dihulur Puan Rahimah. ”Banyakkan beerdoaa untuk dia. Semoga dia selamat. Doktor sedang berusaha sedaya upaya. Kita di sini berusaha dengan doa kita. Takdir boleh diubah jika kita rjin berdoa. Segala yang berlaku ni ada hikmah.”

”Ibu. Semua salah Mi. Mi tak jaga dia betul-betul. Tengok apa yang dah jadi.” Rambut Hakimi begitu kusut dan matanya digenangi air.

”Jangan salahkan diri sendiri. Dia yang pilih jalan tu.”

Dua jam lepas Hakimi dikejutkan dengan sebuah panggilan dari anggota polis. Hakimi merupakan orang terakhir yang dihubungi mangsa setelah pihak polis gagal menghubungi keluarga mangsa. Sebuah kereta Perodua Viva dilaporkan terbabit dalam kemalangan. Kereta itu merempuh sebuah lori treler yang diletakkan di tepi jalan berhampiran selekoh. Pemaandu yang keluar dari selekoh itu dikatakan terus merempuh lori treler tersebut apabila keluar dari selekoh tersebut.

Bahagian hadapan kereta remuk teruk dan mangsa yang cedera parah itu dan dikatakan masih bernafas terus dibawa ke hospital. Setelah mendengar berita itu Hakimi berkejar ke hospital bersama Puan Rahimah. Ayu! Bertahanlah! Hakimi akan sentiasa ada di sisimu walau apa yang berlaku.

Setelah mengerjakan solat hajat di surau hospital itu Hakimi kembali menuju ke tempat menunggu tadi. Jururawat memaklumkan pembedahan berjalan lancar namun Ayu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ibu bapa Ayu juga sudah dihubungi Hakimi. Tetapi mungkin mengambil masa lima atau enam jam lagi untuk sampai dari Ipoh, Perak.

Hakimi juga telah meminta agar Ayu dipindahkan ke wad kelas satu. Agar lebih selesa. Melihat keadaan Ayu yang berselirat dengan pelbagai wayar membuat hati Hakimi lebih sayu. Kepalanya berbalut akibat termasuk serpihan kaca di kepalanya. Tulang peha dan tulang tangan Ayu retak. Akibat dari kemalangan itu Ayu disahkan koma oleh doktor yang merawatnya.

”Ayu, maafkan Mi. Mi tak dapat jaga Ayu dengan baik selama Ayu dekat sini. Mi biar Ayu pergi meninggalkan Mi. Semuanya salah Mi.” Hakimi merintih sendiri.

Hakimi meminta kebenaran pihak hospital untuk menjaga Ayu di situ sehingga Ayu sembuh. Puan Rahimah diambil oleh Akma untuk pulang ke rumah. Joe dihubungi Hakimi agar menguruskan kerjanya sewaktu ketiadaannya.

”Aku nak jaga Ayu. Dia perlukan aku sekarang.”

”Lu gila apa? Perempuan tu tak pernah hargai lu langsung pun lu nak buat baik dengan dia. Balak poyo dia mana? Dah mampus?”

”Joe. Please faham keadaan aku. Aku minta tolong sangat-sangat. Ayu pindah JB pun sebab aku dulu. Aku kena bertanggungjawab sepanjang dia kat sini.”

”Weyh gila.. Tanggungjawab lu dah serah kat blak poyo dia tu. Lu dah takde kena mengena dengan dia.”

”Mamat tu pun aku tak nampak. Lantak dia lah. Please Joe. Tolong aku.” Hakimi merayu kepada Joe melalui telefon.

”Yelah! Nanti gua ngorat Lina lu jangan marah la bro.” Joe berseloroh. Dalam keadaan ini dia masih mahu melawak.

”Suka hati kau lah. Thanks.”

Tidak lama kemudian, muncul sepasang suami isteri umur lingkungan lewat 50an. Hakimi kenal mereka tetapi tidak pasti mereka mengenali Hakimi.

”Awak siapa?” soal lelaki itu. Lelaki itu bernama Encik Othman. Bapa Ayu. Dia pernah berjumpa dengan lelaki itu tetapi lelaki itu mungkin tidak mengingatinya

”Macam mana awak boleh ada di sini?” Puan Maznah, ibu Ayu pula bertanya. Mereka bagaikan tidak senang dengan kehadiran Hakimi di situ.

”Saya Hakimi, kawan Ayu, tadi polis call saya beritahu pasal Ayu. Tadi saya yang beritahu pakcik dan makcik yang Ayu kemalangan.Pakcik, Makcik, Izinkan saya menjaga Ayu sehingga dia sembuh.”

”Kamu bukan suami dia buat apa nak menyusahkan diri di sini? Nanti saya nak pindahkan Ayu ke Ipoh. Senang kami nak menjaga dia. Kamu pula tak perlu nak menyibuk lagi. Tengok apa kamu dah buat dekat dia.” Encik Othman sudah mula marah. Dia sendiri tidak tahu menahu apa sebenarnya yang terjadi pada Ayu.

”Pakcik, Makcik, saya dah lama menaruh hati dengan Ayu..” Hakimi mula menceritakan segala-segalanya yang terjadi antaranya dan Ayu sehinggalah kejadian hingga ke hari ini.

Encik Othman baagaikan tidak dapat menerima apa yang telah terjadi terhadap anaknya itu. Kehadiran Hakimi pula semakin disalahkannya. Hakimi juga dipersalahkan menyebabkan Ayu berpindah ke Johor Bahru. Jika Ayu terus tinggal bersama ibu bapanya pasti kejadian ini tidak berlaku.

”Kamu tengok sendiri diri kamu. Tak terurus macam pengih ada hati nak menjaga Ayu? Aku takkan serahkan anak aku dengan lelaki takde masa depan macam kamu.” bapa Ayu tetap berkeras tidak mahu menyerahkan anaknya kepada Hakimi.

”Saya macam ni pun sebab Ayu. Saya kecewa sangat pakcik.. Saya minta maaf tak dapat jaga Ayu dengan baik”

”Kamu siapa nak jaga anak aku? Kamu takde apa-apa ikatan langsung. Aku takkan serahkan anak aku kepada lelaki macam kamu.”

Pintu bilik terbuka dan muncul seorang lagi tetamu. ” Mi, Ayu macam mana?”

”Ayu still tak sedarkan diri lagi, Lina.” Hakimi menjawab. Mukanya kelihatan sangat sedih.

”Ni siapa pula pelakon yang kamu bawa ni?” Puan Maznah pula bersuara.

”Saya Lina. Saya pekerja di syarikat Hakimi.”

Lina turut sama menjelaskan situasi di situ. Hakimi hanya berdiam diri. Kepalanya semakin kusut dengan kehadiran ibu dan bapa Ayu. Barulah Encik Othman sedikit mengerti dengan situasi yang berlaku. Lina turut memuji kesetiaan Ayu selama ini. Segala tentang diri Hakimi diceritakan kepadanya. Dari segi kehidupan, personaliti, kerjaya dan termasuk mengenai keluarga Hakimi.

”Pak cik. Saya nak minta izin untuk berkahwin dengan Ayu. Dah setahun setengah saya tunggu untuk berjumpa dengan pak cik. Tapi sekarang ni saya dah taknak bertangguh lagi. Saya ikhlas dengan Ayu. Saya sanggup terima Ayu seadanya.”

Semua yang berada di situ terdiam secara tiba-tiba apabila mendengar pertuturan dari Hakimi itu. Encik Othman mendiamkan diri sebentar.

”Pakcik rasa lebih baik tunggu Ayu sedar dahulu. Pak cik minta maaf, Hakimi, sebab menghina kamu tadi.”

”Saya tak kisah pak cik. Dari kecil lagi saya selalu dihina, diejek dan dipersendakan. Saya tak ambil hati pun.” Hakimi menunduk di sisi Ayu. ”Pakcik, biar saya jaga Ayu ya? Pak cik berehatlah dulu. Nanti saya arrange tempat tinggal untuk pakcik.”

”Baiklah. Pakcik beri kepercayaan kepada kamu kali ini sahaja. Gunakan sebaiknya.”

”Lina, nanti uruskan hotel untuk ibu dan ayah Ayu untuk tinggal. Guna duit Lina dulu. Nanti claim kat Mi.” Hakimi berbisik mengarah Lina agar membawa Encik Othman dan Puan Maznah menginap di hotel berhampiran.

Hakimi berasa lega kerana sudah diberi kepercayaan oleh Encik Othman dan Puan Maznah. Dia perlu memberi tumpuan kepada Ayu. Ayu dalam kesusahan. Dia perlu menjaganya. Hakimi mengusap lembut rambut Ayu. Menitis air matanya melihat keadaan Ayu. Dimana agaknya pengganti diri Hakimi yang dipilih Ayu dahulu?

KU INGIN KAMU : BAB 25

Bab 25

”Ya Allah, apa makna semua ini? Kenapa sejak akhir-akhir semakin teruk?” Hakimi mengeluh sendiri. Dadanya berombak kencang. Peluh mula menitik di dahinya. Semakin lama semakin kerap dia terjaga pada tengah malam. Hidupnya bagaikan di buru sesuatu yang tidak diketahui sebabnya. Pada siang hari pula dia akan sentiasa terfikir mengenainya.

Hakimi melihat jam. Sudah pukul 2.30 pagi. Bukannya dia tidur dalam keadaan tidak bersih. Sebelum tidur Hakimi akan memastikannya dia dalam keadaan berwudhuk dan sebelum melelapkan matanya zikir akan sentiasa meniti di bibirnya sehingga terlelap. Adakah syaitan yang membuatkannya gelisah semenjak akhir-akhir ini? Hakimi semakin bingung.

Hakimi cuba bertahan untuk cuba tidak memperdulikan semua itu. Biarlah ia berlalu pergi dimamah masa. Hanya pada Allah diluahkan segala perasaannya. Al-Quran pula penemannya setiap hari yang mampu memberi kelegaan pada jiwanya yang sentiasa tertekan. Mungkin Hakimi akan hilang kewarasannya jika hatinya jauh dari Yang Maha Kuasa.

Fikirannya cuba dialihkan kepada kerja, mencuba untuk tidak memikirkan perasaannya. Hakimi berharap agar Ayu dilindungi Allah dari perkara-perkara yang tidak baik. Jika berlaku sesuatu terhadap Ayu, Hakimi pasti tidak akan memaafkan dirinya. Kerana apa yang berlaku pasti disebabkan olehnya.

Hakimi masih ingat pertemuannya dengan Balqis bulan lepas. Peristiwa itu sudah cukup membuatnya kembali gila. Setelah itu, mimpi-mipi dari Ayu pula menghantui dirinya. Dirinya semakin terseksa. Tidak mampu Hakimi meluahkan perasaan itu. Jika diluah air matanya mampu tumpah sekali lagi.

Lega apabila kedua orang tuanya sudah selamat kembali pulang. Di rumah Hakimi akan menyibukkan diri bersama keluarga. Apabila di pejabat, Hakimi akan menyibukkan dengan pelbagai kerja. Pada waktu terluang, Lina yang akan mengisi ruang kosongnya.

”Happy birthday Lina!”

”Mi, terkejut Lina. Thanks ya?” Hakimi muncul dari belakangnya sambil membawa sebuah kek.

”Sama-sama Lina comel! Lama dah Mi tunggu nak buat ni dekat bestfriend Mi yang paling Mi sayang.”

”Sayang macam mana tu?”

Hakimi tidak menjawab sebaliknya meletakkan kek itu di atas meja Lina dan meminta Lina meniup api lilin bernombor 23 di atas kek itu. Kemudian Hakimi memanggil pekerja lain untuk meraikannya. Hakimi merancangnya sendiri tanpa melibatkan pekerjanya. Lina memang istimewa di hatinya. Walaupun bukan cinta. Tetapi kasih sayang yang Hakimi sendiri akan memastikan bahawa kasihnya hanya sebagai seorang kawan.

Lina kadangkala tidak mengerti dengan sikap Hakimi. Adakah Hakimi memberikannya harapan atau sekadar mahu mengambil hatinya sebagai teman? Ada masa tertentu Hakimi akan menjadi begitu romantis dengannya dan sifat Hakimi seperti itu menambah bunga harapan di dalam hatinya. Hakimi seolah-olah memberinya harapan walhal Hakimi sebenarnya tidak bermaksud begitu.

”Ni pula hadiah untuk Lina okey?”

”Ada hadiah lagi? Susah-susah Mi je buat semua ni.” sebuah kotak berwarna biru terikat reben berwarna silver pada kotak itu.

”Taklah susah sangat. Jangan buka sekarang ya? Tunggu nanti waktu takde orang Lina buka ya? Segan nanti orang tengok.”

”Okey boss.” senyuman manja Lina terukir di bibirnya. ”Mi, yang ini untuk Mi sebab susah payah untuk Lina.” Lina mengambil sedikit cebisan dari sepotong kek menggunakan sudu dan disuakan ke mulut Hakimi. Hakimi tidak dapat menolaknya lagi. Kemudian kek disuap ke mulut Hakimi lalu pekerja yang lain bertepuk tangan. Bagaikan melihat sepasang kekasih bermanja di televisyen.

