Sunday, October 31, 2010

KU INGIN KAMU : BAB 7

Bab 7
 Hakimi melihat di skrin telefon bimbitnya. Mesej yang dihantar kepada Ayu belum dibalas lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Hakimi belum makan. Cuaca yang panas membuat Hakimi bertambah malas untuk keluar dari pejabat kabin di tapak bina Walaupun pendingin hawa tidak terasa sejuknya tapi cukuplah untuk menenangkannya.
 Tiba-tiba Hakimi terasa hendak ke tempat Ayu bekerja. Hakimi tanpa berfikir panjang terus mengambil kunci keretanya dan memandu keretanya ke Tebrau City, di mana terletaknya AEON Jusco Tebrau. Dari lebuh raya Pasir Gudang, Hakimi mengambil lorong sebelah kiri sekali, membawanya ke Jalan Kota Tinggi. Tidak lama kemudian di sebelah kiri jalan terdapat sebuah pusat membeli belah yang tersergam megah. Hakimi terus membelok ke kiri, kini dia telah sampai ke AEON Jusco Tebrau. Hakimi meletakkan keretanya di tempat kereta. Hakimi keluar dari keretanya,menutup pintu dan mengunci keretanya. Kemudian dia terus bergegas masuk ke dalam. Hakimi tidak sedar bahawa dia telah melakukan semuanya dengan terlalu pantas.
 Hakimi terus masuk ke dalam dan mula mencari restoran tempat Ayu bekerja. Sampai di hadapan pintu restoran itu Hakimi terus mencai kelibat Ayu. Hakimi mula mencari tempat untuk dia duduk. Datang seorang pelayan untuk mengambil pesanan.
 ”Kat sini ada waiter nama Ayu kan? I nak dia yang ambik order untuk I.” Belum sempat pelayan itu berkata kata Hakimi telah bersuara terlebih dahulu.
 ”Ayu? Dia tengah rehat sekarang.” balas pelayan wanita itu.
 ”I nak U panggil dia sekarang.I tak nak orang lain ambil order untuk I.”
 Ayu sedang duduk di hujung penjuru restoran itu menghabiskan waktu rehatnya. Mahu sahaja dia menghubungi Hakimi tetapi risau lelaki itu sibuk. Dari jauh dia melihat Esya datang ke arahnya.
 ”Ayu, ada customer tu cari kau. Dia nak kau yang amik order untuk dia”
 “Siapa?” Ayu mengerutkan dahinya. “Aku tengah rehat kot. Kau tak cakap dengan dia?”
 ”Dah, tapi ntah lah mamat tu. Kau pergilah Ayu. Dari kau duduk sorang-sorang kat sini macam orang putus cinta baik kau layan dia.”
 ”Celupar je kan mulut kau. Mamat mana pulak ni?” Ayu cuba menjengah-jengah mencari orang yang dimaksudkan.Risau hatinya jika ’orang gila’ itu datang lagi..
 ”Kau tengok kat depan tu ada sorang mamat pakai spek pastu pakai kemeja kotak-kotak. Pergilah cepat.”
 ”Yelah.” Ayu terus mengangkat punggungnya dan terus ke depan mencari lelaki yang dimaksudkan. Saat Ayu terpandang lelaki yang dimaksudkan bibirnya terus menguntum senyuman.
 ”Jauhnya sampai lunch kat sini?” Hakimi tersentak dari lamunannya dan terus memandang gadis yang baru duduk di depannya.
 ”Yelah. Risau ada orang merajuk kat b. Tu yang cari dia sampai sini. Nak makan sekali. Nak dia teman b.” Hakimi tersenyum dan tangannya mula mengusap-ngusap jari jemari Ayu.
 ”Pura-pura merajuk je tadi.” Ayu tersengih. ”Takut b sibuk tu yang tak reply. B nak makan apa ni?”
 Ayu mengambil pesanan Hakimi. Tidak lama kemudian makanan sampai. Ayu menemani Hakimi sehingga habis makan.
 ”Baby baik-baik ni ada tips ke nak kena bayar ni?”  Hakimi sekadar mengusik dan Ayu mula mencebik.
 ”Baby wat ikhlas ni. Tapi kena balas dengan kasih sayang b la.”
 “Ikhlas tapi mintak balasan?” Hakimi membuat muka seolah-olah sedang berfikir.
 ”B. Tak payah buat muka comel tu. Kat sini ramai perempuan, nanti dia culik b susah baby nanti.” Mereka sama-sama tergelak.

 Hakimi melihat jam tangannya. Sudah Hampir jam 1.30 petang.
 ”Baby, b nak pergi kerja balik ni.”
 ”B jaga diri tau!”
 Setelah itu Hakimi keluar dari restoran dan ketika itu Hakimi lihat seorang lelaki sedang memandangnya seperti mengenalinya. Hakimi tidak memperdulikan lelaki itu tapi dia tersa lelaki tersebut masih memandangnya. Tatkala Hakimi menoleh ke belakang lelaki tersebut sudah tiada.
 ”Ah, biarlah. Tak kenal pun.” hatinya berbicara sendiri.

No comments:

Post a Comment