Setelah meraikannya para pekerja lain kembali meneruskan pekerjaan mereka. Senyap-senyap Lina membuka kotak berwarna biru itu. Di dalamnya terdapat sepasang baju kurung biru dan sehelai tudung berwarna biru muda. Sangat cantik. Lina menyimpan hadiah dari Hakimi itu ke dalam laci mejanya.

”Mi.terima kasih sangat-sangat. Mi buat Lina happy sangat hari ini. Hadiah tu pun cantik sangat. Macam nak Lina bertudung je?” Lina bersuara sebaik sahaja masuk ke bilik Hakimi. Raut wajahnya begitu ceria. Kejutan sambutan hari lahir ke dua puluh tiga ini pertama kali untuk dirinya dari Hakimi. Kebiasaannya kejutan seperti ini mempunyai makna tersirat dari hati si pemberi.

”Em. Terpulang kat Lina.” Hakimi tersenyum kelat. Hadiah itu mempunyai kenangan tersendiri yang membuatkan hatinya sungguh sayu.

Dahulu, awal-awal lagi Hakimi sudah membeli sepasang baju kurung biru dengan niat untuk diberi kepada Ayu untuk dipakai pada majlis pertunangan mereka. Warna kegemaran Ayu itu sedikit sebanyak mempengaruhi hidup Hakimi. Jika kurung biru itu disarung ke tubuh Ayu pasti begitu cantik. Ayu seorang gadis yang cantik, comel, matanya adakalanya nampak begitu bulat walaupun kelihatan agak garang begitu memikat Hakimi. Ketinggian sederhana seperti gadis-gadis lain ditambah pula aset pipi yang comel membuat terasa mahu dipeluk gadis itu sepuas-puas hatinya. Perkara yang paling Hakimi menyukai tentang Ayu ialah Ayu kebiasaannya akan berkelakuan macho seolah-olah lelaki tetapi sebenarnya Ayu sangat manja. Adakah Ayu akan menjadi miliknya? Ayu pula sudah hilang entah ke mana. Belumpun sempat untuk dipinang Ayu sudah disambar orang lain. Harapannya terkubur begitu sahaja.

Wajahnya ditekup perlahan. Bayangan Ayu semakin menghantuinya. Sudah lama peristiwa itu berlaku tetapi Hakimi masih tidak dapat menangkis perasaannya terhadap Ayu dari terus menguasai dirinya. Ayu. Hakimi mengaku sekarang, Hakimi memang tidak dapat melupakan Ayu. Hakimi rindukan segala-galanya tentang Ayu. Hakimi masih cintakan Ayu! Matanya mula digenangi air.

”Mi, kenapa ni?” sedari tadi Lina memerhatikan Hakimi mula termenung sendiri dan wajah hakimi turut berubah tiba-tiba lantas Lina terus menegurnya.

”Huh?” Hakimi tersentak dengan pertanyaan Lina. Lina mengangkat-angkat keningnya meminta kepastian. ”Eh. Sorry Lina. Lina. Mi nak bersendirian dulu ya?”

Tiba-tiba sahaja emosi Hakimi terganggu. Lina kemudian meminta diri setelah Hakimi meminta mahu ditinggalkan bersendirian. Hakimi membuka tingkap di biliknya. Pendingin hawa dimatikan sebentar. Rokok di bibirnya kemudian dinyalakan. Kelegaan sementara ini memang melegakan dirinya.

Hari ini kerja di atas mejanya dibiarkan sahaja. Kepalanya menerawang sebentar dibawa asap rokok yang dihembus keluar dari paru-parunya. Sudah jam 11 pagi dan Hakimi sudah terlalu bosan dengan situasinya sekarang. Rokok itu dihabiskan segera dan Hakimi mencapai beg galasnya dan terus keluar dari biliknya. Hakimi fikir lebih dia berehat di rumah sahaja. Sebelum keluar dari pejabatnya Hakimi singgah sebentar ke ruang kerja Lina.

”Lina, Mi nak balik dulu. Kalau ada masalah ke apa yang berkaitan call Mi.” Hakimi terus berlalu pergi tanpa menunggu balasan dari Lina. Lina dibiarkan terpinga-pinga sendirian di situ.

BMW 525i berwarna biru gelap diletakkan di belakang Isuzu D-Max hitam milik Hakimi. Garaj rumahnya sudah penuh dengan dua buah kereta. Kereta Encik Ismail memang diletakkan di garaj dan jarang digunakan dan sebuah lagi kereta Perodua Myvi berwarna perak milik Akma sudah memenuhkan ruang garaj di hadapan rumah Hakimi.

”Awal balik?” Soal Puan Rahimah saat Hakimi muncul di hadapan rumah setelah salam diberikan.

”Pening kepala la bu.” Hakimi meletakkan beg galasnya di sofa. Kelihatan Luqman sedang bermain lego bersama Mal. Terus Hakimi menuju ke arah Luqman lalu Luqman dipeluk dan dicium. ”Luqman! Sayang dia! Main apa ni?”

Luqman meronta-ronta minta dilepaskan. Rimas diperlakukan sebegitu. Sengaja Hakimi tidak mahu melepaskannya.

”Abang Mi, lepaskan lah Luqman tu. Dari budak-budak sampai dah tua masih nak menyakat orang je.” Akma menegur Hakimi. Memang benar perangai Hakimi yang suka menyakat orang tidak pernah berubah. Entah bagaimana pula nasib anaknya nanti.

Puan Rahimah turut menegur perangai Hakimi itu. Setelah Hakimi bosan mendengar bebelan Puan Rahimah dan Akma, Hakimi melepaskan Luqman dan terus berlalu ke tingkat atas. Katil sudah terbayang di kepalanya. Kemejanya dibuka dan digantikan dengan sehelai singlet berwarna hitam. Badannya dihempas ke atas katil. Bantal pula dipeluk sekuat hatinya.

Sedang Hakimi menikmati keselesaaan di katilnya bersama bantal-bantal peluknya, telefon bimbitnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Nama Ayu menari-nari di skrin telefon bimbitnya. Lama sudah gadis itu tidak dihubunginya. Terus sahaja Hakimi menjawabnya.

”Assalamualaikum, ye Ayu?”

”Mi, tolong Ayu.” tiba-tiba talian terputus. Namun apabila Hakimi cuba menghubunginya kembali panggilannya hanya dijawab operator sahaja. Pelbagai persoalan bermain di mindanya.

KU INGIN KAMU : BAB 24

Bab 24

Suasana di pejabat Empayar Megah kelihatan kelam kabut dengan pekerja yang mundar mandir dengan wajah berpura-pura sibuk. Sudah dua hari tidak masuk ke pejabat membuatkan semuanya duduk bersantai tanpa kawalan. Hari ini lain pula ceritanya, semenjak jam 10 pagi Joe datang ke pejabat membuatkan semua pekerja kelam kabut. Pada mulanya riuh rendah dengan pelbagai gosip dan cerita sesame sendiri. Tatkala Joe muncul di muka pintu pejabat membuatkan suasana kembali senyap dan mereka terus menyambung kerja.

“Tadi masa kat bawah gua dengar macam bising. Tapi sampai atas senyap pula?” Joe bertanya kepada Nilam, salah seorang pekerjanya.

“Taklah Encik Joe. Kitorang tadi memang tengah kerja. Salah dengar kot?”

“Ye kot. Tapi kenapa gua tengok skrin computer tu macam kosong je?”

“Sorry Encik Joe.” Nilam tersenyum sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal kerana diperli Joe.

“Lain kali kena pandai sikit nak cover. Kan dah kantoi.” Joe mangambil sebatang pensel dan terus mengetuk perlahan tangan Nilam. “Syafiq ada datang sini bagi borang untuk claim subkontraktor?”

“Dia tak datang pun. Nanti saya call dia lagi.”

“Okey. Tapi kerja lu sekarang buatkan gua air milo panas denda untuk lu orang yang kuat main. Nasib baik lu orang ni dapat boss macam gua dengan Hakimi.” Joe berlalu pergi ke meja pekerja lain kemudian menggunakan pensel tadi dan mencucuk-cucuk bahu pekerja-pekerjanya sebagai hukuman kerena tidak menjalankan kerja dengan sepatutnya. Lima pekerja perempuan dikenakan hukuman yang sama. Mujur seorang sahaja yang terselamat dari hukuman manja Joe kerana seorang sahaja lelaki di tempat itu. Spesis yang terpelihara di situ.

Kemudian Joe berlalu masuk ke dalam bilik Hakimi. Memang dia berkongsi ruang kerja dengan Hakimi memandangkan dia jarang berada di situ. Joe berbaring di sofa sambil membelek-belek katalog pembekal yang dibawanya. Tidak lama kemudian Hakimi muncul di muka pintu.

“Woi! Tidur kau ya?” Hakimi menjerit sedikit lalu tersenyum.

“Cibai lu. Tidur la sangat. Gua tengah tengok katalog untuk supplier ready mix concrete kat Seremban.”

“Alasan je. Macam aku tak kenaal kau.”

“Lantak lu lah. Semalam lu cakap pergi Seremban balik hari. Ni tetiba je sampai dua hari. Lepas tu bawak QS kesayangan gua yang cun pulak tu.” QS, singkatan kepada Quantity Survey. Jawatan yang dipegang Lina di dalam syarikat mereka.

“Biarlah aku bawak Lina makan angin sekali sekala. Dapat jugak dia jumpa parents dia semalam.”

“Jumpa bakal mertua la tu.”

“Otak kau. Alang-alang sampai Seremban aku hantar dia balik. Semalam aku ingat nak tidur kat hotel je. Lepas dinner kat rumah dia tak pasal-pasal aku kena tidur sana. Segan gila aku.”

“Mana tau lepas ni lu kawin dengan dia. Selalu la tidur sana lepas ni.” Joe tergelak sendiri.

“Aku still tunggu Ayu beb. Selagi dia tak dengar dia cakpa dia dah kahwin aku terus tunggu. Aku sayang dia. Dia lain beb.”

“Lu bodoh ke apa? Orang dah tak nak lu sibuk nak tunggu. Yang depan mata, lu biar je. Gua rasa Lina suka lu la. Dia okey apa? Cantik pun cantik. Baik pun baik. Kalau gua jadi lu dah lama gua kahwin dengan dia. Tapi kalau lu tak nak boleh kasi gua.”

“Kau nak kau ambil. Tapi aku tak nak dia terluka sebab kau tu awek keliling pinggang. Silap haribulan Lina ke mana, awek yang lain tak terjaga.Lina tu aku anggap best friend aku. Sama macam kau.”

“Tapi dia suka lu. Takkan dia nak kat gua pulak. Lu dah bagi kan? Tak boleh ambik balik.”

“Kau nak jaga elok-elok. Jangan buat perangai dengan dia.”

“Confirm? Nanti gua ayat manis-manis lepas tu dapat terus gua ajak dia kahwin.”

“Mi, baguslah perangai Mi macam tu.” Belum sempat Hakimi menjawab pertanyaan Joe, Lina yang tiba-tiba muncul di situ terus bersuara. Lama sudah dia mendengar perbualan mereka. Hakimi dan Joe terus menoleh terperanjat Lina yang tiba-tiba muncul. “Mi buat Lina macam murah sangat je kan? Boleh main bagi kat orang?”

“Lina, sorry.. Mi tak bermaksud macam tu.” Lina terus berlalu pergi meninggalkan bilik Hakimi. Joe yang sedari tadi kelihatan gembira terus terdiam.

Lina terus berlalu ke pantri untuk membuat air. Wajahnya kelat. Tersinggung dengan perbualan kedua majikannya. Hakimi menghampiri Lina.

“Lina.. Sorry.. Mi bukan sengaja nak buat macam tu. Ye Mi mengaku memang Mi sayangkan Lina. Tapi Mi tau kita takkan bersama.”

Lina terus mendiamkan diri dan menyambung membuat air. Hakimi juga bagaikan terus kehilangan kata-kata. Hati Hakimi berbelah bagi. Dia telah terlepas cakap tanpa memikirkan perasaan Lina. Selesai membuat air Lina terus keluar dari situ menuju ke mejanya.

“Lina.. Sorry.. By the way.. Thanks buat Mi selalu happy.” Agak kuat Hakimi bersuara kerana jaraknya dengan Lina sudah agak jauh. Lina masih terus mendiamkan diri. Namun pekerja lain yang terdengar terus berbisik sesama sendiri.

“Apa nak jadi dengan manusia ni. Sibuk sangat nak ambil tahu hal orang lain.” Hakimi bersuara di dalam hati melihat kerenah pekerjanya yang lain. Hakimi terus masuk ke biliknya. Joe kelihatan tersenyum-senyum melihat Hakimi.

“Kau punya pasal la ni Joe.” Hakimi bersuara dan terus duduk bersandar di kerusinya.

“Gua yang kena? Lu kalau suka cakap suka. Hargai apa yang ada depan mata.”

“Entahlah. Aku dah tak faham dengan diri aku ni. Ah, biarlah. Malas aku nak fikir.”

“Tapi sekarang kau fikir benda ni.” Joe meletakkan katalog-katalog pembekal di atas meja Hakimi. “Ni kau hantar kat main contractor. Kau pilih-pilih dulu mana yang okey. Cepat sikit. Nanti diorang nak submit dekat Jabatan Kerja Raya. Nak buat Mock Up.”

“Gua chow dulu.Petang sikit gua datang balik. Gua nak pergi Masai. Ada hal sikit.” Joe terus memakai cermin mata hitam hitamnya dan terus keluar dari situ.

Sebelum keluar sempat juga Joe memandang Lina sambil mengangkat tangan menunjukkan simbol peace lalu tersenyum. Kemudian Joe turun ke tingkat bawah dan terus menuju ke kereta Honda Accord miliknya. Cermin tingkap diturunkan lalu rokok yang tergantung di bibirnya dinyalakan. Setelah itu baru Joe memulakan perjalanannya.

”Apa lah kau Mi, perempuan stok baik macam tu pun kau tak nak. Kalau Lina tu nak kat aku memang aku terus sambar je.” Joe berbicara sendiri.



Kebiasaannya pada waktu tengah hari pasti Lina akan datang ke bilik Hakimi untuk mengajaknya makan tengah hari. Tapi hari ini lain pula. Tiada lagi kelibatnya yang akan menyergah ke bilik Hakimi sambil tersenyum. Masih merajuk agaknya. Lantas Hakimi mengambil keputusan untuk mengajak Lina sendiri. Sewaktu Hakimi keluar dari biliknya kelihatan tiada pula kelibat Lina di situ. Lantas Hakimi mengambil keputusan untuk tidak keluar makan memandangkan Lina tidak akan menemaninya. Hakimi berbaring di sofa sahaja. Matanya terasa mahu dilelapkan sebentar. Tiba-tiba seseorang masuk ke biliknya tanpa mengetuk atau memberi salam. Hakimi tersenyum.

”Lina tak keluar makan ke?”

”Tak.” jawabnya ringkas. Tiada riak ceria diwajahnya yang selalu diukir senyuman ketika bersama Hakimi.

”Tadi Mi nak ajak Lina keluar makan tapi tengok Lina takde pulak kat tempat Lina. Ingatkan keluar makan dengan staf lain.”

”Taklah. Lina pergi toilet tadi. Sakit perut. Lina period ni. Baru je kena.”

”Oh. Mana tau merajuk lepas tu tak nak makan free dengan Mi.” Hakimi tersenyum.

”Mana ada merajuk. Nak makan free tapi takde selera dah. Esok la ye?”

”Mi kena belanja la kan?”

”Mesti la. Mi kan bos. Bos banyak duit. Lagipun tadi Mi cakap Mi sayang Lina. Kena la belanja.Kan kan kan?” Senyuman mula terukir di bibir Lina walaupun mukanya kelihatan sedang menahan kesakitan.

”Sekarang Lina ikut Mi. Mi nak belanja ubat. Kita pergi farmasi ye?” tangan Lina ditarik Hakimi dan mereka berdua keluar mencari ubat di farmasi.

Hakimi tidak mengerti adakah dia sudah menyayangi Lina? Adakah Hakimi sudah membuka hatinya untuk Lina? Persoalan itu bermain di fikirannya. Kadangkala perasaan ganjil yang pernah menyelubunginya ketika bersama Ayu dahulu datang apabila Hakimi bersama Lina . Cepat-cepat Hakimi menidakkannya dan tidak terus melayan perasaan itu. Hakimi tidak akan mengingkari kesetiaannya yang semakin teruji dalam setahun lebih ini.

Sunday, November 14, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 23

Bab 23

Langit pada pagi itu begitu terang. Tidak mendung dan tidak panas. Cukup menenangkan. Di hadapan bangunan KSB Travel & Tours di Skudai di penuhi dengan ramai orang. Ada yang keluar masuk dengan urusan masing-masing. Kawasan tempat letak kereta juga amad terhad menyebabkan Hakimi meletakkan keretanya agak jauh dari bangunan itu.

Tiga buah bagasi dikeluarkan dari but kereta Hakimi. Puan Rahimah dan Encik Ismail sedang berada di dalam pejabat agensi pelancongan. Adilah dan Afiqah turut sama membantu Hakimi mengangkat bagasi tersebut. Dalam masa dua minggu ini Hakimi akan berseorangan di rumahnya. Sempena cuti sekolah sepanjang tiga minggu ini ibu bapanya beserta adik-adiknya akan mengerjakan umrah. Agensi tersebut menyediakan pakej mengerjakan umrah dengan harga yang berpatutan membuatkan Hakimi terus menawarkan kepada ibu bapanya. Afiqah dan Adilah turut pergi bersama. Ibu bapanya memang sudah lama berhajat hendak mengerjakan haji namun masih belum punya rezeki untuk ke sana walaupun wang simpanan sudah lama mencukupi.

"Abang Mi, kenapa Mal tak boleh ikut diorang?" kesedihan terpancar di wajah Mal kerana tidak dibenarkan untuk ikut sama bersama ahli keluarganya yang lain. Dia akan ditinggalkan bersama Akma sepanjang dua minggu pemergian ibu bapa dan kakak-kakaknya.

"Mal kecik lagi. Lain kali Mal pergi dengan Abang Mi ya? Lepas hantar diorang kita pergi rumah Kak Akma. Mal duduk dengan Kak Akma tau. Kat sana ada Luqman. Mal suka baby kan?" Hakimi cuba memujuk adiknya itu. Hakimi terpaksa menghantar Mal ke rumah Akma kerana Hakimi sendiri sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk menjaga Mal.

"Mal, Kak Dila pergi dua minggu je. Mal jangan risau ye dan jangan nakal-nakal. Lain kali tunggu Mal besar sikit baru kita pergi sama-sama ya?" Adilah turut sama memujuk Mal.

Setelah bersalam-salaman Puan Rahimah, Encik Ismail, Afiqah dan Adilah menaiki bas yang disediakan tersebut untuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai. Tidak pernah Hakimi dipisahkan dengan ibu bapanya sejauh itu walaupun hanya dalam tempoh masa dua minggu sahaja. Hatinya sebak seperti Mal. Hakimi dan Mal melambai-lambaikan tangan sewaktu bas mula bergerak meninggalkan perkarangan itu. Hakimi hanya mampu mengiringi dengan doa agar mereka selamat pergi dan pulang.

Sebelum Puan Rahimah dan Encik Ismail berangkat, mereka telah berpesan agar menjaga adik-adiknya sebaik mungkin dan jangan mengharap pada Akma sahaja. Hakimi mengiyakan sahaja pesanan ibu bapanya itu. Mal sudah berusia sembilan tahun dan sudah pastinya dia boleh menjaga dirinya sendiri.

"Kita pergi pejabat Abang Mi dulu ya lepas tu baru kita pergi Melaka, rumah Kak Akma. Mal nak makan dulu tak?"

"Tak nak la." Mal seolah-olah merajuk kerana ditinggalkan bersama Akma dan tidak dibawa bersama ibu dan bapanya.

Hakimi memandu menuju ke pejabatnya di Taman Tampoi Utama. Kemudian dia naik ke pejabatnya di tingkat atas. Mal hanya membuntuti ke mana Hakimi pergi. Sebaik sahaja sampai di pejabatnya, Hakimi terus mendapatkan Lina yang sedang menyiapkan kerja-kerjanya.

"Lina, siap-siap cepat. Kejap lagi ikut Mi keluar ya? Ada hal sikit." Hakimi meninggalkan pesanan itu dan terus berlalu menuju ke pantri tanpa menunggu jawapan dari Ayu.

Hakimi membuat secawan air kopi panas untuk dirinya dan secawan air milo ais untuk Mal. "Mal, nak biskut tak?" Namun Mal hanya menggeleng sahaja.

"Dah lah, ibu pergi kejap je. Mal jangan la nak sedih-sedih je.Mal doakan ibu dengan ayah selamat ye?" penat rasanya hendak memujuk adiknya itu. Mungkin esok dia akan lupa kesedihannya itu.Setelah menghabiskan minuman itu Hakimi terus mengajak Mal keluar dari situ dan menuju ke meja Lina.

"Lina, tak siap lagi ke?" Lina mendongak sedikit.

"Belum lagi. Mi nak fail ni esokkan? Banyak ni. Kejap ye?"

"Dahlah, sambung lain kali. Lina hantar lambat sikit pun tak pe. Jom lah. Mi tunggu dekat kereta. Cepat sikit."

Hakimi terus turun keluar dari pejabatnya dan menuju ke keretanya. Pandangannya tertumpu pada seorang gadis yang baru keluar dari sebuah kereta yang diletakkan tidak jauh dari tempat letak kereta Hakimi. Ayu? Pandangan Hakimi tidak berkedip. Malah Hakimi turut cuba mendekati gadis yang menarik pandangannya. Tidak sangka dalam masa setahun lebih Ayu sudah berubah. Gayanya dan caranya sudah berubah. Gadis itu kelihatan lebih cantik sekarang. Mungkin dia lebih bahagia sekarang.

Hakimi mendekati gadis itu dan terus menyapanya. "Assalamualaikum, Ayu?" gadis yang sedang berjalan menuju ke kedai perabot tidak jauh dari pejabat Hakimi menghentikan langkahnya dan terus memandang tepat ke wajah Hakimi.

"Waalaikumsalam. Ye Encik..?" salam itu dijawabnya.

"Ayu kan?" Hakimi menjawab soalan gadis itu dengan soalan lagi.

"Ayu? Encik, awak silap orang kot. Nama saya Balqis. Kita pernah jumpa kat mana-mana ke?"

"Oh, Cik Balqis, sorry saya salah orang. Muka awak macam kawan saya." air muka Hakimi terus berubah lalu Hakimi mengeluarkan dompetnya dan kad namanya dikeluarkan dari dompet itu kemudian di hulur kepada Balqis. "Name card saya. Hakimi Ismail. Maaf ya ?"

"Puan Balqis sebenarnya, bukan Cik. Takpe lah. Encik Hakimi. Saya kena pergi dulu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Hakimi menjawab di dalam hati sambil melihat Balqis berlalu pergi.

Hakimi berpatah balik ke keretanya. Lina dan Mal sudah lama memerhatikan gelagat Hakimi itu.

"Kalut sangat jumpa bekas kekasih lama sampai Mal pun Mi tinggalkan kat sini. Nasib baik Lina turun cepat tadi." Lina memerli perangai Hakimi yang agak gelabah sebentar tadi.

"Muka Ayu tapi bukan Ayu."terang Hakimi. "Mal duduk belakang tau." kemudian Hakimi membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya. Lina duduk di sebelah tempat duduk Hakimi.

"Lina tak faham la Mi. Macam mana tu?"Lina semakin berminat dengan ayat yang baru sahaja dikeluarkan dari mulut Hakimi tadi.

"Lina, kita nak pergi Melaka ni. Hantar Mal dekat rumah adik perempuan Mi. Akma nama dia. Lepas tu kita pergi Seremban tengok site dekat sana."Hakimi cuba mengubah topik. Enjin dihidupkan dan kereta Hakimi meluncur laju meninggalkan tempat itu.

"Okey. Try tukar topik ye?"

"Malas nak fikir la."

"Yela. Lina tak tanya lagi. Kalau nanti Mi nak story, anytime Lina boleh dengar."

"Thanks, Ayu."

"Nama saya Nur Amalina. Boleh panggil Lina. Bukan Ayu ye Encik Hakimi."Lina menegur Hakimi yang telah tersilap memanggil namanya. "Mi macam sasau je? Rileks okey? Jangan fikir sangat. Baik Mi ingat Tuhan. Berzikir ke atau apa-apa yang patut. Pasal agama ni Lina tak tahu sangat.?

Hakimi hanya mendiamkan diri. Matanya menjeling cermin sisi di keretanya melihat perbuatan Mal di tempat duduk belakang. Mal membisu sahaja seperti tadi dan memandang pemandangan di luar kereta. Kasihan pula melihat adiknya.

Hakimi berhenti sebentar di stesyen minyak berhampiran tol Skudai untuk mengisi petrol. Setelah mengisi petrol Hakimi masuk ke kedai serbaneka di stesyen minyak itu untuk membeli makanan ringan untuk mereka dan sekotak rokok untuk dirinya.

Kemudian Hakimi meneruskan perjalanannya ke Melaka melalui Lebuhraya Utara Selatan. Pemikirannya menjadi serabut tiba-tiba semenjak insiden sebentar tadi. Insiden tadi mengingatkan Hakimi tentang Ayu yang sudah jarang kali bermain di mindanya. Cermin tingkap keretanya diturunkan dan Hakimi mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakannya. Rokok itu di sedut dalam-dalam dan kemudian asap yang terkumpul dalam paru-parunya dilepaskan. Terasa kekusutan itu hilang sebentar.

"Mi, kenapa smoke dalam kereta? Busuk lah. Kesian Lina dengan Mal. Sesak nafas tau dengan asap tu."

"Sorry Lina. Mi tiba-tiba stress. Cermin tingkap tu buka luas-luas biar angin masuk."kasihan pula melihat mereka berdua terpaksa menerima kesan asap rokoknya. "Mal duduk belakang Kak Lina. Tak kena asap sangat. Cermin tingkap jangan lupa turunkan.?

Mal berpindah tempat tanpa berkata apa-apa. Dalam fikiran Mal pula asyik mengingati ibu dan bapanya.Mal melayan perasaannya lama kelamaan dia tertidur di tempat duduk belakang dan tersedar tatkala Hakimi berhenti untuk rehat di R&R Pagoh. Perutnya terasa lapar pula.

"Abang Mi. Makan tengah hari kat sini la. Mal dah lapar." Hakimi tersenyum memandang adiknya itu.

"Okey. Abang Mi pun dah lapar ni."

"Cepatlah Mi. Lina nak makan jugak."

"Eh. Tak ajak dia pun." Hakimi menjelirkan lidahnya sedikit memandang Lina. Lengan Hakimi dicubit manja oleh Lina dan Hakimi berpura-pura mengadu kesakitan lalu ketawa. Mal juga turut ketawa melihat perlakuan Hakimi dan Lina.

Hakimi membuka jaketnya dan ditinggalkan di dalam kereta. Bahang tengah hari itu membuat Hakimi terasa mahu menukar kemejanya kepada singlet sahaja. Mereka bertiga makan bersama-sama di situ. Mujur hari itu hari bekerja. Suasana di keedai-kedai makan di situ agak lengang. Mudah sahaja untuk mendapat tempat untuk makan.

Setelah makan mereka terus menuju ke Melaka. Perjalanan dari hentian R&R Pagoh dengan rumah Akma hanya mengambil masa satu jam setengah.

"Sempat lagi solat Zuhur kat rumah Akma."Hakimi menjeling ke arah jam di dashboard keretanya.

Hakimi meletakkan keretanya di hadapan rumah Akma. Mal pula terus meluru masuk ke rumah Akma. Mungkin teruja untuk berjumpa dengan Luqman lagi. Hakimi hanya memerhati kerenah adiknya itu dan tersenyum sendiri.

"Lina, jom masuk sekali."

"Takkan Lina nak duduk kat dalam kereta pulak? Mesti la ikut Mi."

"Manalah tau segan dengan Akma.?Hakimi membuka pintu untuk keluar tetapi pergerakannya terhenti sebentar.

"Lama ke kat sini?"

"Taklah. Mi nak tumpang solat sekejap lepas tu baring-baring dulu bagi hilang penat ni. Lepas tu kita pergi Seremban okey?"

Hakimi keluar dari kereta dan terus menuju ke rumah Akma. Setelah memberi salam Hakimi terus masuk ke dalam mendapatkan Akma. Lina hanya megekori ke mana Hakimi pergi. Dia tidak pernah kenal dengan Akma dan terasa begitu kekok dengan Akma. Setelah bersalaman Hakimi memperkenalkan Lina kepada Akma. Akma hairan ramai sahaja rakan-rakan perempuan Hakimi tetapi sampai sekarang masih belum berkahwin lagi. Kemudian Hakimi meminta diri untuk naik ke atas untuk solat.

"Mi, Lina pun nak solat jugak. Jadi Imam untuk Lina ye?"

"Boleh. Tapi Mi tak lah pandai sangat." Hakimi merendah diri. Sengaja mahu Lina berubah niat.

"Wah, macam suami isteri pulak kan? Lina, kalau takde telekung boleh ambil dekat bilik Akma. Abang Mi. Akma pun tak solat lagi ni. Kita solat jemaah sama-sama ya?" Akma turut mengajak Mal untuk tuut serta. Walaupun sudah berusia sembilan tahun Mal masih belum dapat mendisiplinkan dirinya dalam menjaga solat lima waktu. Jika tidak diingatkan pasti tidak dibuat.

Lina hanya tersenyum. Hendak membalas tidak terkeluar pula kata-kata itu dari mulutnya. Dia mengekori Hakimi menaiki ke tingkat atas. Setelah mengambil wudhuk Hakimi membentangkan sejadah untuk berjemaah bersama sementara menunggu Lina, Akma dan Mal bersiap.

Hakimi terpegun dengan apa yang baru sahaja dilihatnya di muka pintu itu. Lina bertambah cantik bila bertelekung. Setelah semua sudah siap Hakimi mengimamkan mereka untuk solat zuhur pada hari itu. Sudah lama rasanya Hakimi tidak memikul tanggungjawab itu. Usai sahaja solat Hakimi tidak lupa untuk berwirid paling ringkas.
Setelah habis berdoa Hakimi bersalaman dengan para jemaahnya kecuali Lina. Tidak puas rasanya melihat Lina dalam keadaan begitu. Sangat cantik ditambah pula dengan matanya yang bundar itu. Jika Lina memakai tudung pasti ramai lelaki beratur untuk mendjadikan Lina sebagai isteri.

Setelah itu Hakimi berbaring di atas katil di dalam sebuah bilik. Badannya terasa sedikit lenguh. Kemejanya dibuka untuk mengurangkan rasa panasnya. Walaupun kipas sudah dihidupkan namun bahang panas masih lagi terasa. Matanya terlelap sebentar.

"Mi, bangun Mi.?suara itu sayup-sayup didengarinya. Matanya dibuka sedikit. Lina berada di sisinya untuk mengejutkannya bangun dari tidur. "Dah pukul 2.30 petang. Nanti lambat pula sampai Seremban.?

Hakimi hanya mengangguk tanda faham. Tiba-tiba Hakimi menarik bajunya dan terus menutup sebahagian badannya. Baru dia sedar dia tidak berbaju. Malu rasanya dengan Lina dalam keadaan sebegitu. Lina tersipu-sipu dengan perangai Hakimi. Lina juga turut segan sendiri dengan perlakuan Hakimi.

Enjin kereta dihidupkan, dan Hakimi bersalaman dengan Akma dan Mal yang berdiri di hadapan pintu pagar rumah. Pipi Luqman dicium Hakimi berkali-kali. Luqman baru sahaja pandai berjalan. Sekejap sahaja masa berlalu dan Luqman sudah berusia setahun empat bulan.

"Kejap je Luqman dah besar. Luqman jaga mama elok-elok tau."Hakimi mengusap rambut Luqman perlahan-lahan. Luqman meronta-ronta dalam dukungan ibunya minta diturunkan. Rimas terus didukung ibunya.

"Abang Mi, hati-hati ya. Dah sampai Seremban bagitau Akma. Sampai Johor bahru pun bagitau lagi." pesan Akma. Risau dengan keselamatan Hakimi. Jika ibu bapanya di rumah tidaklah dia risau.

"Yelah. Jaga Mal elok-elok. Jangan lupa suruh dia belajar. Kalau dia asyik main game PSP tu nanti Akma rampas je. Abang pergi dulu."

"Pandailah Akma uruskan Mal nanti. Em.. Lina, tengok-tengokkan Hakimi ya? Kalau dia nak mengurat kamu bagitau akak ya?" Akma meninggalkan pesan buat Lina yang sedari tadi hanya berdiam diri. Segan agaknya. Hanya senyuman manis terukir dibibir Lina.

Hakimi dan Lina masuk ke dalam kereta. Gear dimasukkan dan pedal minyak. Kemudian kereta itu terus meluncur pergi meninggalkan perkarangan rumah Akma.

"Lina nanti kita bermalam dekat Seremban ya? Lepas kita pergi site Mi hantar Lina balik rumah mama Lina. Nanti Mi check in kat mana-mana hotel." Hakimi memulakan perbualan.

"Balik esok kan?"

"Tak lah. Kita stay sana seminggu. Kita kan tengah honeymoon. Takkan sehari je kat sana kan?"

"Tengok tu. Main-main ya? Suka sangat dengan loyar buruk dia." Lina mula memuncungkan sedikit mulutnya. Hakimi hanya tersenyum sendiri berjaya mengusik Lina.

"Em.. Lina nak tau tak? Tadi masa Lina pakai telekung cantik sangat tau." Lina terus mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Cuba menyembunyikan senyumannya. Tersa kembang apabila di puji begitu.

"Takdelah. Biasa je Mi."Lina cuba untuk menidakkannya. "Mama dah rasanya Lina tak pakai telekung. Solat pun dah lama Lina tinggal."

"Tapi tadi Lina dah solat kan? Teruskan. Dulu Mi pun lebih kurang macam Lina jugak. Cuma waktu dulu Mi tengah frust menonggeng Mi mengadu dekat Allah. Mi start cukupkan solat lima waktu. Mi rasa tenang sangat. Lepas tu Mi terus berazam untuk terus taubat. Mi dah tak larat nak teruskan dengan hidup macam dulu. Mi leka dengan dunia ni."

"Wah, dah macam ustaz la boss Lina ni."

"Lina nak tau tak ada something yang sebelum ni ada depan mata Mi tapi Mi tak pernah rasakannya. Mi memang boleh mengaji tapi sebelum ni Mi tak rasa apa-apa. Lepas Mi taubat. Mi baca Al-Quran betul-betul. Lepas tu Mi peluk Al-Quran tu. Mi tak pernah rasa bahagia macam ni. Indah sangat. Susah nak digambarkan. Lepas tu Mi tak boleh kalau sehari tak mengaji. Nanti Mi rindu."suara bagaikan tersekat-sekat. Seolah-olah terharu dengan apa yang dirasainya itu.

"Mi. Lina tak pernah macam tu. Solat pun tinggal lagikan nak mengaji. Tak reti la Mi. Doakan Lina berubah ya Mi?"Lina berharap dapat merasai apa yang dirasai Hakimi. Dia tidak seperti Hakimi. Walaupun Hakimi tersilap langkah tetapi masih dikelilingi orang-orang yang kuat dalam pegangan agama. Tidak seperti dirinya.

"Lina kalau tak reti nanti Mi boleh bawak jumpa ibu. Ibu boleh ajar Lina. Itu pun kalau Lina nak la."

Hakimi berharap agar Lina juga mampu merasai apa yang dirasainya. Cinta kepada Allah itu lebih bermakna dari cinta yang tidak kekal yang selalu wujud di dunia ini. Hanya itu yang Hakimi berharap. Dia menyesal mencintai sesorang itu dengan sepenuh hatinya. Sepatutnya cinta itu hanya untuk Yang Maha Esa. Janji yang diberikan Allah adalah benar. Tidak seperti janji yang dibuat manusia. Janji yang boleh diingkari bila-bila sahaja.

KU INGIN KAMU : BAB 22

Bab 22

Beg tangan berjenama Seed itu di campakkan ke katilnya. Badannya terasa sengal-sengal. Lantas badannya direbahkan keatas atas katil itu. Penat yang melekat di seluruh badannya terasa meresap di celah-celah tilam yang empuk itu. Pagi tadi Hakimi menghubunginya agar datang ke pejabat awal sedikit. Suara Hakimi kedengaran begitu serius. Bimbang pula dirinya penyebab Hakimi menjadi begitu. Setahunya tidak pernah pula dia membuat perkara yang mampu membuat Hakimi marah.

Lina sampai ke pejabat pada jam 7.30 pagi. Awal sejam dari waktu yang sepatutnya dia perlu berada di pejabat.Lina keluar dari keretanya setelah yakin keretanya diletakkan pada tempat yang selamat dan tidak menganggu lalulintas di hadapan pejabatnya. Kelihatan Hakimi sedang bersandar pada kereta BMW 525i milik Hakimi sendiri sambil menghisap rokok. Muka Hakimi yang berjambang itu bagaikan ditimpa satu bebanan yang besar. Tiada riak ceria langsung diwajahnya.

"Assalamualaikum. Selamat Pagi bos!"Lina tersenyum ceria sekadar mahu menceriakan sedikit suasana muram pada pagi itu.

"Waalaikumsalam. Dah. Jom."Hakimi terus masuk ke dalam kereta tanpa bercerita panjang. Lina tergamam sendiri. Entah apa yang membuat Hakimi jadi seperti itu. Dituruti sahaja arahan majikannya itu. Lina duduk disebelah Hakimi dan tidak berani berkata walau sepatah. Takut pula dia berhadapan dengan situasi begini.

"Lina dah breakfast??

"Huh?Be..belum."kerongkongnya bagai tersekat hendak menjawab soalan Hakimi itu.

"Kita pergi breakfast dulu."Lina hanya menurut sahaja. Mereka singgah ke sebuah warung berhampiran untuk bersarapan. Setelah siap bersarapan, Hakimi terus memandu ke Bandar Batu Pahat dan kawasan Rumah Kedai dua tingkat yang hampir siap dibina berhadapan dengan Jalan Kluang.

Sampai sahaja di sana baru Lina mengetahui mengapa Hakimi begitu muram pagi itu. Besi untuk kerja-kerja pembinaan di situ sepatutnya masih terdapat lebihan lagi. Tetapi awal-awal pagi Hakimi menerima panggilan bahawa besi-besi lebihan itu telah lesap di angkut pencuri besi. Besi yang berat hampir 2 tan itu dibawa keluar tanpa pengetahuan sesiapa. Penyelia tapak di situ turut di tengking Hakimi. Berang sungguh Hakimi kerana penyelia tapak itu tidak membuat kiraan dengan betul untuk kerja-kerja disitu. Apabila terdapat lebihan yang sepatutnya dibawa ke tapak projek lain tetapi kini sudah lesap dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hampir separuh hari Hakimi berada di situ. Ramai juga pekerja-pekerja di situ yang dimarahinya. Ada sahaja yang tidak kena. Entah apa yang dibebelkan Hakimi, tidak Lina dipedulikan. Lina pula tidak tahu apa tugasnya mengikuti Hakimi ke situ. Lina hanya melihat sekitar kawasan itu. Dengan cuaca yang panas, Lina mencari tempat yang redup dan duduk berkipas di situ. Dia sendiri tidak mengerti apa tujuan Hakimi membawanya ke situ. Kalau ditanya mungkin dia turut di tengking seperti pekerja-pekerja lain.

Pada jam 12.30 tengah hari mereka beredar dari situ dan terus ke pontian. Meninjau pula kerja-kerja menyiapkan bangunan sekolah empat tingkat. Kerja-kerja di situ berjalan dengan lancar. Hakimi pula tidak lagi marah-marah. Cepat pula hatinya sejuk kembali. Lina ditugaskan mengambil gambar sekitar kawasan itu untuk membuat tuntutan bayaran dari pihak kontraktor utama.

"Mi, jangan marah-marah la ye? Bukan kita nak jadi macam tu."Lina cuba menyejukkan hati Hakimi lagi.

"Lina tengok muka Mi. Ada macam orang tengah marah ke?"Hakimi tersenyum memandang Lina. Pelik sungguh lelaki ini. Sekejap sahaja hatinya sudah sejuk. Sebelum itu kemarahannya seperti tidak mampu dikawal. Tiba-tiba sahaja situasi menjadi normal kembali.

"Nasib baik Lina ada. Kalau tak semua budak-budak tu Mi dah lempang."Mata Hakimi ditumpukan kearah jalan sambil tersenyum.

"Kira Lina ni cuma diperalatkan saja ya? Jadi teman Mi merayau-rayau hari ni?"Hakimi kemudian mengangguk dan tergelak sendiri. Cubitan singgah ke lengan Hakimi. Hakimi mengadu kesakitan.

"Aah waktu habis kerja sekarang ni. Masalah kerja biarkan dulu. Nak balik rumah masalah itu tak perlu bawa balik sekali."

"Senang je kan Mi buat macam tu?"

"Mi dah biasa hidup berpura-pura gembira."Senyuman Hakimi berubah tawar. Pengakuan itu bagaikan begitu berat untuk disuarakan. Mereka sampai di pejabat tepat jam enam petang. Hakimi menurunkan Lina di hadapan pejabatnya dan Lina terus memandu pulang ke rumahnya begitu juga dengan Hakimi.

Walaupun Hakimi dalam keadaan emosi yang marah, Lina begitu seronok sekali dapat bersama Hakimi dari awal pagi hingga ke lewat petang. Jarang sekali mereka dapat meluangkan masa bersama. Lina terus berbaring di katilnya membayangkan alangkah indahnya jika Hakimi menjadi miliknya. Lina membetul-betulkan sedikit rambutnya yang mencecah bahu itu. Kemudian Lina menangkap gambar dirinya sendiri menggunakan kamera di telefon bimbitnya.

Gambar itu ditenung sebentar. Cukup cantik. Lina berpuas hati dengan gambar yang baru ditangkapnya sebentar tadi. Kemudian gambar itu dihantar ke telefon bimbit Hakimi menggunakan perkhidmatan pesanan multimedia.

"Penat..Baru sampai rumah." ayat itu dihantar bersama-sama gambar tadi. Tidak lama kemudian pesanan ringkas dari Hakimi mula memasuki peti masuk telefon bimbit Lina. Terus sahaja Lina membacanya.

"Cantik :)"Lina tersenyum sendirian membaca kiriman pesanan ringkas dari Hakimi itu. Hati Lina berbunga riang.

"Thanks syg.. jgn marah-marah lg ye?"Lina membalas kembali.

"Syg kamu jgk, sahabat :)" perkatan sahabat itu sengaja dikirim bersama sekadar mengingatkan Lina agar tidak terlalu menaruh hati kepadanya.

"Tau la :( Lina nak mandi ni.. Mi tc ye.?" Lina memang terasa hati dengan kata-kata Hakimi. Tetapi dia tidak akan berputus asa. Sengaja dia membalas dengan nada sedih sekadar mahu menarik perhatian Hakimi. Lina masuk ke bilik air untuk bilik air setelah yakin Hakimi tidak akan membalas pesanan ringkasnya setelah dia menunggu selama lima belas minit.



Hakimi menyenduk nasi ke dalam pinggannya. Terasa lapar pula. Semenjak akhir-akhir ini Hakimi jarang makan malam. Tetapi berbeza pula dengan malam ini. Mungkin seleranya telah datang kembali bersama kesedihan yang semakin melenyap. Lauk nangka masak lemak begitu menyelerakan. Puan Rahimah gembira melihat perubahan Hakimi. Sudahlah badan Hakimi agak kurus kemudian dalam setahun ini mukanya kelihatan semakin cengkung. Ditambah dengan jambangnya,janggutnya dan rambut yang panjang Hakimi tidak ubah seperti penagih dadah. Bebelan dari mulut Puan Rahimah menyuruh Hakimi menjaga waktu makannya tetap tidak diambil peduli oleh Hakimi.

Sedang hakimi menjamah makanannya pandangan teralih ke arah televisyen di ruang tamu. Berita mengenai kemalangan ngeri itu begitu menarik perhatiannya. Lantas hakimi mengangkat pinggannya dan menuju ke arah ruang tamu dan menyambung menikmati makanannya di ruang tamu.

"Suka sangat makan pindah-pindah tempat. Kalau orang dulu-dulu cakap kalau perangai macam ni isteri ramai tau!"tegur Puan Rahimah.

"Ayu pun dah takde. Nak kahwin apa nya bu.Jodoh semua terserah pada Allah bukan ketentuan orang dulu-dulu."jawab Hakimi. Reaksi mukanya langsung tidak mengambil kisah teguran Puan Rahimah. Kemalangan sebuah bas di lebuh raya utara selatan dekat Seremban yang mengorban 18 nyawa begitu menarik perhatiannya.

"Entah bagaimana keadaan Ayu sekarang. Semoga dia baik-baik sahaja." tiba-tiba sahaja Ayu singgah di fikirannya. Agak lama juga Hakimi tidak menghubungi Ayu. Kalau dihunbungi bimbang dirinya akan kembali sedih. Air matanya bisa tumpah sekali lagi.

Setelah makanannya di pinggan habis. Hakimi kembali ke meja makan untuk menambah nasi. Tidak puas rasanya makan nasi hanya sepinggan. Kemudian Hakimi menyambung makan di meja makan pula bersama-sama Puan Rahimah, Encik Ismail dan Mal.

"Tengok tu. Pindah sini pulak.?" Puan Rahimah menegur lagi.

"Aah, mana tahu rezeki dia isteri dua,tiga orang. Ramai cucu kita nanti.?" Encik Ismail menyambung dan tersenyum sendiri. Cucunya baru seorang sahaja. Tidak puas rasanya.

"Abang Mi, nanti kahwin biar anak ramai-ramai tau. Mal suka baby.?" Mal pula bersuara. Hakimi hanya mendiamkan dirinya. Keadaan ini membuatkannya semakin teringat kepada Ayu dan janji-janji Ayu. Bayangan itu cuba dibuang sejauh mungkin. Seleranya pasti terbantut jika terus-terusan teringat mengenai gadis yang pernah menghancurkan hatinya itu. Sudah dipujuk malah merayu Ayu tetap tidak mahu meneruskan hubungan mereka. Hakimi pasrah dengan apa yang terjadi. Walaupun Hakimi cuba membuang ingatan dari terus mengingati gadis itu tetapi hatinya tidak pernah menidakkan bahawa Hakimi masih menunggu Ayu. Dia tidak akan lupa janjinya untuk terus setia dengan cintanya.

Selesai makan Hakimi kembali ke biliknya. Setiap malam dilalui dengan kebosanan. Malah begitu sunyi tanpa kehadiran Ayu. Hakimi mengambil sebuah buku kulit keras dan beberapa helai kertas bersaiz A4 dan sebatang pensel. Hakimi kemudian meniarap di atas katilnya. Helaian kertas itu diletakkan di atas buku keras dan pensel di dalam gengamannya menari-nari di atas kertas. Hakimi cuba melukis sesuatu di atas kertas itu. Namun tangannya terasa kaku. Kali terakhir dia melukis adalah sewaktu bulan Ramadhan dua tahun lepas. Hakimi melukis gambar seorang lelaki berbaju melayu dan seorang perempuan memakai baju kurung menggambarkan dirinya dan Ayu. Gambar itu kemudiannya dijadikan kad raya untuk Ayu.

"Argh! Buat apa aku sibuk-sibuk ingatkan dia. Dia tak pernah fikirkan aku pun!?"Hakimi menjerit di dalam hatinya. Kertas itu direnyuk-renyukkan. Buku berkulit keras dan pensel itu di letakkan di atas meja. Hakimi mengambil getah rambut dan mula mengikat rambutnya yang sudah mencecah bahu itu. Walaupun terasa rimas, Hakimi masih membiarkannya. Dia lebih selesa berambut panjang. Puan Rahimah juga sudah banyak kali menyuruh Hakimi memotong rambutnya itu kemudian Hakimi akan memberi alasan sibuk dan tidak sempat ke salun.

Novel Cinta Terpilih karya novelis Sri Diah yang baru dipinjam Hakimi dari salah seorang pekerjanya dua minggu lepas dibelek-beleknya. 擲tarting lemau gila. Dah dekat separuh syok pulak. Macam mana Kak Nilam tu boleh cakap novel ni tak best.?

Hakimi kembali membaca novel itu. Setiap kali membaca novel Hakimi akan mengeluh sendiri. Kebanyakan novelis kisah cinta adalah perempuan dan kebiasaannya lelaki yang ditunjukkan kesilapannya. Hakimi benar-benar kecewa dengan setiap plot yang disusun dalam kebanyakan novel itu. Jika yang watak lelaki baik pasti akan begitu sempurna dan yang paling penting watak wanita yang menjadi karektor utma pasti akan menjadi yang terbaik. Hakimi mengesali cara mereka berfikir dan menghidupkan watak itu. Kisah di dalam novel adalah rekaan. Tidak sama dengan reality. Realiti dipenuhi dengan manusia yang sentiasa melakukan kesilapan. Sudah namapun manusia. Mereka tidak akan lari dari kesilapan.

"Kalau dulu aku tak tangguh mesti aku dah bahagia dengan dia.?"Itulah kesilapan terbesar Hakimi. Sengaja melayani percintaan tanpa ikatan. Akibatnya dirinya juga yang merana.

Sunday, November 7, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 21

Bab 21

Langit pada waktu malam itu kelihatan begitu dengan kehadiran bulan mengambang pada malam itu. Suasana pada malam itu agak sunyi sekali sekala diselangi deruman enjin kenderaan yang lalu lalang di kawasan itu. Di hadapan sebuah rumah di Bandar Baru Uda itu kelihatan asap berkepul-kepul di hembus keluar dari paru-paru melalui mulut seorang pemuda. Setelah asap itu diyakini habis keluar mulutnya menyedut kembali asap penyebab kanser itu.

”Hisap rokok macam orang nak mampus!” tegur Joe.

“Asap yang keluar ni keluar bersama-sama masalah aku.” dengan menghisap rokok Hakimi merasakan sedikit ketenangan dalam dirinya. Bohongan itu memang dipercayai para golongan perokok. Darah di dalam otak akan terhenti sebentar sekaligus mengurangkan perokok berfikir dan mereka akan berasa sedikit tenang. Itulah yang di rasai Hakimi. Dia tahu masalah tidak akan pergi selagi tidak di hadapinya.

“Lu agak-agak la nak sedih. Lu hisap rokok macam ni sampai sekarang lu dah sakit belum tentu dia nak balik. Lu mati lagi dia suka. Perempuan tak pandang lelaki macam ni. Lu sedih-sedih nak mampus kat sini ada dia ingat kat lu? Dia seronok-seronok dengan lelaki tu lu nak sedih-sedih kat buat apa?”

”Kau tak faham Joe. Aku sayang gila dekat dia.” Hakimi masih lagi tertahan-tahan perasaanya itu. Bera sungguh hendak diluahkan kepada sahabat baiknya itu. Hakimi berkenalan dengan Joe semenjak dari sekolah rendah lagi. Sehingga ke hari ini mereka masih lagi berkawan rapat. ”Aku rasa nak bunuh je mamat poyo tu.”

”Apa gila kau? Kau fikir masa depan kau. Takkan sebab perempuan kau nak kalah. Kau nak habiskan hidup kau macam ni.” Joe tahu itu bukan kerja susah untuknya. Kematangannya berfikir mampu menghadapi masalah remeh seperti itu. Pengalamannya dikecewakan perempuan bukan sekali dua. Sudah berkali-kali.

”Lu tak tau gua kena lagi teruk? Fiza tu bukan setia pun dengan gua. Entah berapa banyak jantan yang melekat dengan dia. Takkan gua nak bunuh semuanya? Banyak lagi kerja gua nak buat. Perempuan bukan satu dalam dunia ni. Lagi ramai dari lelaki. Silap-silap dapat isteri sampai dua tiga orang. Sekarang ni lu tak nampak lagi. Allah tu Maha Adil, Maha Mengasihani. Maha Pemurah. Ada hikmah semua ni.”

”Pandai kau bersyarah sekarang kan?” Terasa lega sikit diceramah Joe. Joe kembali mengingatkan Hakimi tentang cara-cara melupakan perempuan yang dirasakan tidak boleh lekang dari ingatannya. Dahulu Hakimi pernah melakukan cara ini. Memang sungguh berkesan. Malam itu otak Hakimi dibasuh habis-habisan oleh Joe. Hakimi bangga punya kawan seperti Joe. Sangat kuat.

”Lu kena ingat. Lu ada karier. Banyak lagi perempuan nak kat lu. Lu jangan sebab perempuan lu nak hancurkan karier lu. Perempuan ni senjata syaitan yang nak hancurkan kaum Adam.” Kata-kata Joe memberi Hakimi lebih semangat untuk kembali meneruskan kerjayanya itu yang mungkin sekarang ini sudah sebulan tidak terjaga dan tidak terkawal. ”Duit lu dah cukup?”

Hakimi masih ingat perjanjiannya dengan Joe. Empat tahun lepas Hakimi dan Joe pernah merancang untuk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan yang mereka mahu bina. Hakimi meminta Joe mengumpul simpanan sebanyak Rm30 ribu untuk membuka perniagaan mereka bersama.

”Duit tu ada memang ada. Duit simpanan tetap aku ada dalam RM20 ribu lebih je. Yang lain aku simpan dalam akaun company aku. Tak ingat aku berapa. Ada lagi cek yang aku tak transfer lagi.” Hakimi tidak mampu menepati janji yang dijanjikan.

“Lu punya banyak projek takkan simpanan lu sendiri baru ada macam tu?” Joe sendiri pelik dengan Hakimi. Projek yang dikendalikan oleh Hakimi bukan sedikit. ”Gua tak kisah. Gua ada RM60 ribu lebih je. Double gua bagi.”

”Kalau nak ikutkan memang banyak yang aku dah keluarkan. Aku beli rumah, kereta aku, sara adik-adik dengan mak bapak aku lagi. Tahun lepas aku ada keluarkan RM30 ribu. Aku belikan Ayu kereta.” menyesal pula Hakimi membazir demi oang yang tidak menghargainya.

”Lu memang bagus! Sebab perempuan lu bagi semua dekat dia. Apa lu dapat? Ada dia hargai lu?” marah juga Joe pada Hakimi yang sanggup berhabis segala-galanya demi perempuan yang tidak tahu mengenang budi itu.

”Cerita lama la Joe. Aku tak sangka semuanya nak jadi macam ni.”

”Lama? Gua baru dengar tadi tak sangka pulak cerita tu dah berlalu sepuluh tahun yang lepas. Takpelah Mi. Gua tak kisah. Sejak bapak gua meninggal. Company dia serah kat gua. Gua dah rilek je sekarang, Biar gua tolong bina ’empayar’ lu.” tak disangka Joe sebaik itu. Bahunya terasa baru digalas sebuah tanggungjawab yang akan merubah hidup Hakimi. Hakimi sudah semakin bersemangat.

Malam itu Hakimi dan Joe sudah sepakat untuk memajukan diri masing-masing ke peringkat lebih tinggi. Hakimi nekad malam ini dia akan menghabiskan segala-galanya. Ayu tidak mampu membuatnya gagal! Terima kasih Ayu! Kau buat ’empayar’ aku lebih meluas! Aku tidak akan kalah.

”Ya Allah, kalau Ayu itu jodohku kembalikan dia kepadaku. Kalau dia memang bukan jodoh untukku kau patahkan hatiku ini dan bantu aku melupakannya. Aku mengaku aku masih cintakan dia dan aku masih menyayanginya. Ya Allah, kau lindungi Ayu dari perkara tidak baik. Berilah dia kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.”

”Ya Allah sesungguhnya aku hamba-Mu, anak dari Hamba Mu (lelaki), anak dari hamba Mu (perempuan), Nasibku di tangan Mu, berlaku bagiku ketetapanMu, adil bagiku qadha’ Mu, aku memohon kepada Mu, dengan segala asma-Mu yang Engkau miliki, yang Engkau namakan diriMU dengannya atau yang telah Engkau turunkan dalam kitab Mu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada seorang dari dari mahluk ciptaanMu, atau yang sentiasa berada di sisiMu, Hendaklah Engkau jadikan Quran pewangi hatiku, cahaya dadaku, pelenyap duka laraku dan penghapus kesusahanku.”

Usai berdoa selepas solat itu Hakimi berharap sinar bahagia akan muncul sekaligus mengeluarkan dia dari kesengsaraan ini.

Hari berganti minggu,minggu berganti bulan. Hakimi lebih tenang sekarang. Rezekinya mencurah-curah masuk. Empayarnya juga bertambah meluas. Anak tangga yang dinaikinya semakin hari semakin tinggi.

‘Empayar Megah’ milik Hakimi kini semakin terkenal. Dahulu hanya mengambil kerja-kerja ubahsuai dan sebagai subkontraktor untuk kerja-kerja milik kontraktor-kontraktor gred G7. Kini apabila terkenal semakin banyak kerja-kerja yang di sub kepada Empayaar Megah. Empayar Megah turut mempunyai kilang sebagai pembekal bahan binaan. Tidak cukup tangan Hakimi menguruskannya bersama Joe. Joe pula sudah punya dua buah syarikat. Yang pertama adalah waris syarikat milik arwah ayahnya dan yang kedua ialah perkongsian dengan Hakimi.

Tidak mereka sangka impian sewaktu mereka berusia dua puluh tahun kini menjadi kenyataan. Dahulu mereka hanyalah seperti remaja lain yang hanya mengejar keseronokan dunia. Pengalaman mengajar mereka berdiri lebih teguh dan megah. Megah seperti Empayar Megah! Megah bukan bermakna mereka terlalu membanggakan kejayaan mereka. Megah yakni tersergam indah disamping empayar yang semakin meluas di sekitar Johor. Tidak lama lagi mungkin ke seluruh pelosok Semenanjung Malaysia. Cita-cita sebenar Hakimi masih belum tercapai. Dia mahu lebih berjaya. Tiada yang mustahil. Kalau orang lain boleh melakukannya mengapa pula tidak bagi Hakimi? Hakimi akan terus berusaha.

”Encik Hakimi, sekarang kerja-kerja untuk second floor sudah siap 80 peratus. Mungkin dalam minggu depan kita start kerja untuk third floor.”

“Okey. Saya rasa kita dah agak terlewat dari jangkaan yang disediakan. Saya minta awak uruskan sebaik mungkin. Seelok-eloknya awak tambah pekerja sahaja. Kamu tahu tak main con sudah call saya banyak kali beri peringatan?” Jelas kedengaran suara Hakimi dari telefon itu. Kerja-kerja yang diserahkan kepada sub kontraktor itu kini tidak mampu menyiapkan kerja-kerja mengikut masa yang ditetapkan. Pihak kontraktor utama sudah memberi peringatan berkali-kali kerana kelewatan selama dua minggu. Tidak lama lagi mungkin memo dari pihak kontraktor utama akan sampai ke syarikatnya.

”Saya faham Encik Hakimi. Tak lama lagi saya bawa masuk lagi tujuh orang pekerja. Cuma ni sekarang saya nak order barang,barang untuk third floor. Frame, batu, simen, dan kapur.” alasan sama yang sering didengari Hakimi.

“Pasal barang kamu jangan risau. Saya dah handle semua tapi masalahnya, kamu yang buat masalah. Saya tak nak dengar alasan lagi. Saya nak dengar berita yang lebih baik. Okey?” Kalau diikutkan hati mahu sahaja ditengking lelaki itu. Tetapi kemarahan tidak akan menyelesaikan masalah. Semua itu perlu ditangani dengan bijak. Hakimi tidak suka memarahi sesorang walaupun orang itu membawa masalah di dalam dirinya. Hakimi masih punya cara lain untuk di atasinya.

Hakimi menuju bersandar di kerusinya dan mengeluh sedikit. Skrin komputernya ditenung lama-lama. Lima buah tender kerajaan sudah cukup membuatnya pening kepala. Pihak kontraktor utama akan sentiasa menekannya. Yang lain pula masih terdapat masalah tersendiri namun tidaklah terlalu berat rasanya. Air mineral itu diteguknya sedikit.

”Hai,boss. Rileks nampak?” kelihatan seorang gadis sedang berdiri di hadapan pintu di bilik kerja Hakimi.

”Assalamualaikum.” Hakimi memberi salam. Agak tersinggung dengan perangai gadis itu yang sering menerjah ke ruang kerjanya.

”Waalaikumsalam. Macam perli je kan. Sorry main masuk je tadi.”

”Taklah, lain kali Lina ketuk pintu dahulu sebelum masuk. Hormat sikit. Mi kan boss.” Kemudian dia tergelak sendiri. Lina kini sudah bekerja dengan Hakimi. Lina tidak mahu bekerja dalam sektor kerajaan. Gaji juga tidak begitu lumayan berbanding bekerja dengan Hakimi. Padahal bekerja dalam sektor kerajaan memberi pelbagai keistimewaan pada dirinya. Sebenarnya, Lina hanya mahu sentiasa berada di sisi Hakimi selalu. Biarlah dia jauh dari keluarganya. Lina berharap suatu hari nanti Hakimi akan membuka juga pintu hatinya untuk Lina.

Selama ini Hakimi tahu Lina menaruh perasaan terhadapnya kembali namun Hakimi tetap tidak mahu menerimanya. Hakimi hanya mampu menganggap Lina sebagai sahabat sahaja.

”Mi, Lina nak keluar hantar katalog untuk water tank dengan roof tile kat main con. Diorang nak buat borang mockup untuk Jabatan Kerja Raya. Bos nak follow sekali?” borang itu memang perlu dihantar ke Jabatan Kerja Raya untuk diluluskan sebelum barang dihantar ke tapak binaan.

“Kalau Mi ikut Lina nanti kerja dekat sini siapa nak siapkan?”

”Tadi Lina tengok Mi macam tak sibuk je. Lagipun Lina malas nanti nak keluar isi petrol nak kena keluar duit sendiri lepas tu nak tunggu claim petty cash lambat pulak tu.” Lina mengomel sendiri. Mulutnya kemudian dimuncungkan sedikit. Hakimi mengaku memang gadis itu cantik tetapi tidak cukup kuat untuk mengetuk pintu hatinya yang sudah tertutup rapat itu. Hakimi masih menunggu Ayu sehingga ke hari ini. Sudah hampir setahun berlalu. Perasaan itu masih disimpan Hakimi hingga ke hari ini. Ayu mengajar Hakimi erti setia.

”Oh. Merungut ye? Nanti potong gaji baru tahu ya.” Hakimi terus mengusik Lina. Lina terus meminta diri berpura-pura merajuk. Lantas Hakimi terus mengejar Lina untuk turut keluar bersamanya. Kasihan pula sahabatnya itu. Lagipun Hakimi sudah terasa bosan untuk menyambung kerjanya. Lebih baik jika dia keluar dari terus terperap di dalam pejabatnya yang sentiasa melemaskan dengan bunyi mesin photostat, pekerja-pekerja yang mundar mandir di luar biliknya dan bermacam-macam lagi yang merimaskannya.

Mujur hanya seorang sahaja pekerjanya seperti Lina. Kalau semuanya seperti Lina mahu pengsan Hakimi rasanya. Hubungan mereka tidak seperti pekerja dengan majikan. Mungkin disebabkan mereka terlalu rapat, jurang itu dapat dipisahkan. Hanya dengan Joe, Lina terasa memang terdapat jurang besar. Joe pula tidak seperti Hakimi. Hakimi ke pejabat dengan memakai kemeja dengan slack atau jeans. Nampak lebih formal berbanding Joe yang kebiasaannya dengan t-shirt kolar bulat kemudian disarung jaket kulitnya. Kakinya sentiasa dibalut dengan jeans lusuh dan matanya sentiasa dihiasi dengan cermin mata hitamnya. Adakala Joe memakai singlet dan berseluar pendek. Cermin mata hitamnya tidak pernah dilupakan. Tiada siapa akan memarahinya. Hakimi pula tidak pernah kisah dengan penampilan Joe asalkan masih berpakaian.

”Gua low profile je.Geli gua nak pakai macam ahli keparat kat dalam tv tu.” memang itu menjadi prinsip hidup Joe. Ahli korporat pula dinamakan ahli keparat. Hakimi senang berurusan dengan orang seperti Joe. Segala-galanya dirasakan mudah.
Terima kasih Joe.

Saturday, November 6, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 20

Bab 20

Hari demi hari Hakimi cuba mengikis perasaan itu dari hidupnya. Sekali-sekala Hakimi menghantar pesanan ringkas kepada Ayu sekadar bertanya khabar. Pada mulanya hanay sekadar bertanya khabar. Kemudian Hakimi akan mula melalut bercerita tentang perasaannya. Apabila Ayu sudah malas hendak melayan kesedihan Hakimi terus sahaja Ayu membiarkan pesanan ringkas Hakimi tanpa balasan.

Hakimi tahu Ayu tidak begitu gembira dengan lelaki itu. Hidupnya bagaikan dikongkong lelaki itu. Cemburu lelaki itu pula boleh tahan hebatnya. Apabila sudah sayang pahit juga sanggup telan Ayu. Kadang-kadang Hakimi merasakan dirinya lebih baik dari lelaki itu. Hakimi juga tidak mampu berbuat apa-apa. Ayu juga sudah melupakan Hakimi dan tidak mungkin akan kembali kepada Hakimi. Hanya nasihat yang mampu diberi Hakimi. Dia mahu Ayu gembira walaupun dirinya tersiksa dengan perbuatannya itu.

Pulang sahaja dari Seremban terus Hakimi ke rumah Akma di Ayer keroh. Setelah mandi dan bersolat maghrib Hakimi duduk di hadapan sejadah. Hakimi mengenang nasibnya dihadapan Allah. Setelah rasa sedikit tenang Hakimi memlakukan solat sunat taubat dan kemudian solat sunat hajat. Hakimi terlalu berharap kekasihnya itu kembali. Dia tidak tahu apa yang dibuatnya adalah wajar atau tidak atau ianya akan menambah kekecewaan dihatinya. Semuanya diserahkan kepada Allah. Sebelum ini sudah banyak usaha yang dilakukan. Setelah itu Hakimi mengerjakan solat Isyak sebelum turun ke bawah. Sewaktu Hakimi turun ke bawah kelihatan semuanya sudah berada di meja makan. Hakimi dipelawa untuk makan namun ditolak secara baik. Perutnya dan tekaknya bagaikan tidak sudi menerima apa-apa makanan pada masa sekarang.

Membelai-belai wajah Luqman Hakim membuat Hakimi terasa lebih tenang. Kalau diberi kuasa mahu sahaja Hakimi menukarkan dirinya menjadi bayi. Tiada perasaan yang perlu dijaga, tiada pelbagai masalah yang merumitkan, dan hanya perlu tidur sepanjang hari. Kemudian merengek apabila mahukan sesuatu. Hakimi tahu semua itu tidak akan berlaku. Semuanya diserah kepada Allah agar dia diberi kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang. Dia selalu berdoa agar Ayu kembali semula ke dalam hidupnya dan berharap dilindungi dari perkara-perkara yang tidak baik. Hakimi juga mahukan Ayu diberi kejayaan di dunia dan akhirat. Hanya doa sahaja yang mampu dikirim Hakimi buat Ayu. Hakimi tidak lagi mempedulikan kesdihan hatinya. Dia mahu Ayu bahagia. Dia sayang Ayu. Hakimi juga tahu bahawa cinta tidak semestinya memiliki.

Semenjak pemergian Ayu, Hakimi semakin dekat dengan Penciptanya. Segala kesedihan dan kekecewaannya diluahkan kepada Allah. Dia juga lebih tekun dalam mengerjakan ibadahnya. Mungkin ini hikmah disebalik apa yang berlaku. Cinta yang abadi akan dikejarnya. Hanya Allah yang layak dicintai dengan setulus hatinya. Cinta kepada Allah dijanjikan syurga buat hambaNya. Bercinta dengan manusia belum tentu ditepati janjinya dan mungkin hanya sia-sia jika disambut para pecinta palsu.

”Luqman, dah besar jangan jadi macam pakcik ya?” Hakimi berbisik kepada Luqman sungguhpun bayi itu tidak mengerti apa yang diucapkan Hakimi. Hakimi perlukan seseorang yang mampu mengubah hidupnya.

“Abang Mi cakap apa dengan Luqman?” tiba-tiba sahaja Akma muncul disebelahnya. Hakimi sekadar menggeleng.”Akma nak bawa Luqman ke bilik atas. Dah lewat sangat ni.”

Tidak sedar masa berlalu, jam pula sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Hakimi masih tidak mampu melelapkan matanya. Mungkin disebabkan terlebih tidur pada siang hari tadi. Sunyi sungguh hatinya itu. Kebiasaannya waktu malamnya ditemani pesanan ringkas dari Ayu ataupun suara Ayu dari telefon bimbitnya. Semuanya sudah tiada lagi.

”Akma, nanti abang tidur dekat bawah je. Atas sofa. Malas nanti nak turun naik.” Hakimi berpesan kepada Akma. Akma tidak membantah. Memang abangnya begitu. Dia boleh sesuaikan diri di mana sahaja. Akma mendukung Luqman dan terus dibawa ke biliknya di tingkat atas. Sewaktu di tangga Akma berselisih dengan Firdaus yang kebetulan mahu turun ke bawah.

“Abang nak ke mana pulak ni?” tanya Akma kepadanya suaminya itu.

“Abang nak tengok tv. Akma tidur dulu. Nanti bila abang nak tidur abang masuk dalam bilik ya?”

“Jangan lewat sangat tau.”

“Iya sayang. Akma tidurlah dulu. Jangan risau nanti abang nak tidur abang takkan lupa peluk Akma tau.” Firdaus tersenyum nakal.

”Abang ni. Malulah Abang Mi dengar tu.” Akma terus menarik muka berpura-pura merajuk. Firdaus mencium pipi gebu Luqman dan kemudian pipi isterinya, Akma kemudian terus berlalu ke ruang tamu.

”Bahagianya diorang. Aku baru teringin nak beristeri. Tapi semuanya hancur begitu sahaja.” rintih hati Hakimi, cemburu melihat kemesraan adiknya. Dia gembira melihat adiknya bahagia. Akma dan Firdaus sudah bersama semenjak Akma berusia 16 tahun lagi. Tidak sangka masih mampu bertahan hingga ke hari ini. Hakimi berharap perkahwinan mereka akan berkekalan.

”Tak teman Akma ke Daus?” sengaja Hakimi bertanya soalan yang dia sudah tahu jawapannya. Sekadar mahu memulakan perbualan.

”Nak tengok tv, Abang Mi. Lepas Nightline ni ada movie. Cerita best tu.” Tidak sabar rasanya Firdaus menunggu filem ‘Universal Soldier’ itu ditayangkan di kaca televisyen malam itu.
“Oh. Daus, kau jaga isteri kau baik-baik.” Hakimi yang sedang berbaring di sofa sambil mencuba melelapkan matanya memberi nasihat. Hakimi tidak mahu orang-orang disekelilingnya menerima nasib sepertinya.

”Eh, kenapa pulak Abang Mi?”

Hakimi tidak mampu menjawab pertanyaan itu kerana begitu pedih untuk menerangkan yang tersirat disebalik yang tersurat. Biarlah Firdaus mencari sendiri maksud kata-katanya itu. Sudah setahun lebih Firdaus menjadi adik iparnya. Dia percaya dengan adik iparnya itu. Tetapi ada sesuatu yang menjanggalkan Hakimi dengan Firdaus. Firdaus tua lebih dua tahun dari Hakimi dan semenjak kali pertama berjumpa Firdaus, Hakimi sudah terasa janggal sehingga sekarang. Namun itu bukan masalah besar baginya. Lama kelamaan nanti mungkin Hakimi akan terbiasa juga.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan isyarat pesanan ringkas diterima. Ayu! Hakimi terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan melihat skrin telefon bimbitnya itu. Kecewa sedikit dirasanya. Nama Lina yang terpapar di skrin itu. Pesanan ringkas itu dibaca juga.

”Syg, syg ok? Sory ganggu.” Sayang? Hakimi langsung tidak tersentuh dengan ayat dari Lina itu.

“Okey je. Gudnite.” Malas Hakimi mahu melayan pesanan ringkas dari orang yang tidak diharapkannya. Perkataan ’gudnite’ sengaja dikirim agar Lina mengerti Hakimi sudah mahu tidur dan tidak mahu diganggu. Tidak sampai seminit telefon bimbitnya berbunyi lagi. Hakimi membiarkan sahaja. Dia patut tidur sekarang kerana esok pagi dia akan kembali ke Johor Bahru bersama Puan Rahimah, Encik Ismail dan Mal. Sebelah petang pula dia mahu berehat atau tidur sahaja. Daripada sibuk mengenang kisah sedihnya lebih baik dia terus tidur. Sekurang-kurangnya ingatan itu tidak akan terus mengganggu jiwa dan perasaannya.

Tidak lama kemudian telefon bimbit Hakimi berbunyi lagi. Kali ini bukan pesanan ringkas tetapi sebuah panggilan. Nama Lina menari-nari di skin telefon bimbitnya.

”Apa perempuan ni nak lagi? Aku nak tidur pun tak senang.” fikirannya terasa semak dengan perangai Lina. Panggilan itu di biarkan tidak berjawab. Setelah deringan itu tiada lagi Hakimi terus mematikan telefon bimbitnya. Mungkin Lina akan menghubunginya lagi. Telefon itu kemudian diletakkan di bawah sofa. Alat itu juga dirasakan juga menyemakkan dirinya.

Firdaus hanya mampu melihat perangai Hakimi dari jauh. Jarang sekali dia melihat perangai Hakimi yang ganjil seperti ini. Hendak ditegur dikatakan menyibuk pula. Lebih baik didiamkan sahaja perangai abang iparnya itu.

Jika dilihat dari luaran Hakimi, Firdaus dapat mengagak bahawa Hakimi sedang berdepan dengan pelbagai masalah. Sebelum ini abang iparnya amat mementingkan penampilan diri dan sentiasa segak dan kemas tidak seperti yang dilihatnya sekarang. Kusut, serabai, dan tidak terurus.

”Semoga Abang Mi baik-baik sahaja.” Hati Firdaus berbicara sendiri.

KU INGIN KAMU : BAB 19

Bab 19

Seorang bayi kelihatan sedang tidur dengan nyenyaknya di samping ibunya. Rambutnya di usap-usap perlahan. Kemudian ibunya berjalan lambat-lambat apabila cerek di dapur mula menjerit menandakan air sudah mendidih. Tidak mampu rasanya hendak berjalan dengan cepat dalam keadaan masih berpantang itu. Biarlah cerek itu menjerit asalkan tiada perkara yang buruk berlaku kepada dirinya.

Kalaulah bukan disebabkan ibu bapa, abang dan adiknya hendak datang bertandang di rumahnya tidaklah dia bersusah payah membuat kerja rumah. Kebiasaannya suaminya akan membuat kerja-kerja rumah setelah pulang dari kerja. Suaminya sengaja melarangnya melakukan kerja rumah buat sementara waktu kerana dia baru sahaja seminggu melahirkan anaknya itu.

”Mana mereka ni masih tidak sampai lagi?” setengah jam lepas abangnya ada menghubunginya bahawa mereka sudah hampir sampai. Risau pula mereka sesat hendak ke rumahnya.

Uncang teh di masukkan di dalam teko bewarna putih itu dan air panas di tuang ke dalam teko itu. Dikuatkan juga badannya yang terasa lemah itu. Kemudian gula dimasukkan ke dalam teko dan dia mengacau air itu dengan sudu perlahan-lahan. Kemudian teko itu di bawa ke ruang tamu dan diletakkan di atas meja. Cawan pula memang sudah tersedia di atas meja.

”Assalamualaikum.” terdengar suara Encik Ismail dari luar. Memang dia cam suara ayahnya kerana sudah dua puluh dua tahun mengenali ayahnya itu. Lantas dia menuju ke pintu dan membukanya serta mempelawa Encik Ismail dan Puan Rahimah masuk. Mal pula terus bersalam tangan kakaknya itu dan terus meluru masuk mendapatkan anak buahnya itu. Bertuah sungguh Mal, baru sahaja berusia lapan tahun sudah mempunyai anak buah.

Disalam dan dikucup tangan Encik Ismail dan Puan Rahimah. Dia mencari-cari tetamu lagi seorang. Di luar kelihatan Hakimi sedang mengangkat sebuah bagasi.

”Firdaus kerja ya?” Encik Ismail menyoalnya dan kemudian duduk di sofa. Puan Rahimah pula terus menuju ke katil bayi yang diletakkan di ruang tamu itu.

”Kerja ayah. Dia mulanya nak ambil cuti tapi Akma tak benarkan. Akma masih boleh jaga diri Akma lagi. Dia yang terlebih risau.” Encik Ismail mengangguk sahaja. Letih rasanya tulang belakangnya duduk di dalam kereta selama hampir tiga jam.

”Siapa nama anak kamu ni? Susah benar ibu nak mengingatnya.” Puan Rahimah bertanya pula lantas Puan Rahimah mengucup pipi cucu pertamanya itu. Akhirnya dapat juga dia menimang cucu. Mal pula sibuk muncium bayi itu berkali-kali. Mal geram melihat bayi yang gebu itu.

”Luqman Hakim. Abang Firdaus yang bagi nama tu.” Puan Rahimah mengangguk sahaja.

Tidak lama kemudian Hakimi masuk ke dalam menjinjing sebuah beg berisi pakaian kemudian beg itu diletakkan di tepi pintu. Akma bersalaman dengan abangnya itu. Hakimi sekadar bertanya khabar kemudian terus berbaring di sofa. Letih sungguh memandu pada siang hari. Setelah berbual-bual sebentar Hakimi naik ke tingkat atas untuk menunaikan solat zuhur. Hakimi sudah biasa dengan keadaan di rumah itu kerena setiap kali dia dari Seremban rumah adiknya pasti akan menjadi persinggahan tetapnya.

“Akma, abang nak pergi Seremban ni.” Setelah solat Hakimi turun ke bawah dan meminta diri untuk ke Seremban. Sudah seminggu Hakimi tidak ke sana.

”Cepatnya? Tak tidur sini?” Akma menyoalnya.

”Malam esok kot. Tengoklah macam mana. Dah seminggu kerja Abang Mi kat sana tak ditinjau lagi.”

”Em. Yelah. Bos besar lah katakan.” Akma sengaja memeli Hakimi. Dahulu dia dengan Hakimi sewaktu kecil begitu rapat. Kalau bergaduh pula memang betul-betul bergaduh. Tetapi semua itu tidak pernah diambil hati. Cuma sekarang rapatnya lain sedikit kerana sudah dewasa.

Hakimi kemudian bersalam dengan semua orang kemudian terus memandu ke Seremban. Hakimi sendiri tidak pasti apa yang dikejarkan di sana. Di rumah Akma mungki semua orang sedang bergembira. Hakimi mahu bersendirian. Tidak mampu rasanya meneruskan perasaan gembira yang cuba dibuat-buat. Hidup Hakimi tidak tentu arah sepanjang dua minggu ini. Fikirannya merayau-rayau sendirian.

Rambutnya diraup perlahan-lahan. Mindanya terlalu kusut. Cermin tingkap keretanya perlahan-lahan. Sebatang rokok dikeluarkan lalu api dinyalakan. Hakimi menyedut asap dari rokok itu sedalam-dalamnya kemudian dihembus keluar. Terasa sedikit tekanannya keluar bersama asap itu. Disedut dan hembus berkali-kali sehingga ke puntung. Kemudian puntung itu dicampak keluar dari tingkapnya. Semenjak Ayu berpindah ke Johor Bahru Hakimi tidak lagi merokok. Sejak dua minggu lepas Hakimi kembali mengulangi tabiat lamanya itu. Malah semakin teruk tabiatnya itu hingga Hakimi merasakan jantungnya begitu sakit namun dia tidak memperdulikan semua itu.

Hakimi bagaikan tidak boleh melupakan peristiwa dua minggu lepas yang terus membuat jiwanya tertekan. Hatinya bukan hancur tetapi berkecai menjadi debu!

”Kita kawan semula ya?” ayat yang dikirim Ayu membuat timbul pelbagai persoalan di hati Hakimi. ”Ayu tak dapat lagi nak beri komitmen pada Mi.”

Ayu meminta hubungan itu diputuskan tatkala Hakimi sendiri sedang mencari peluang menunggu masa untuk berbincang mengenai keluarganya mahu meminang Ayu. Perasaan Ayu terhadap Hakimi sudah berubah. Setelah didesak berkali-kali barulah Hakimi mengetahui di hati Ayu terdapat seorang lelaki lain. Nafas Hakimi terhenti sebentar, udara cuba disedut masuk ke paru-parunya tetapi semua organ di dalam badannya bagaikan tidak lagi berfungsi. Air matanya mencurah-curah membasahi pipi. Terasa seperti ajalnya sudah tiba. Hakimi cuba mengingati Allah dan beristigfar berkali-kali. Hidupnya begitu kosong.

Pernah juga Hakimi ke rumah Ayu untuk bersemuka tetapi usahanya sia-sia. Ayu tidak mahu berjumpa Hakimi lagi. Jiran sebelah rumah Ayu merupakan pengganti Hakimi. Pada hari yang sama juga Hakimi telah berjumpa lelaki itu. Kemarahannya cuba di kawal di hadapan lelaki itu. Tidak mahu dia berkelakuan seperti budak-budak yang akan bergaduh disebabkan perempuan.

”Apa perasaan kau kalau kekasih kau dirampas orang?” soalan pertama yang terpacul dari mulut Hakimi saat bersua dengan lelaki itu.

”Cool.” ringkas sahaja jawapan lelaki itu sambil tersenyum. Kegembiraan terpancar dari wajahnya.

”Kau jagalah bekas awek aku tu elok-elok.” Hakimi sudah pasrah. Jawapan yang angkuh itu mahu sahaja dibalas dengan tumbukan tetapi Hakimi masih boleh bersabar. Kalau lelaki itu dibunuh belum tentu Ayu akan kembali padanya.

”Okey. Gua jaga dia baik punya. Lu tak payah risau. Gua bagi lu contact dia lagi.”

“Bro, aku tak biasa berbual macam seorang gangster okey?”

“Gua tak nak gaduh sebab perempuan.” Malas Hakimi melayan lelaki itu lalu Hakimi terus beredar. Lelaki itu cuba menunjukkan kebaikan di sebalik kebiadapan yang dia telah lakukan. Kebebasan dan kepercayaan yang diberi Hakimi di musnahkan begitu sahaja. Hakimi juga tahu mungkin dia telah tersilap langkah. Dahulu dia yang mengabaikan Ayu. Tetapi Hakimi tidak mencurangi hatinya. Janji-janji yang ditabur dahulu lenyap begitu sahaja.

Hanya kepada Allah Hakimi berserah. Solatnya sering di akhiri dengan tangisan. Dia mahu Ayu kembali ke dalam hidupnya menemani hari-harinya. Tanpa Ayu terasa segala masalah yang lain menghimpitnya dan Hakimi bagaikan tiada jalan penyelesaian melainkan membiarkan masalah itu menyempitkan hidupnya. Terlalu berat rasanya dugaan yang ditimpanya kali itu. Hidupnya selalu dikecewakan dengan perempuan. Setelah empat tahun bersama Ayu, Hakimi berharap dia akan bahagia bersama Ayu sehingga ke akhir hayatnya. Kini Hakimi tewas, kekecewaannya bukan seperti orang yang tersadung akibat tersilap langkah, malah dia terasa seperti terjatuh dan tergolek ke dalam lembah penuh onak dan duri. Perit, pedih dan sakit yang dirasainya.

Ayu pernah cuba memulangkan kereta yang diberi Hakimi. Namun ditolak Hakimi. Segala pemberian tidak akan ditarik balik. Hakimi ikhlas dengan segala pemberiannya. Dia cuma mahu kasih sayang Ayu bukan pengembalian barang-barang yang sudah diberi. Segala kesusahan yang ditempuhi Hakimi untuk bersama Ayu tidak pernah diberitahu Ayu. Hakimi inginkan senyuman manis dari Ayu dan berharap Ayu sentiasa gembira. Saat ini segala susah payah Hakimi seperti tiada ertinya lagi.

Sepanjang perjalanan Hakimi ke Seremban petang itu diiringi zikir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Hanya itu pengubat hatinya sekarang. Hakimi sering kali tertanya-tanya, adakah kesetiaan perlu dibalas kecurangan? Apa gunanya dia mempertahankan hatinya dari godaan pelbagai wanita di luar sana? Hakimi tahu ada hikmah di sebalik setiap apa yang terjadi.

Faizal pernah menyuarakan idea kurang bernasnya agar mengambil Lina menjadi teman wanitanya. Semua itu tidak dipedulikan Hakimi. Dia tidak akan sesekali mebuka walau sekelumit ruang hatinya untuk wanita lain.

Sudah bertahun-tahun Hakimi tidak menangis di hadapan Puan Rahimah melainkan pada waktu kecilnya. Disebabkan perempuan itu Hakimi menangis kembali. Disebabkannya juga Hakimi menjadi terlalu lemah. Hidupnya hancur. Hakimi sering kali bersendirian mengenang nasibnya. Sudah tiada apa yang mahu dikejar di dalam hidupnya. Cita-citanya bagaikan turut hilang mengiringi kisah cintanya yang sudah berlalu pergi membiarkan Hakimi menderita sendirian. Adakah ini pengorbanan terakhirnya? Membiarkan orang disayangi bergembira di atas penderitaannya?

Kerja-kerja yang bertimbun di hadapannya tidak mahu disentuh. Segala masalah yang dihadapinya dibiarkan membelenggu dirinya. Hakimi tidak kuat seperti dahulu. Ketika Ayu bersamanya segala masalah mampu diatasi dengan baik. Hidupnya bagaikan tiada masalah. Dia tidak gentar berhadapan dengan pelbagai rintangan asalkan Ayu sentiasa disisinya.

”Mi baru putus dengan dia? Korang sweet sangat tau. Lina tengok dia baik sangat. Sesuai dengan Mi. Lina ingatkan Mi dah tak bersama dengan dia lagi. Sebab Mi pun tak pernah cerita dengan Lina.” Kasihan sungguh Lina melihat Hakimi. Hakimi tidak seperti kali pertama mereka berjumpa. Tiada kegembiraan di wajahnya. Wajah Hakimi sudah bertambah cengkung, rambutnya kusut masai, misai dan junggutnya tumbuh meliar di sekitar wajahnya. Lina juga pernah mengenali Ayu yang disebut Hakimi. Semenjak Hakimi bersama Lina lima tahun lepas. Ayu dikenali sebagai teman baik Hakimi. Lina juga tidak menyangka teman baik yang dicintai yang disangka terlalu memahami Hakimi turut meninggalkan Hakimi.

”Mi pun tak tahu nak cakap apa lagi Lina. Dah empat tahun Mi pertahankan. Mi nak dia jadi isteri Mi. Mi dah bercadang nak meminang dia. Tiba-tiba jadi macam ni.” Hakimi tersenyum tetapi jelas sekali amat pahit senyuman yang penuh kepura-puraan itu.
Minuman di tangannya disedut perlahan-lahan. Waktu makan tengah hari di restoran itu agak lengang. Dengan harga makanan yang mahal jarang sekali restoran ini akan dipenuhi orang .
Makan di kedai mamak lebih berbaloi dari makan disini. Hakimi inginkan tempat yang lebih privasi. Dia juga datang ke situ bukan untuk makan hanya ingin merehatkan sedikit mindanya dari sebarang kerja. Mujur Lina datang ke tapak bina hari itu. Dapat juga teman buat Hakimi untuk melepak sebentar.

”Mi, ada hikmah di sebalik semua tu. Allah Maha Adil. Lina dah nampak semua tu. Dulu Lina tinggalkan Mi tanpa perasaan. Sekarang Lina jugak tersiksa. Takde laki pun nak lekat kat Lina. Semuanya tak pernah menghargai Lina.”

”Lina, Mi betul-betul cintakan dia. Mi tak pernah sekali pun ucapkan perpisahan. Mi tak sanggup kehilangan dia.” suara Hakimi keluar tersekat-sekat. Air matanya bila-bila masa boleh mengalir lagi. Hakimi cuba bertahan.

”Biarlah dia Mi. Kat luar ramai lagi perempuan nak dekat Mi. Jangan risaulah. Lina pun nak dekat Mi.” Tersedak Hakimi mendengar ayat yang baru sahaja terpacul dari mulut Lina.

”Sorry Lina. Cinta Mi hanya untuk Ayu.”

”Yelah sayang.”

”Muntah Mi kejap lagi tau.” terhibur sedikit Hakimi dengan gurauan Lina. Lina berharap dapat menenangkan Hakimi tatkala ini. Dia tidak mahu Hakimi terus terusan begini. Dalam kata-kata Lina juga berharap agar Hakimi mengambil dirinya agar menjadi pengganti dirinya. Sebaliknya pelbagai alasan dengan menggunakan nama Ayu diberikan Hakimi untuk menolak pelawaan Lina. Hati Hakimi bagaikan tidak mampu dibuka oleh mana-mana perempuan lain.

”Ayu, kau beruntung punya kekasih seperti dia. Tapi tak sangka kau sama seperti aku.” hati Lina berbicara sendiri. Sudah hampir tiga minggu tidak berjumpa Hakimi tidak sangka pula Hakimi muncul dengan aura kesedihan yang menyelubungi dirinya.

”Lina betul tak nak makan?” sengaja Hakimi mengubah topik. Terasa pedih hatinya mengenang kisah itu.

”Lina still rasa kenyang.” sengaja diberi alasan itu kerana Hakimi juga tidak makan kerana tidak punya selera. Segan pula hendak makan sambil dilihat seorang lelaki di hadapannya.

Setelah dirasakan airnya sudah habis. Hakimi terus menuju ke kaunter untuk menjelaskan bayaran minuman tadi. Kemudian berlalu pergi pulang ke rumah. Malas rasanya hendak ke tapak bina dengan cuaca panas terik ini. Dia mahu pulang ke rumah dan tidur. Mujur Lina membawa kereta sendiri. Hakimi tidak perlu bersusah payah menghantar Lina kembali ke pejabatnya.